Hari ini ialah Hari Ibu a.k.a. Mother's Day yang kalau mengikut pakcik wiki, tarikhnya pada tahun ini jatuh pada 9/5 bagi negara Malaysia dan kawasan2 sewaktu dengannya.
Oleh sebab itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ratu hati saya, yeay!
I love you and I miss you so much especially it's been nearly two years since the last time I hugged and kissed you.
Being in Paediatric and O&G rounds for nearly 2 months really taught me about all the sacrifices that you have made for me and my lovely 4 brothers and 3 sisters. Ouh, and being the eldest son, I know that I'm the lucky primigravida (first pregnancy) and primipara (first delivery) which is usually the most difficult and painful one, so I would never be able to repay you, only Allah can. May Allah always watch over you with His blessings.
Ok, cukup dulu takat ni, nnt tulis panjang2, tak study plak, bila tak study exam nanti kantoi, bila kantoi ibu pun jadi upset, now that won't be a good Mother's Day present isn't it?
Andai puan 'Queen of My Heart' nak hadiah dari Mesir, boleh bagitau, hadiah dari Malaysia pun boleh, nak keluar dating dan shopping masa anak sulung ni balik cuti nnt pun boleh. Ker nak hadiah 'bakal menantu'? Whoa!
Lots of love,
Abdullah
Saturday, May 8, 2010
For The Queen of My Heart
Shared by Neo Rantissi at 10:33 PM 7 Extra Sharings (Comments)
Labels: Dedication, Life in Egypt
Wednesday, April 28, 2010
Keinsafan
Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi
-Nazrey Johani, The Zikr.
Kadangkala, hati mudah rasa bersalah, mudah terasa insaf.
Kadangkala, lidah mudah menutur kata2 insaf, mudah menutur kalimah-kalimah taubat.
Namun...tubuh badan itu, tidak pernah mudah dalam memanifestasikan keinsafan itu.
Nafsu dan syaitan seringkali saja datang, menghasut dan memperkotak-katikkan jiwa yang kononya telah insaf itu.
Tatkala jiwa dan hati itu rosak, tiada lagi rasa bersalah, tiada lagi sinar keinsafan, tiada lagi keinginan taubat, tiada lagi rasa takut pada Sang Pencipta, Tuhan Pemilik sekalian alam dan jiwa, maka jadilah ia, insan dengan jiwa dan hati yang hitam dan kosong.
Saat itu, jeritan iman dan rohani dalam sanubari yang meronta-ronta minta diselamatkan, tidak lagi dipedulikan, maka hanyutlah insan itu, ke lembah durjana.
Peliharalah hatimu, peliharalah jiwamu, peliharalah imanmu, peliharalah rohanimu.
Rahmat dan keampunan Allah itu luas tidak berpenghujung, oleh itu, pintalah sebanyak-banyaknya dan jangan pernah timbul perasaan putus asa dalam dirimu.
Dan jangan kau lupa, nafsu dan syaitan durjana itulah musuh terbesarmu.
Ayuh jadi insan bertaqwa!
Shared by Neo Rantissi at 11:41 AM 1 Extra Sharings (Comments)
Labels: Lagu dan Lirik, Tazkirah, Unknown
Thursday, April 15, 2010
Reversed Psychology - Why I Hate Islam
Before you say anything, or thinking about any speculation, you should watch thoroughly this video first:
If by any chance, you are cursing this guy, then again, watch the video thoroughly. If you still don't get it, then go to this link and read the video's description.
It's actually a satire dedicated to those who believe in Christianity and Bible, quite a unique method for da'wah I believe. Credit to Nazri who gave me the link yesterday.
Have an opinion or criticism? Feel free to leave it in the comments section here or directly at the video's link.
Shared by Neo Rantissi at 4:13 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Copy and Paste, Fikrah dan Dakwah, Video
Sunday, April 11, 2010
Kenapa Sombong?
Sudah terlalu lama blog ini tidak di-update, aku sendiri tak sure kenapa, mungkinkah kerana terlalu sibuk? atau buat2 sibuk? I guess I'm more eager to update Neo's Flickr rather than this blog, leaving this blog filling with web and dust, haha.
Alhamdulillah, semalam berpeluang mengikuti kelas tafsir oleh Syeikh Ibrahim, terima kasih kepada adik2 SC yang mencadangkan agar kelas berkenaan dijadikan salah satu agenda SC semalam. InsyaAllah, alang2 dah lama tak update blog ni, why not, aku kongsikan sedikit mutiara2 yang diperolehi daripada kelas semalam.
Syeikh Ibrahim semalam membincangkan ayat 31-39 Surah Al-Baqarah yang menceritakan tentang kisah Nabi Adam yang dicipta dalam keadaan penuh dimuliakan hingga akhirnya dihantar turun ke bumi kerana terpedaya dgn syaitan yang durjana. Apa yang mungkin boleh aku kongsikan di sini, ialah tentang satu sifat iblis yang menyebabkannya kufur kepada Allah S.W.T. lantas menjamin permanent entry ke dalam neraka, itulah sifat SOMBONG!
Sombong, riya', ujub, semua ni satu geng saja, mungkin mudah untuk kita menuturkan kata yang kita ini bukan manusia sombong, tapi kadang2, lintasan hati dan peribadi kita sendiri sebenarnya menggambarkan kewujudan sifat buruk berkenaan dalam hati kita. Kadang2 kita sombong sebab harta yang kita ada, kadang2 kita sombong sebab ilmu yang kita ada, kadang2 kita sombong sebab kemahiran yang kita ada, kadang2 kita sombong dengan kecantikan kita, bahkan, kadang2 kita mungkin sombong dengan ibadah kita!
Kenapa kita tak boleh sombong? Jawapannya mudah, sombong, riya', ujub, semua tu hanya layak bagi Allah S.W.T. sebab seluruh alam ini ada ciptaan dan kepunyaanNya dan tiada apa atau siapa pun yang kedudukannya lebih tinggi dari Allah S.W.T. Janganlah kita jadi seperti iblis yang sombong, akhirnya, dijanjikan baginya azab neraka Allah yang amat mengerikan! Adakah kita mahu sebahagian dari hati kita mempunyai sifat iblis laknatullah itu? Na'uzubillahi min zalik.
Buat apa kita nak sombong? Peranan kita di muka bumi ini cuma satu, perhambaan kepadaNya yang Maha Esa, tiada yang lain. Dan tugas hamba itu cuma satu, taat sepenuhnya pada tuannya. Soal balik diri kita, "Taatkah aku kepada Allah???" Ramai manusia yang solatnya tak dijaga, auratnya tak ditutup dgn sempurna, pandangannya liar, mulutnya kotor, maksiat itu kebiasaannya, Quran malas nak baca, bukankah itu semua ciri manusia yang sombong dgn Penciptanya???
Buat apa kita nak sombong? Cuma sedikit gempa bumi selama 30 saat, sudah mampu membinasakan ribuan manusia, bahkan jutaan! Hanya dengan satu virus yang hanya bisa dilihat oleh electron microscope, satu dunia jadi kelam kabut dan kecoh. Dengan hanya satu ribut taufan, ribuan tempat tinggal manusia boleh hancur begitu sahaja. Allah! Itu semua adalah bukti kekuasaanNya.
Buat apa kita nak sombong? Kita hanyalah manusia yang hina, diciptakan dari tanah sahaja, tanah itulah yang diinjak2 oleh sekalian makhluk di muka bumi ini. Asal kita cumalah dari air mani yang kotor yang keluarnya dari saluran yang sama dgn air kencing. Kelahiran kita cuma beberapa inci antara dua lubang kemaluan seorang wanita mulia bergelar ibu. Kelahiran kita juga dipenuhi darah, kesakitan dan kesusahan buat orang lain. Layakkah lagi kita untuk sombong? Jangankan sombong pada Tuhan, sedangkan sombong sesama manusia itu pun sudah cukup hina dan dibenci.
Namun, hakikatnya, ramai manusia pada hari ini yang sombong, sama ada sesama manusia, mahupun dengan Allah S.W.T. Check balik hati kita, ibadah kita, akhlak kita, hubungan kita dgn Allah, hubungan kita dengan manusia lain, adakah hati kita dicemari dengan sifat sombong? Seburuk-buruk kesombongan, adalah kesombongan dgn Allah dan sombong dgn Allah itu, ialah dengan mengingkari perintah-perintahNya dan melakukakn larangan-laranganNya, sekaligus melayakkan manusia itu diazab oleh Allah, Tuan Empunya sekalian alam ini.
Remember, we are just a tiny miny speck in this vast universe, nothing more than that!
p/s: Sesiapa yang ada kelapangan Sabtu malam lepas Isya', boleh join Kelas Tafsir Syeikh Ibrahim, bahasa Inggeris beliau cukup fasih, bahkan mungkin lebih 'fluent' daripada sebahagian lecturer2 kita dan diri kita sendiri! Kuliah beliau juga sangat menarik dan ilmiah, bukan senang nak jumpa syeikh yang mampu memberikan kuliah tafsir dalam bahasa inggeris dengan cukup baik, ayuh manfaatkan peluang yang ada sebaiknya!
Shared by Neo Rantissi at 3:09 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Artikel, Life in Egypt, Tazkirah
Monday, March 15, 2010
Keharu-haruan Kebiru-biruan
Sekiranya anda mengharapkan post ini adalah tentang ikan haruan, maka musnahlah harapan anda. Sebab post ini bukanlah untuk menceritakan kisah ikan haruan mahupun resepi masakan ikan haruan. Post ini juga bukan tentang ikan haruan biru dari Sungai Nil mahupun tentang warna kebiru-biruan itu. Ouh, tiba2 teringat sudah lama tak makan ikan haruan, bertahun-tahun sudah.
Ah, post ini hanyalah sekadar karutan ringkas akibat tertekan usai peperiksaan subjek pembedahan + anestetik (baca: exam paper surgery + anaesthesia). Berdasarkan pemerhatian kasar tadi, nampak macam ramai yang mengeluh tentang kertas PJP (pilihan jawapan pelbagai a.k.a. MCQ), soalan2 yang kukirakan tahap kesukarannya umpama misi terakhir Campaign Warcraft III yang tak pernah aku menang, sekiranya anda player warcraft dan penah menang mission tu, sila diam, hahaha.
Rata-rata mengharapkan markah yang mungkin diperolehi melalui kertas esei mampu menampung kecacatan kertas PJP, semoga impian kita ini tercapai insyaAllah. Bagi yang mampu menjawab kedua2 kertas soalan tadi dengan gilang gemilang, tahniah aku ucapkan, bagi yang rasa macam gelong terguling seperti aku plak, insyaAllah moga-moga kita semua sama-sama lulus.
Haih...sebelum peghiksa pon otak haghu, lepaih peghiksa pun otak jadi haghu, ni dok tunggu exam internal med plak dok mai, tambah haghu lagi cek oiii! (andai tak faham, sila cari orang kedah atau penang untuk terjemahkan untuk anda)
Di kala otak haru biru ini, siapa2 yang rasa dirinya nak melepaskan tension dgn melayan lagu Korea, boleh la layan lagu Haru Haru by Big Bang dan lebih best, selepas itu melayan plak video klip parody Haru Haru by Big Bag, rekaan team Infinity Challenge. Saper tgk Family Outing mmg akan kenal sgt dgn pakcik Yoo Jae Suk, kepala team IC. Kalau taknak tgk boleh skip terus ke bawah sekali, yeah!
Haru Haru by Big Bang:
Haru Haru Parody (Big Bag) by Infinity Challenge (xder sub sbb video atas dh ada):
Untuk akhirnya, buat rakan2 tahun 4, Selamat Maju Jaya utk kertas Perubatan Dalaman dan Patologi Klinikal pada Khamis ini! Dan buat adik2 tahun 1, selamat maju jaya juga untuk peperiksaan akhir sem anda. Rabbiuna yusahhil wa yunajjih lana insyaAllah!
p/s: otak haru biru, entry blog pun jadi haru biru~
Shared by Neo Rantissi at 1:52 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Lagu dan Lirik, Life in Egypt, Santai, Unknown, Video
Wednesday, February 17, 2010
Quote #4
Shared by Neo Rantissi at 1:06 PM 2 Extra Sharings (Comments)
Sunday, February 14, 2010
Khas Buatmu
Seperti yang telah kujanjikan, entry ini khas kutulis sebagai sebuah dedikasi buatmu, adikku yang disayangi (xleh tulis tersayang, nnt adik2 lagi 5 org jeles), Zainal Ahmad. Sememangnya kita berjauhan kini dan esok kau bakal pergi lebih jauh, dan entah bila kita akan bertemu semula.
Ah, dah xder idea dah nak tulis ayat gaya bunga2, hehe. First and foremost, again, I would like to wish you many congrats for furthering your study in accountancy in Wellington, New Zealand. I'm proud with you bro! Agak terkilan tak dapat hantar mad ke airport esok mlm, xtau dah bila lagi kita nak jumpa lps ni, NZ cuti summer, Mesir winter, bila Mesir cuti summer, NZ winter. Perhaps we must wait until both of us finish our studies, after all, you'll finish your degree in accountancy around the same time with me finishing my degree in medicince, end of 2012, just don't get married before me k, hahaha.
Bila ada adik nak pergi jauh ni, rasanya ada beberapa pesanan yang perlu diberikan, moga2 bermanfaat buat mad dan diri ini sendiri serta pembaca yang lain:
1) Studying oversea is going to be a new phase of life for you, you are on your own, you live in apatment with you friends, totally away from your parents and families, but always remember, even when your parents are way back in Malaysia, their blessings are the most important. Pastikan perjalanan kehidupanmu di sana adalah yang diredhai oleh mereka berdua.
2) Jaga solat baik2, tambah2 NZ bukan negara Islam, kalau ada masjid dekat2 rumah, jangan malas2 pergi, kalau masjid jauh, sekurang-kurangnya, solat berjemaah 5 waktu dgn kawan2 serumah. (this option is rejected in Mesir, xder masjid jauh2, hehe)
3) Jangan lupa baca Quran hari-hari walaupun sedikit, seorang ustaz di sini pernah pesan, siapa yang tak baca langsung Al-Quran dalm satu hari, maka pada hari itu dia telah gagal.
4) Tarbiyah jangan kau abaikan, kadang2 mungkin akan timbul perasaan malas dan liat untuk pergi program2 seperti usrah, katibah, daurah, mahupun mukhaiyam, lawan perasaan tu dan bangkitlah, moga kau menjadi seorang da'ie yang mampu membawa perubahan untuk ummah.
5) Regarding studies, well, not much I can say, I believe your seniors know more much more on studying accountancy, even you know better how to study the numbers than me , nowadays I'm not so good with maths, haha. Just give your best in your studies, don't procrastinate, and most importantly, arrange your priority well! (p...p...please believe me, it ain't easy!)
6) Bergaul lah dgn semua orang, bina hubungan yang baik dengan kawan2, dgn seniors, dgn pegawai2 sama ada yang dari MARA mahupun MSD. There will be times when you need them.
7) Banyak cabaran yang bakal dihadapi dan cabaran2 itu datang dalam pelbagai bentuk dan rupa, so kena banyak bersabar, especially perubahan budaya dan environment yang mendadak, jaga diri dan iman baik2, kuyakin bahawa dirimu tidak akan mudah terpengaruh dgn budaya2 fasad yang wujud di sana.
8) Kalau duit biasiswa banyak, jangan boros, nak jadi akauntan berjaya, kena la ada financial management yang mantap. Jangan sampan simpanan duit tu sikit sangat, you may need lots of money in the future.
9) Jaga makan baik2, elakkan diri daripada perkara-perkara yang syubhah, apatah lagi yang haram, especially since NZ bukan negara Islam, mudah sgt nak terbeli makanan2 yang syubhah dan haram.
10) Always keep in touch with your family, banyakkan doa untuk diri sendiri, untuk ibu dan bapak, untuk adik2 lain dan untuk abangmu ini. We'll pray for you too, wishing you all the best in your studies!
Kuakhiri warkah ringkas ini dengan secebis doa, moga Allah sentiasa bersamamu, moga semua urusanmu dipermudahkan olehNya, moga dikau menjadi seorang akauntan muslim yang berjaya lagi bertaqwa.
May Allah watch over you there my dear brother.
Wassalam.
p/s: Banyak jer pesanan2 lain yang boleh nak bagi, tapi cukup dulu kot dgn 10 ni, nanti2 bila2 kita layan skype ka, ym ka, leh berpesan-pesan lagi. and sorry i could not maintain the entry only in one language, all rojak-rojak one, nk wat mcm mana, dah biasa sembang mcm tu dgn adik2 ^_^
Shared by Neo Rantissi at 10:19 AM 3 Extra Sharings (Comments)
Labels: Dedication, Tazkirah
Thursday, February 11, 2010
Change for The Better
Kekurangan idea sebenarnya untuk menulis, tapi rasa nak update jugak blog nih. So...what should I write eh?
Sekarang sedang dlm tempoh bercuti, agak panjang sebenarnya, 2 minggu, tapi sedar tak sedar, 6 hari sudah berlalu. Iskandariah masih agak lengang dari pelajar2 tahun 4 dan 1, ada yang pulang ke Malaysia, ada yang ke Kaherah, ada yg melancong di dalam Mesir dan ada yang melancong di luar Mesir. Aku jugak yang menghabiskan cuti di Iskandariah, habis jauh pun pegi Kaherah jer utk Ma'rod Kutub, Ahad atau Isnin nnt, nk kena turun Kaherah balik, walimah Isa Hassan, member tahun 4 medic Univ. Cairo. Agak cemburu melihat rakan2 yang melancong, takperlah, kita lepak Alex saving duit dan study lecture notes yang berlambak (iyer2 jer) pun jadi lah, haha.
Eh, mender aku merepek nih, yaa, beberapa minggu lepas, GPA tahun lepas dikeluarkan oleh Unit Akademik PCI, hasilnya aku memperolehi 3 flat! Alhamdulillah syukur masih lg mencecah 3.0, ngam2 jer tuh. Di sebalik kesyukuran itu, ada perasaan kecewa dan tak puas hati, bukan tak redha dgn takdir, tetapi mempersoalkan potensi sebenar diri ini. Aku yakin, kawan2 yang lain pun macam tu. Melainkan kalau ada yang rasa tak perlu nak perbaiki keputusan, haa, ada la yang tak kena dalam diri tu, kena periksa balik.
Lying on my bed, I was thinking, how would I finish my study here in Egypt? Will I finish great? Will I finish strong? Will I even finish this degree in the allocated time?
What type of doctor would I become? An excellent one? A mediocre one? A 'cukup makan' one?
Teringat pesan Prof. Dr. Ibrahim Gawish, "As a medical student, to be a good Muslim, you must be a good doctor!" Nak cakap dan menulis mmg senang, siapa tak nak jadi doktor muslim yang cemerlang, tapi nak gerakkan jasad dan minda ke arah impian tu sememangnya sesuatu yang amat sukar. Orang cakap kalau nak berubah, kena buat anjakan paradigma, ni paradigma pun tak jumpa lagi, lagu mana nak anjak?
To my beloved ibu, I know you said it's okay when i told you about my result, but i know deep down, you and bapak definitely want me to improve, to achieve a better GPA and to become an excellent muslim doctor in the end. Please pray that I'll do better this year both as a medical student and as a muslim.
Ada orang pernah ingatkan aku, kunci kejayaan adalah hubungan dgn Allah, kalau baik hubungan kita dgn Allah, insyaAllah mudah untuk kita capai kejayaan, kalau hubungan denganNya pun macam sampah, macam mana nk harapkan kejayaan dariNya, kalau dapat pun, takut2 ianya adalah istidraj, lagi baik gagal dari dapat istidraj! Perlu banyakkan muhasabah nampaknya, perlu tingkatkan amal! Semoga diri ini mampu berubah ke arah yang lebih baik, moga2 termasuk dalam golongan yang soleh dan musleh.
Wallahu'alam wallahu musta'an.
p/s: GPA 3rd Year 08/09 (batch aku) yang aku upload through Megaupload mencatatkan 339 downloads, aku rasa jumlah 4th year sekarang tak sampai 200 pun, I wonder where did the rest come from? Ramai rupanya yang berminat dengan result batch aku ni, haha, lets become exemplary seniors to our juniors guys!
Shared by Neo Rantissi at 11:57 PM 3 Extra Sharings (Comments)
Labels: Life in Egypt, Unknown
Thursday, February 4, 2010
Quotes #3 - Regarding Women
Oh, somewhat I'm feeling like writing down and share some quotes about women that i found recently tonight while listening to some Nickelback's songs.
I was accompanying some girls returning to their home (musyrif) with a taxi when i suddenly noted this quote, written on a sticker on a car in front of us. It said:
"Well behaved woman barely make history."
I know I heard some sarcastic or provocative statements from my group's beloved professor of surgery regarding women, but I usually just laugh about it, but this particular statement somewhat got me on my nerve. Finally, it made me came out with a conclusion:
"Whoever created this statement must be a retard! There are lots of great histories carved by great well behaved women, just name it! Asiah the wife of the Pharaoh, Khadijah and Aishah r.a. the wives of Prophet Muhammad s.a.w., Asma' bt. Abu Bakr r.a., Sumaiyah r.a. and many more. Oh, and of course my beloved Mom! She carved lots of great meaningful and memorable histories in my life."
Last but not least, I found another quote regarding women from some of my friends (both males and females) in Facebook, u may already know about it:
"Whatever u give a woman, she will make it greater. Give her sperm, she will give u a baby. Give her a house, she will give u a home. Give her groceries, she will give u a meal. Give her a smile n she will give u her heart. She multiplies and enlarges what she is given. So if u give her crap, be ready to receive a ton of shit!"
Hahaha, no comment on this one, just made me laugh!
In the end, both man and woman always need each other, that's how we are created by Allah S.W.T. Obviously, to fulfill this necessity, we must use the right channel and path, allowed by the religion and blessed by our Almighty Creator, Allah S.W.T. Are you in the right path?
Wallahu musta'an.
Shared by Neo Rantissi at 9:27 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Life in Egypt, Quotes, Santai, Tazkirah
Friday, January 29, 2010
URL Changed and Good Luck!
Salam w.b.t.
1) Pertukaran URL :: Menelusuri Perjalanan Seorang Hamba ::
Oleh kerana URL http://neo-rantissi.via.my/ tidak lagi boleh digunakan kerana masalah teknikal server, maka aku telah menukar URL blog ini kembali kepada http://neo-rantissi.blogspot.com/
Buat rakan2 yang telah bermurah hati untuk memasukkan alamat blog aku dlm bloglist di blog mereka, harap dapat tukar link berkenaan ke URL yang baru ni dan aku dahulukan dgn ucapan syukran jazilan.
2) Good Luck and All The Best!
Also, i would like to take this opportunity to wish all my 3rd Year and 2nd Year juniors good luck and all the best in your final semester exam next week! Rabbuna yusahhil wa yunajjih lakum insyaAllah. For my colleagues in 4th Year and my 1st Year juniors, although our final sem is still one month away, lets give it our best from now.
Together we strive for infinite excellence and become outstanding Muslim Doctors!
"Man jadda, wajada."
Wallahu'alam.
Shared by Neo Rantissi at 2:14 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Dedication, Unknown



