Di kala kesibukan final exam utk semester ke-9 aku di bumi anbiya' ni, terasa rajin pula nak update blog ni. Kali ini sekadar ingin berkongsi sebuah cerita ringkas, tentang seorang jejaka bernama Julaibib.
Julaibib ni, sebenarnya ialah seorang sahabat Nabi s.a.w., mesti korang tak pernah atau jarang mendengar namanya kan? Dia mmg seorang yang tidak terkenal lagi miskin, bahkan tidak diketahui nasabnya. Punya la miskin si Julaibib ni, sampai hilang keinginannya untuk berkahwin. Pernah ker korang jumpa orang yg punya papa kedana sampai tak teringin nak kahwin? Bawab yang hidup makan 'aish baladi (roti arab yg paling murah) dgn fuul (fava beans rebus dan lenyek2) tiap2 hari pun kahwin kot. Aku pun dah kawen, whoa!
Ok, sambung cerita Julaibib r.a. Walaupun dia ni miskin, tapi dia ni rajin berzikir, tak pernah miss saf pertama solat jamaah dan menyertai banyak perperangan. Macam dgn kita? Dah berapa banyak solat jamaah tertinggal? (ahh, memang aku terasa..) Kalau yang tak solat terus lagi jahanam, nanti tunggu neraka baham! Bab perperangan lagi usah dikata, harus mujahadah dulu bangun solat subuh pukul 4.10am! (dush sebijik atas kepala penulis)
Suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pada Julaibib, "Hai Julaibib, kamu tak ingin menikah?" maka jawab beliau, "Wahai Rasulullah, siapa yang mahu menikah denganku yang tak punya harta mahupun kedudukan?" Banyak kali Nabi tanya soalan yang sama kepada Julaibib, sampai suatu saat, Nabi mengutus beliau kepada sebuah keluarga untuk meminang seorang gadis bagi dirinya sendiri. Tuu dia...bukan calang2 pilihan calon isteri beliau, Rasulullah s.a.w., insan agung kekasih Allah sendiri yang pilihkan! MasyaAllah tabarakallah.. Ayah si gadis tak berkenan dgn pinangan Julaibib, namun puterinya lantas bersuara, "Sanggupkah ayah dan ibu menolak permintaan Rasul? Tidak, demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaanNya." Nah, ternyata di situ betapa taatnya gadis itu terhadap Allah dan RasulNya. Maka terbinalah sebuah rumah tangga berlandaskan taqwa dan redhaNya.
Sampai suatu masa, Julaibib telah menyertai sebuah perperangan, dan telah berjaya membunuh 7 orang musuh dan dia juga berjaya memperolehi syahid di jalan Allah. Rasulullah s.a.w. memeriksa nama-nama sahabat yang gugur syahid, tetapi sahabat2 yang melaporkan senarai nama tu terlupa akan Julaibib. Nak kata punya low profile Julaibib ni sampai leh terlupa nama dia. Tetapi, Rasulullah tetap ingat! Bahkan baginda berkata, "Tapi, aku merasa kehilangan Julaibib.", akhirnya, Nabi s.a.w. menemukan jenazah beliau yang ditutupi pasir, lalu membersihkan pasir dari wajahnya. Hebatnya Julaibib, sampai Rasulullah sendiri merasakan kehilangannya walaupun namanya tiada dalam official list yang diberikan oleh sahabat2 lain.
Lantas, Rasulullah s.a.w. berkata, "Ternyata engkau telah membunuh 7 orang musuhm kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu." 3 kali Nabi ulang ayat yang sama, menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah di sisi Nabi Muhammad s.a.w.
Tidakkah kita mahu menjadi umat yang dihargai Nabi? Bukan harta yang dipandang, bukan kedudukan yang dilihat, tetapi, iman dan pengorbanan yang menjadi ukuran! Aku akhiri cerita ini dgn suatu firman Allah S.W.T. yg bermaksud:
" Dan bekerjalah, maka Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaanmu itu.." (At-Taubah: 105)
Dikupas daripada: Zero to Hero by Solikhin Abu Izzudin
p/s: Doakan kejayaanku, isteriku, dan rakan2 dalam exam final kami! Syukran!
Sunday, April 10, 2011
Ini Kisah Julaibib
Wednesday, December 15, 2010
Quote #6 - Perjuangan
"Orang yang dipenjarakan hanyalah orang yang terputus hubungannya dengan Tuhannya dan orang yang ditawan ialah orang yang tertawan oleh hawa nafsunya."
"Apa yang dapat diperbuat oleh musuhku terhadapku?
Jika mereka memenjarakan aku, maka penjaraku itu adalah tempat khalwatku.
Jika mereka membuangku, maka pembuangan itu adalah suatu perkelahan bagiku.
Jika mereka membunuhku, maka matiku adalah mati syahid."
-Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna
Andainya kamu tidak punya hubungan yang baik dgn Allah S.W.T.,
andainya kamu mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T.,
andainya kamu hanya menjadi pak turut kepada hawa nafsu,
andainya kamu sekadar mengejar duniawi semata sampai jiwamu lesu,
maka kamulah orang yang TERPENJARA dan TERTAWAN oleh musuh!
"Beliau menyifatkan penjara bagaikan syurga, beliau dapat berkhalwat (menyendiri) bersama Allah. Ia dapat menghabiskan waktu-waktunya dengan solat, berpuasa, solat malam dan membaca Al-Quran. Bahkan beliau berjaya menulis tiga buah buku sepanjang berada dalam penjara."
" Jalan kami tidak akan pernah berubah, harga diri kami serta kemuliaan kami yang dirampas, akan kami ambil kembali bersama kembalinya Al-Quds dan Al-Aqsa ke pangkuan kaum muslimin."
- Syeikh Raed Salah a.k.a. Syeikh Al-Aqsa
Penjara dan penyiksaan zionis tidak pernah menghentikan beliau dari memperjuangkan Islam dan Al-Aqsa, maka apa lagi yang menghentikan kamu???
sumber: Dakwah Seimbang dan Pertengahan & Palestinkini
Shared by Neo Rantissi at 8:59 PM 2 Extra Sharings (Comments)
Labels: Copy and Paste, Fikrah dan Dakwah, Palestin, Quotes, Tazkirah, Tokoh
Friday, October 15, 2010
Quote #5 - Calon
"....wanita2 yang baik untuk lelaki2 yang baik, dan lelaki2 yang baik untuk wanita2 yang baik...."
(An-Nuur: 26)
Termenung sebentar, sejauh mana aku telah beriman dengan ayat ini? Sudahkah pengaplikasiannya berlaku dalam kehidupan seharianku?
Lelaki mana yang tidak inginkin isteri yang solehah dan bertaqwa yang akan menjadi tunjang ke arah pembinaan sebuah keluarga yg soleh dan beriman, yang akan melahirkan zuriat2 soleh/ah yang doa mereka utk ibu bapa mereka bakal diterima tatkala diri ini dipanggil oleh Allah S.W.T. nnt?
Dan tidak ada lelaki muslim yang waras akalnya, mengimpikan seorang isteri yang ingkar dan fasiq kepada Allah, yang akhirnya akan mengheret suaminya ke dalam jurang api neraka.
But then, it all starts with myself, with yourself. Pencarian isteri solehah itu bermula dengan menjadikan diri sebagai seorang calon suami yg soleh dan bertaqwa, and vice versa.
Lets ask ourselves, "Adakah aku seorang calon suami/isteri yang soleh/ah dan bertaqwa?"
Shared by Neo Rantissi at 4:14 PM 10 Extra Sharings (Comments)
Wednesday, February 17, 2010
Quote #4
Shared by Neo Rantissi at 1:06 PM 2 Extra Sharings (Comments)
Thursday, February 4, 2010
Quotes #3 - Regarding Women
Oh, somewhat I'm feeling like writing down and share some quotes about women that i found recently tonight while listening to some Nickelback's songs.
I was accompanying some girls returning to their home (musyrif) with a taxi when i suddenly noted this quote, written on a sticker on a car in front of us. It said:
"Well behaved woman barely make history."
I know I heard some sarcastic or provocative statements from my group's beloved professor of surgery regarding women, but I usually just laugh about it, but this particular statement somewhat got me on my nerve. Finally, it made me came out with a conclusion:
"Whoever created this statement must be a retard! There are lots of great histories carved by great well behaved women, just name it! Asiah the wife of the Pharaoh, Khadijah and Aishah r.a. the wives of Prophet Muhammad s.a.w., Asma' bt. Abu Bakr r.a., Sumaiyah r.a. and many more. Oh, and of course my beloved Mom! She carved lots of great meaningful and memorable histories in my life."
Last but not least, I found another quote regarding women from some of my friends (both males and females) in Facebook, u may already know about it:
"Whatever u give a woman, she will make it greater. Give her sperm, she will give u a baby. Give her a house, she will give u a home. Give her groceries, she will give u a meal. Give her a smile n she will give u her heart. She multiplies and enlarges what she is given. So if u give her crap, be ready to receive a ton of shit!"
Hahaha, no comment on this one, just made me laugh!
In the end, both man and woman always need each other, that's how we are created by Allah S.W.T. Obviously, to fulfill this necessity, we must use the right channel and path, allowed by the religion and blessed by our Almighty Creator, Allah S.W.T. Are you in the right path?
Wallahu musta'an.
Shared by Neo Rantissi at 9:27 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Life in Egypt, Quotes, Santai, Tazkirah
Thursday, January 21, 2010
Quotes #2 - Bacaan Orang Muda
Mungkin ini merupakan 'quote' terpanjang yg pernah aku salin untuk dipaparkan di sini, moga2 bermanfaat buat sahabat2 yg dikasihi sekalian.
Salah satu daripada ucapan Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang ditujukan buat para pemuda:
"Wahai pemuda, sesungguhnya sesuatu gagasan hanya berjaya apabila keimanan (keyakinan, kepercayaan) terhadap gagasan itu kuat, keikhlasan demi memperjuangkannya dipenuhi, semangat untuknya bertambah dan kesediaan yang mendorong pengorbanan dan usaha merealisasikannya wujud.
Keempat-empat rukun ini; iman, ikhlas, semangat dan usaha hampir-hampir merupakan ciri-ciri khusus pemuda. Asas kepada iman ialah hati yang bijaksana, asas kepada ikhlas ialah jiwa yang suci, asas kepada semangat ialah perasaan yang kuat, dan asas kepada usaha ialah keazaman yang muda remaja. Semua ini hanya dimiliki oleh para pemuda. Oleh itu, pemuda-pemuda dahulu dan sekarang adalah tiang kebangkitan kepada setiap bangsa, rahsia kekuatan kepada setiap kebangkitan dan pembawa panji kepada setiap gagasan.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 'Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.' (Al-Kahfi: 13)"
Dipetik daripada kitab 'Fii Rihaab Al-Islam' oleh Ustaz Husam Hamidah (diterjemahkan ke Keluasan Islam oleh ISMA), dan beliau memetik ucapan berkenaan dari kitab 'Baina Al-Qiyadah wa Al-Jundiyah 'ala Thoriq Ad-Da'wah' oleh Ustaz Mustafa Masyhur.
Selaku pemuda-pemuda harapan Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia, adakah ciri-ciri yang disebutkan di atas ada dalam diri anda?
Wujudkah di sana usaha2 untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan anda seperti para pemuda Kahfi?
Pedulikah anda pada tanggunjawab anda selaku seorang Muslim terhadap Jalan Dakwah agama ini?
Sama-sama kita muhasabah, wallahu'alam.
Shared by Neo Rantissi at 5:08 PM 2 Extra Sharings (Comments)
Labels: Copy and Paste, Fikrah dan Dakwah, Quotes, Tazkirah, Tokoh
Thursday, December 17, 2009
Quotes #1
Alhamdulillah, I've finished my 4th year's Internal Medicine round together with the OSCE exam. Going to start Surgery round this Saturday. Well then, I was reading this great article by Ust. Hasrizal entitled: Di Dalam Dunia Yang Serba TIDAK PATUT Ini and I thought about sharing some interesting quotes from the article, and the comments section:
1) “Kalau perempuan daripada zaman batu sampai zaman hutan batu mampu bergadai nyawa beranak, beranak dan beranak, mengapa lelaki hari ini yang sudah tidak mengangkat pedang di medan jihad tidak mampu untuk BERJIHAD menjaga rumahtangga? Manja sangatkah perawan akhir zaman sekarang?”
2) 'Sukar untuk sebuah rumahtangga berdiri dengan aman apabila terlalu banyak SEPATUTNYA yang diperjuangkan. Jika di dalam Bahasa Inggeris, SEPATUTNYA itu adalah sebuah EXPECTATION. Kita meletakkan banyak jangkaan dan jangkaan itulah yang kemudiannya berubah menjadi kekecewaan.'
3) “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka” [al-Baqarah 2: 186]
Suami yang menjadi pakaian isteri itu menyembunyikan kelemahan-kelemahan si isteri dengan penuh sabar dan redha hingga dibawa mati bersama ke kubur, sampai anak tidak nampak kelemahan ibu mereka sepanjang ayah ada bersama. Dia dikebumikan bersama banyak SEPATUTNYA yang dibawa mati tanpa rasa terkilan.
4) “Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang banyak hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita berjaya untuk benar-benar percaya, bahawa kita hanyalah HAMBA kepada-Nya. Hamba tidak layak meminta-minta dan meletakkan pelbagai standard atau jangkaan hidup. Fokuskan kepada peranan, dan syukuri setiap yang diterima, biar sekecil mana pun ia.”5) “Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!”
6) “a good wife for a male doctor is not a female doctor but, a good husband for a female doctor is a male doctor” (from comments section)
Conclusion: Harus banyak usaha untuk jadi lelaki soleh supaya mampu jd suami mithali yg layak mendapat isteri solehah, itulah realiti.
p/s: Salam Maal Hijrah buat semua, semoga tahun baru ini jauh lbh baik daripada tahun yang lepas! Ayuh teruskan usaha dlm meningkatkan amal, iman dan taqwa!
Shared by Neo Rantissi at 10:34 AM 6 Extra Sharings (Comments)
Labels: Copy and Paste, Quotes


