CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 29, 2011

Hijrah + Quick Updates

Sudah sangat lama rasanya jari jemari ni tidak menulis, tak tahu lah masih ada yg membaca ataupun tidak. Masih belum bertemu idea mungkin. Mungkin juga masih belum dapat mengatur masa sebaiknya dengan jumlah tanggungjawab yang bertambah.


So here are some quick updates:

1) As you can read in the title, I'll be moving to a new blog, so all my future posts will be there insyaAllah. But this blog will remain alive with hope that some posts in it will remain beneficial to others. Blog baru ini insyaAllah merupakan perkongsian saya dan isteri saya, yang diharapkan boleh memberi manfaat kepada sesiapa juga yang membacanya. Jadi, jemputlah bertandang ke Nuqtah Bidayah... [Titik Bermula]

2) I removed the chatbox since there's a lot of spam coming, also i don't think it is of much importance, so anything you need to say, feel free to leave your comments in any of my posts, even if it's unrelated.

3) I've been on hiatus for so long from writing a post or shooting a proper photo. Even in the new blog, till now, my wife is the only who's been writing there, as a matter of fact, she's a better writer than me, haha. The most i did in the blog so far is writing some comments. InsyaAllah i'll write a post sooner or later.

4) The final exam is just around the corner, and there are tonnes of studying that need to be done. Ibu dengan mama pun dah pesan supaya score dlm exam final kali ni mcm sem lepas, semoga Allah membantu. Pray for us peeps! Yes, i mean you who's reading this post! Thanks!

5) Last but not least, Ramadhan is only a few days away, so I wish all of you, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan ibadah yang bertimbun-timbun, semoga Ramadhan kali ini lebih baik/cemerlang/mantap daripada Ramadhan2 yang lepas di dalam hayat kita.

Sunday, April 10, 2011

Ini Kisah Julaibib

Di kala kesibukan final exam utk semester ke-9 aku di bumi anbiya' ni, terasa rajin pula nak update blog ni. Kali ini sekadar ingin berkongsi sebuah cerita ringkas, tentang seorang jejaka bernama Julaibib.

Julaibib ni, sebenarnya ialah seorang sahabat Nabi s.a.w., mesti korang tak pernah atau jarang mendengar namanya kan? Dia mmg seorang yang tidak terkenal lagi miskin, bahkan tidak diketahui nasabnya. Punya la miskin si Julaibib ni, sampai hilang keinginannya untuk berkahwin. Pernah ker korang jumpa orang yg punya papa kedana sampai tak teringin nak kahwin? Bawab yang hidup makan 'aish baladi (roti arab yg paling murah) dgn fuul (fava beans rebus dan lenyek2) tiap2 hari pun kahwin kot. Aku pun dah kawen, whoa!

Ok, sambung cerita Julaibib r.a. Walaupun dia ni miskin, tapi dia ni rajin berzikir, tak pernah miss saf pertama solat jamaah dan menyertai banyak perperangan. Macam dgn kita? Dah berapa banyak solat jamaah tertinggal? (ahh, memang aku terasa..) Kalau yang tak solat terus lagi jahanam, nanti tunggu neraka baham! Bab perperangan lagi usah dikata, harus mujahadah dulu bangun solat subuh pukul 4.10am! (dush sebijik atas kepala penulis)

Suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pada Julaibib, "Hai Julaibib, kamu tak ingin menikah?" maka jawab beliau, "Wahai Rasulullah, siapa yang mahu menikah denganku yang tak punya harta mahupun kedudukan?" Banyak kali Nabi tanya soalan yang sama kepada Julaibib, sampai suatu saat, Nabi mengutus beliau kepada sebuah keluarga untuk meminang seorang gadis bagi dirinya sendiri. Tuu dia...bukan calang2 pilihan calon isteri beliau, Rasulullah s.a.w., insan agung kekasih Allah sendiri yang pilihkan! MasyaAllah tabarakallah.. Ayah si gadis tak berkenan dgn pinangan Julaibib, namun puterinya lantas bersuara, "Sanggupkah ayah dan ibu menolak permintaan Rasul? Tidak, demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaanNya." Nah, ternyata di situ betapa taatnya gadis itu terhadap Allah dan RasulNya. Maka terbinalah sebuah rumah tangga berlandaskan taqwa dan redhaNya.

Sampai suatu masa, Julaibib telah menyertai sebuah perperangan, dan telah berjaya membunuh 7 orang musuh dan dia juga berjaya memperolehi syahid di jalan Allah. Rasulullah s.a.w. memeriksa nama-nama sahabat yang gugur syahid, tetapi sahabat2 yang melaporkan senarai nama tu terlupa akan Julaibib. Nak kata punya low profile Julaibib ni sampai leh terlupa nama dia. Tetapi, Rasulullah tetap ingat! Bahkan baginda berkata, "Tapi, aku merasa kehilangan Julaibib.", akhirnya, Nabi s.a.w. menemukan jenazah beliau yang ditutupi pasir, lalu membersihkan pasir dari wajahnya. Hebatnya Julaibib, sampai Rasulullah sendiri merasakan kehilangannya walaupun namanya tiada dalam official list yang diberikan oleh sahabat2 lain.

Lantas, Rasulullah s.a.w. berkata, "Ternyata engkau telah membunuh 7 orang musuhm kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu." 3 kali Nabi ulang ayat yang sama, menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah di sisi Nabi Muhammad s.a.w.

Tidakkah kita mahu menjadi umat yang dihargai Nabi? Bukan harta yang dipandang, bukan kedudukan yang dilihat, tetapi, iman dan pengorbanan yang menjadi ukuran! Aku akhiri cerita ini dgn suatu firman Allah S.W.T. yg bermaksud:
" Dan bekerjalah, maka Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaanmu itu.." (At-Taubah: 105)


Dikupas daripada: Zero to Hero by Solikhin Abu Izzudin

p/s: Doakan kejayaanku, isteriku, dan rakan2 dalam exam final kami! Syukran!

Monday, March 21, 2011

Quick Update, Finally!

Setelah sekian lama blog ini tidak dikemaskini, terasa ingin menulis pula walaupun sgt sedikit.

1. Alhamdulillah, pada 5/3/2011 bersamaan dgn 30 Rabi'ul-awwal 1432H, saya telah selamat dinikahkan dengan ukhti Sarah bt. Mohd. Rashid, segala syukur ke hadrat Allah S.W.T. Juga, jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang mendoakan kami dan menghadiri majlis perkahwinan kami, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

2. Alhamdulillah, telah selamat pulang ke Mesir utk menyambung perjuangan di bumi anbiya' ini, dgn fasa hidup yang baru, bersama isteri tercinta. Final exam akan bermula tak lama lagi, sekarang dalam proses memaksa diri sendiri utk study maut! Doa kalian adalah amat diharapkan dan dihargai.

3. Teruja dengan suasana Mesir yang tampak agak berbeza selepas berambusnya diktator Husni 'ghairu' Mubarak dari tampuk pemerintahan bumi barakah ini. Moga Allah terus memberkati bumi Mesir dengan masa depan yang lebih cerah utk rakyat Mesir dan dunia Islam.

Ok, tak dapat nk tulis panjang, study yuk!

Wassalam wbt.

Tuesday, December 21, 2010

English is Stupid?

I've read this poem long time ago, luckily i found it again on the net. Don't take me wrong, i do love English and it's a great language. It's just that i thought this poem is quite funny and i want to share it with the readers. Anyway, English is definitely important, so master the language will you? Of course, Arabic is way much better since it's the language of the Quran, and it would be an extra if you can master Mandarin. So, happy reading!

Lets face it
English is a stupid language.
There is no egg in the eggplant;
No ham in the hamburger
And neither pine nor apple in the pineapple.
And while no one knows what is in a hot dog,
you can be pretty sure it isn't canine.
English muffins were not invented in England;
French fries were not invented in France.

We sometimes take English for granted.
But if we examine its paradoxes we find that
Quicksand takes you down slowly.
Boxing rings are square.
And a guinea pig is neither from Guinea nor is it a pig.
Sweetmeats are candies, while sweetbreads,
which aren't sweet, are meat.

If writers write, how come fingers don't fing.
If the plural of tooth is teeth,
One goose, two geese.
So one moose, two meese?
Is cheese the plural of choose?
One mouse, two mice; one louse, two lice,
One house, two hice?
Shouldn't the plural of phone booth be phone beeth
If the teacher taught, why didn't the preacher praught,
Or the grocer groce, or hammers ham?

If a vegetarian eats vegetables,
What the heck does a humanitarian eat!?
Why do people recite at a play,
Yet play at a recital?
Park on driveways and drive on parkways?
Ship by truck, and send cargo by ship...?
Have feet that smell and noses than run?
How can the weather be as hot as hell on one day
And as cold as hell on another

You have to marvel at the unique lunacy
Of a language where a house can burn up as
It burns down,
And in which you fill in a form
By filling it out
And a bell is only heard once it goes!
How can a slim chance and a fat chance be the same,
while a wise man and a wise guy are opposites?

English was invented by people, not computers
And it reflects the creativity of the human race
(Which of course isn't a race at all)
That is why
You get in and out of a car, and on and off a bus.
When the stars are out they are visible
But when the lights are out they are invisible.
And why it is that when I wind up my watch
It starts,
But when I wind up this poem,
It ends.

Wednesday, December 15, 2010

Quote #6 - Perjuangan

"Orang yang dipenjarakan hanyalah orang yang terputus hubungannya dengan Tuhannya dan orang yang ditawan ialah orang yang tertawan oleh hawa nafsunya."

"Apa yang dapat diperbuat oleh musuhku terhadapku?

Jika mereka memenjarakan aku, maka penjaraku itu adalah tempat khalwatku.
Jika mereka membuangku, maka pembuangan itu adalah suatu perkelahan bagiku.
Jika mereka membunuhku, maka matiku adalah mati syahid."

-Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna

Andainya kamu tidak punya hubungan yang baik dgn Allah S.W.T.,
andainya kamu mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T.,
andainya kamu hanya menjadi pak turut kepada hawa nafsu,
andainya kamu sekadar mengejar duniawi semata sampai jiwamu lesu,
maka kamulah orang yang TERPENJARA dan TERTAWAN oleh musuh!

"Beliau menyifatkan penjara bagaikan syurga, beliau dapat berkhalwat (menyendiri) bersama Allah. Ia dapat menghabiskan waktu-waktunya dengan solat, berpuasa, solat malam dan membaca Al-Quran. Bahkan beliau berjaya menulis tiga buah buku sepanjang berada dalam penjara."

" Jalan kami tidak akan pernah berubah, harga diri kami serta kemuliaan kami yang dirampas, akan kami ambil kembali bersama kembalinya Al-Quds dan Al-Aqsa ke pangkuan kaum muslimin."

- Syeikh Raed Salah a.k.a. Syeikh Al-Aqsa

Penjara dan penyiksaan zionis tidak pernah menghentikan beliau dari memperjuangkan Islam dan Al-Aqsa, maka apa lagi yang menghentikan kamu???


sumber: Dakwah Seimbang dan Pertengahan & Palestinkini

Tuesday, November 23, 2010

Terasingkah kita?



Nabi s.a.w. bersabda: "Islam itu bermula asing, dan akan kembali asing seperti mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang asing." (Sahih Muslim)

Ghuraba'...merekalah minoriti dalam masyarakat hari ni...

Bukankah orang-orang yang memelihara aurat dengan sempurna itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang solat 5 waktu di masjid/berjamaah itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang mengamalkan sunnah nabi itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang memelihara kehormatannya itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang rajin baca Quran itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang berpegang pada jalan dakwah dan tarbiyah itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang memelihara dirinya daripada ikhtilat itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang sentiasa pedulikan masalah umat itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang sentiasa bekerja untuk mengembalikan masyarakat kepada Islam itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang menyerahkan seluruh kehidupannya semata-mata untuk mencari mardhatillah itu adalah asing hari ini?


Tidakkah kamu mahu termasuk dalam golongan yang terasing itu?

Friday, October 15, 2010

Quote #5 - Calon

"....wanita2 yang baik untuk lelaki2 yang baik, dan lelaki2 yang baik untuk wanita2 yang baik...."

(An-Nuur: 26)

Termenung sebentar, sejauh mana aku telah beriman dengan ayat ini? Sudahkah pengaplikasiannya berlaku dalam kehidupan seharianku?

Lelaki mana yang tidak inginkin isteri yang solehah dan bertaqwa yang akan menjadi tunjang ke arah pembinaan sebuah keluarga yg soleh dan beriman, yang akan melahirkan zuriat2 soleh/ah yang doa mereka utk ibu bapa mereka bakal diterima tatkala diri ini dipanggil oleh Allah S.W.T. nnt?

Dan tidak ada lelaki muslim yang waras akalnya, mengimpikan seorang isteri yang ingkar dan fasiq kepada Allah, yang akhirnya akan mengheret suaminya ke dalam jurang api neraka.

But then, it all starts with myself, with yourself. Pencarian isteri solehah itu bermula dengan menjadikan diri sebagai seorang calon suami yg soleh dan bertaqwa, and vice versa.

Lets ask ourselves, "Adakah aku seorang calon suami/isteri yang soleh/ah dan bertaqwa?"

Saturday, September 4, 2010

Jangan jadi manusia celaka

Post ni pendek jer insyaAllah, sekadar satu peringatan ringkas.


Dalam satu riwayat yang sohih, diceritakan bagaimana Malaikat Jibril a.s. pernah mendoakan yang maksudnya lebih kurang begini, "Celakalah barangsiapa yang tatkala berakhirnya Ramadhan, dia tidak mendapat pengampunan Allah S.W.T." dan doa berkenaan diaminkan sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w. di hadapan para sahabat.

Maka, dalam baki 5 hari bulan Ramadhan Mubarak yang tinggal ni, manfaatkanlah sebaiknya 5 hari ni, banyakkan bertaubat dan beribadah, moga2 kita keluar dari bulan ni dalam keadaan suci murni umpama bayi yang baru lahir, mati pun leh masuk syurga.

Doa malaikat Jibril yang diaminkan oleh Nabi s.a.w. pastinya doa yang sgt tinggi darjatnya dan pasti makbul, tak mungkin dapat dibandingkan dgn doa2 kita mahupun ibu bapak kita. Maka buatla pilihan anda, nak jadi manusia yang didoakan kecelakaannya oleh Jibril a.s. ataupun tidak?

Jom beramal!

Wallahu'alam.

Monday, August 30, 2010

Cerita Elective Posting - Ajal Maut Tak Kenal Masa

Salam ramadhan buat anda, semoga Iman anda semakin bertambah di kala bulan suci yang menghampiri akhirnya ini. Alhamdulillah, saya diberikan peluang untuk berkongsi satu cerita dengan sahabat2 pembaca sekalian, satu kisah berdasarkan pengalaman saya sendiri, melakukan elective posting selama 4 hari di unit Medical (a.k.a. Internal Medicine) di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani. Banyak pengalaman menarik yang saya perolehi di sana, tapi di sini saya nak kongsi satu cerita jer. 80% of the story will be delivered in English since it is easier.

The story is about a patient named Puan Salmah (bukan nama sebenar) aged 50’s. She was presented to the hospital with septic arthritis (jankitan kuman dalam sendi) of the knee joint which leads to septicaemia (kuman aktif merebak dalam darah).

On the first day of my posting, the patient was just transferred to the ward from the ICU, but later in the afternoon, the doctors noticed signs of developing respiratory failure, as a result, finally the doctors decided to do an intubation, the intubation was successful after the third attempt by a senior MO from Gen. Anesthetic (GA) department, after two attempts from a HO and junior MO failed. From there, I realized how difficult it is to intubate a living human being compared to a model (patung). The patient was then sent back to the ICU since she needed assisted ventilation. I took the chance to accompany the doctor and nurses to send the patient to the ICU.

Yesterday, which is my third day of posting, the patient is back in the ward, and responding well to the doctors. Today, during the morning ward round with the specialist, the patient looked lethargic with shortness of breath, but still responding to the doctors.

But later, after the round has finished, while the doctors are working with case files and I was reading some of the files, suddenly a nurse called the senior MO who was in charge at that moment. Later on, I noticed that the curtain around the patient was pulled and the head nurse was assisting the doctors. Usually, when the head nurse personally help the doctors, it most likely something serious, so I decided to join the doctors behind the curtain.

I was shocked to know that the patient has developed septic shock (extreme drop of blood pressure), the doctors and nurses were extremely busy doing everything they can do to resuscitate the patient. It was the first time for me to see clinically an emergency management of a patient in shock, with multiple IV lines and multiple sympathomimetics administrations with maximum dosage and speed.

Earlier the patient is still responding to external stimuli like pain and voices, but later, with the blood pressure remaining low, the patient become unconscious, so the doctors decided to intubate her, a senior doctor from GA/ICU was called to do the procedure. Despite everything that the doctors did, the patient suddenly went into cardiac arrest (if I were not mistaken) so CPR was performed. I was asked by the senior MO to help the team, we took turns in doing the chest compression while another doctor did the bagging (assisted ventilation with ambu-bag).

Doing CPR on a real patient is definitely a tough job, it’s tiring, so it’s better to have few doctors, preferably with strong hands. My hand was shaking after the CPR, not just because the fatigued muscles, but also due to the thought that I was helping these doctors to keep this patient alive as long as we could. The thought of doing CPR while hoping the patient will come back to life and looking at her motionless face and body, that’s not something that could be described simply by words. The CPR was done for nearly half an hour since at her age, she’s still considered as young.

Then, the final moment came, the senior MO told us to stop doing the CPR, she said there’s no more hope, and we did everything we could. She also told the nurse to call the patient’s sons (around late 20’s to late 30’s) who were waiting outside the cubicle while telling one of the HO to continue the bagging process. When the sons came in, she told them to whisper syahadah to their mother’s ears. I was touched, because she’s a non-muslim, but she calmly reminded the gentlemen to help their mother perform her last syahadah. Even when the sons stopped for a while (maybe due to sadness), she still reminded them so they don’t stop whispering syahadah to the patient.

Akhirnya, saya bersama seorang HO, pergi bertemu anak2 pesakit berkenaan, dan kami menyampaikan takziah daripada semua doctor dan jururawat yang terlibat. Saya juga sempat mengingatkan mereka agar mengambil peluang sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan ini, untuk berdoa sebanyak mungkin buat arwah ibu mereka, moga2 memperoleh keberkatan Lailatul Qadr. Lega bila melihat mereka menerima dan redha dgn kematian tersebut sebagai satu takdir daripada Allah S.W.T.

Pengalaman melihat seorang pesakit meninggal dunia di depan mata, mengajar saya, betapa kematian itu tak mengenal masa dan usia. Manakala, pengalaman membantu doktor2 cuba menyelamatkan nyawa pesakit berkenaan, mengajar erti betapa besarnya tanggungjawab yang akan dipikul di masa akan datang. Bukanlah suatu pengalaman yang seronok, tapi bagi saya, ianya satu pengalaman yang cukup bermakna. Juga, pengalaman melihat wajah anak2 yang kesedihan dan kepiluan di saat kematian ibu mereka,tak mampu bayangkan diri saya untuk menghadapi saat itu suatu hari nanti. Moga Allah S.W.T mengurniakan kesihatan yang baik buat ibu saya dan ibu2 anda, dan semoga Allah S.W.T. mengurniakan ‘husnul khatimah’ buat ibu bapa saya yang tercinta dan juga ibu bapa anda. Akhir sekali, moga Allah S.W.T. menjadikan saya dan rakan2 saya, doktor muslim yang cemerlang, yang mampu merawat jasad dan roh pesakit2 kami.

Semoga kisah yang dikongsikan dapat memberi serba sedikit manfaat buat anda yang membaca, sememangnya kematian itu merupakan suatu peringatan yang amat besar. Ayuh beramal sebanyak mungkin di sepertiga terakhir Ramadhan ini, moga-moga dapat bertemu Lailatul Qadr, dan moga kita keluar daripada madrasah Ramadhan ini dgn keampunan Allah dan suci dari dosa, kalau mati pun boleh masuk syurga insyaAllah.

Wallahu’alam, wallahu musta’an.

Tuesday, August 10, 2010

Home

Finally, the exams are over and I'm going home after nearly 2 years, would be great to spend Ramadhan and Eid with my family this year. Ouh how i miss them so much especially the little ones, Iffah and Abbas. Sadly i won't be meeting my brother Ahmad for a while since summer in New Zealand is in Nov/Dec, gotta wait until one of us finish our studies. Gonna be a long journey, I'm getting 10 hours transit in Doha and 10 hours transit in KLIA since I'm taking a flight to Penang from LCCT at Thursday's morning.


Lets appreciate the chance of meeting Ramadhan Al-Mubarak as much as we can, make it better than the previous years.

Daughtry - Home