CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Fikrah dan Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Fikrah dan Dakwah. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Quote #6 - Perjuangan

"Orang yang dipenjarakan hanyalah orang yang terputus hubungannya dengan Tuhannya dan orang yang ditawan ialah orang yang tertawan oleh hawa nafsunya."

"Apa yang dapat diperbuat oleh musuhku terhadapku?

Jika mereka memenjarakan aku, maka penjaraku itu adalah tempat khalwatku.
Jika mereka membuangku, maka pembuangan itu adalah suatu perkelahan bagiku.
Jika mereka membunuhku, maka matiku adalah mati syahid."

-Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna

Andainya kamu tidak punya hubungan yang baik dgn Allah S.W.T.,
andainya kamu mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T.,
andainya kamu hanya menjadi pak turut kepada hawa nafsu,
andainya kamu sekadar mengejar duniawi semata sampai jiwamu lesu,
maka kamulah orang yang TERPENJARA dan TERTAWAN oleh musuh!

"Beliau menyifatkan penjara bagaikan syurga, beliau dapat berkhalwat (menyendiri) bersama Allah. Ia dapat menghabiskan waktu-waktunya dengan solat, berpuasa, solat malam dan membaca Al-Quran. Bahkan beliau berjaya menulis tiga buah buku sepanjang berada dalam penjara."

" Jalan kami tidak akan pernah berubah, harga diri kami serta kemuliaan kami yang dirampas, akan kami ambil kembali bersama kembalinya Al-Quds dan Al-Aqsa ke pangkuan kaum muslimin."

- Syeikh Raed Salah a.k.a. Syeikh Al-Aqsa

Penjara dan penyiksaan zionis tidak pernah menghentikan beliau dari memperjuangkan Islam dan Al-Aqsa, maka apa lagi yang menghentikan kamu???


sumber: Dakwah Seimbang dan Pertengahan & Palestinkini

Tuesday, November 23, 2010

Terasingkah kita?



Nabi s.a.w. bersabda: "Islam itu bermula asing, dan akan kembali asing seperti mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang asing." (Sahih Muslim)

Ghuraba'...merekalah minoriti dalam masyarakat hari ni...

Bukankah orang-orang yang memelihara aurat dengan sempurna itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang solat 5 waktu di masjid/berjamaah itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang mengamalkan sunnah nabi itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang memelihara kehormatannya itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang rajin baca Quran itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang berpegang pada jalan dakwah dan tarbiyah itu adalah asing hari ini?

Bukankah orang-orang yang memelihara dirinya daripada ikhtilat itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang sentiasa pedulikan masalah umat itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang sentiasa bekerja untuk mengembalikan masyarakat kepada Islam itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang menyerahkan seluruh kehidupannya semata-mata untuk mencari mardhatillah itu adalah asing hari ini?


Tidakkah kamu mahu termasuk dalam golongan yang terasing itu?

Thursday, April 15, 2010

Reversed Psychology - Why I Hate Islam

Before you say anything, or thinking about any speculation, you should watch thoroughly this video first:



If by any chance, you are cursing this guy, then again, watch the video thoroughly. If you still don't get it, then go to this link and read the video's description.

It's actually a satire dedicated to those who believe in Christianity and Bible, quite a unique method for da'wah I believe. Credit to Nazri who gave me the link yesterday.

Have an opinion or criticism? Feel free to leave it in the comments section here or directly at the video's link.

Thursday, January 21, 2010

Quotes #2 - Bacaan Orang Muda

Mungkin ini merupakan 'quote' terpanjang yg pernah aku salin untuk dipaparkan di sini, moga2 bermanfaat buat sahabat2 yg dikasihi sekalian.

Salah satu daripada ucapan Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang ditujukan buat para pemuda:

"Wahai pemuda, sesungguhnya sesuatu gagasan hanya berjaya apabila keimanan (keyakinan, kepercayaan) terhadap gagasan itu kuat, keikhlasan demi memperjuangkannya dipenuhi, semangat untuknya bertambah dan kesediaan yang mendorong pengorbanan dan usaha merealisasikannya wujud.

Keempat-empat rukun ini; iman, ikhlas, semangat dan usaha hampir-hampir merupakan ciri-ciri khusus pemuda. Asas kepada iman ialah hati yang bijaksana, asas kepada ikhlas ialah jiwa yang suci, asas kepada semangat ialah perasaan yang kuat, dan asas kepada usaha ialah keazaman yang muda remaja. Semua ini hanya dimiliki oleh para pemuda. Oleh itu, pemuda-pemuda dahulu dan sekarang adalah tiang kebangkitan kepada setiap bangsa, rahsia kekuatan kepada setiap kebangkitan dan pembawa panji kepada setiap gagasan.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 'Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.' (Al-Kahfi: 13)"

Dipetik daripada kitab 'Fii Rihaab Al-Islam' oleh Ustaz Husam Hamidah (diterjemahkan ke Keluasan Islam oleh ISMA), dan beliau memetik ucapan berkenaan dari kitab 'Baina Al-Qiyadah wa Al-Jundiyah 'ala Thoriq Ad-Da'wah' oleh Ustaz Mustafa Masyhur.

Selaku pemuda-pemuda harapan Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia, adakah ciri-ciri yang disebutkan di atas ada dalam diri anda?
Wujudkah di sana usaha2 untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan anda seperti para pemuda Kahfi?
Pedulikah anda pada tanggunjawab anda selaku seorang Muslim terhadap Jalan Dakwah agama ini?

Sama-sama kita muhasabah, wallahu'alam.