Mungkin ini merupakan 'quote' terpanjang yg pernah aku salin untuk dipaparkan di sini, moga2 bermanfaat buat sahabat2 yg dikasihi sekalian.
Salah satu daripada ucapan Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang ditujukan buat para pemuda:
"Wahai pemuda, sesungguhnya sesuatu gagasan hanya berjaya apabila keimanan (keyakinan, kepercayaan) terhadap gagasan itu kuat, keikhlasan demi memperjuangkannya dipenuhi, semangat untuknya bertambah dan kesediaan yang mendorong pengorbanan dan usaha merealisasikannya wujud.
Keempat-empat rukun ini; iman, ikhlas, semangat dan usaha hampir-hampir merupakan ciri-ciri khusus pemuda. Asas kepada iman ialah hati yang bijaksana, asas kepada ikhlas ialah jiwa yang suci, asas kepada semangat ialah perasaan yang kuat, dan asas kepada usaha ialah keazaman yang muda remaja. Semua ini hanya dimiliki oleh para pemuda. Oleh itu, pemuda-pemuda dahulu dan sekarang adalah tiang kebangkitan kepada setiap bangsa, rahsia kekuatan kepada setiap kebangkitan dan pembawa panji kepada setiap gagasan.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 'Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.' (Al-Kahfi: 13)"
Dipetik daripada kitab 'Fii Rihaab Al-Islam' oleh Ustaz Husam Hamidah (diterjemahkan ke Keluasan Islam oleh ISMA), dan beliau memetik ucapan berkenaan dari kitab 'Baina Al-Qiyadah wa Al-Jundiyah 'ala Thoriq Ad-Da'wah' oleh Ustaz Mustafa Masyhur.
Selaku pemuda-pemuda harapan Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia, adakah ciri-ciri yang disebutkan di atas ada dalam diri anda?
Wujudkah di sana usaha2 untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan anda seperti para pemuda Kahfi?
Pedulikah anda pada tanggunjawab anda selaku seorang Muslim terhadap Jalan Dakwah agama ini?
Sama-sama kita muhasabah, wallahu'alam.
Bertaubatlah Dik……
9 years ago
2 Extra Sharings (Comments):
pemuda2 yg selalu diberi petunjuk dan mempunyai jati diri yg kuat berteraskan keimanan dan ketakwaan adalah pemuda2 yg mana 'subuh' nya berjemaah di 'masjid'..sama2 kita tergolong dlm kumpulan pemuda itu.ameen
abg mika, sgt benar nasihatmu itu, yallah sama2 kita ke masjid!
Post a Comment