Setelah sekian lama blog ini tidak dikemaskini, terasa ingin menulis pula walaupun sgt sedikit.
1. Alhamdulillah, pada 5/3/2011 bersamaan dgn 30 Rabi'ul-awwal 1432H, saya telah selamat dinikahkan dengan ukhti Sarah bt. Mohd. Rashid, segala syukur ke hadrat Allah S.W.T. Juga, jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang mendoakan kami dan menghadiri majlis perkahwinan kami, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.
2. Alhamdulillah, telah selamat pulang ke Mesir utk menyambung perjuangan di bumi anbiya' ini, dgn fasa hidup yang baru, bersama isteri tercinta. Final exam akan bermula tak lama lagi, sekarang dalam proses memaksa diri sendiri utk study maut! Doa kalian adalah amat diharapkan dan dihargai.
3. Teruja dengan suasana Mesir yang tampak agak berbeza selepas berambusnya diktator Husni 'ghairu' Mubarak dari tampuk pemerintahan bumi barakah ini. Moga Allah terus memberkati bumi Mesir dengan masa depan yang lebih cerah utk rakyat Mesir dan dunia Islam.
Ok, tak dapat nk tulis panjang, study yuk!
Wassalam wbt.
Bertaubatlah Dik……
9 years ago
0 Extra Sharings (Comments):
Post a Comment