Kekurangan idea sebenarnya untuk menulis, tapi rasa nak update jugak blog nih. So...what should I write eh?
Sekarang sedang dlm tempoh bercuti, agak panjang sebenarnya, 2 minggu, tapi sedar tak sedar, 6 hari sudah berlalu. Iskandariah masih agak lengang dari pelajar2 tahun 4 dan 1, ada yang pulang ke Malaysia, ada yang ke Kaherah, ada yg melancong di dalam Mesir dan ada yang melancong di luar Mesir. Aku jugak yang menghabiskan cuti di Iskandariah, habis jauh pun pegi Kaherah jer utk Ma'rod Kutub, Ahad atau Isnin nnt, nk kena turun Kaherah balik, walimah Isa Hassan, member tahun 4 medic Univ. Cairo. Agak cemburu melihat rakan2 yang melancong, takperlah, kita lepak Alex saving duit dan study lecture notes yang berlambak (iyer2 jer) pun jadi lah, haha.
Eh, mender aku merepek nih, yaa, beberapa minggu lepas, GPA tahun lepas dikeluarkan oleh Unit Akademik PCI, hasilnya aku memperolehi 3 flat! Alhamdulillah syukur masih lg mencecah 3.0, ngam2 jer tuh. Di sebalik kesyukuran itu, ada perasaan kecewa dan tak puas hati, bukan tak redha dgn takdir, tetapi mempersoalkan potensi sebenar diri ini. Aku yakin, kawan2 yang lain pun macam tu. Melainkan kalau ada yang rasa tak perlu nak perbaiki keputusan, haa, ada la yang tak kena dalam diri tu, kena periksa balik.
Lying on my bed, I was thinking, how would I finish my study here in Egypt? Will I finish great? Will I finish strong? Will I even finish this degree in the allocated time?
What type of doctor would I become? An excellent one? A mediocre one? A 'cukup makan' one?
Teringat pesan Prof. Dr. Ibrahim Gawish, "As a medical student, to be a good Muslim, you must be a good doctor!" Nak cakap dan menulis mmg senang, siapa tak nak jadi doktor muslim yang cemerlang, tapi nak gerakkan jasad dan minda ke arah impian tu sememangnya sesuatu yang amat sukar. Orang cakap kalau nak berubah, kena buat anjakan paradigma, ni paradigma pun tak jumpa lagi, lagu mana nak anjak?
To my beloved ibu, I know you said it's okay when i told you about my result, but i know deep down, you and bapak definitely want me to improve, to achieve a better GPA and to become an excellent muslim doctor in the end. Please pray that I'll do better this year both as a medical student and as a muslim.
Ada orang pernah ingatkan aku, kunci kejayaan adalah hubungan dgn Allah, kalau baik hubungan kita dgn Allah, insyaAllah mudah untuk kita capai kejayaan, kalau hubungan denganNya pun macam sampah, macam mana nk harapkan kejayaan dariNya, kalau dapat pun, takut2 ianya adalah istidraj, lagi baik gagal dari dapat istidraj! Perlu banyakkan muhasabah nampaknya, perlu tingkatkan amal! Semoga diri ini mampu berubah ke arah yang lebih baik, moga2 termasuk dalam golongan yang soleh dan musleh.
Wallahu'alam wallahu musta'an.
p/s: GPA 3rd Year 08/09 (batch aku) yang aku upload through Megaupload mencatatkan 339 downloads, aku rasa jumlah 4th year sekarang tak sampai 200 pun, I wonder where did the rest come from? Ramai rupanya yang berminat dengan result batch aku ni, haha, lets become exemplary seniors to our juniors guys!
Bertaubatlah Dik……
9 years ago
3 Extra Sharings (Comments):
sayelah pendownload ke 339 itu..ngeh2
So jom study dan saling membantu, bukan saling memalukan :P
@fiza: ouh, kamu la rupanya junior tu, hahaha
@farid: ayuh kita saling membina satu sama lain ^_^
Post a Comment