Sekiranya anda mengharapkan post ini adalah tentang ikan haruan, maka musnahlah harapan anda. Sebab post ini bukanlah untuk menceritakan kisah ikan haruan mahupun resepi masakan ikan haruan. Post ini juga bukan tentang ikan haruan biru dari Sungai Nil mahupun tentang warna kebiru-biruan itu. Ouh, tiba2 teringat sudah lama tak makan ikan haruan, bertahun-tahun sudah.
Ah, post ini hanyalah sekadar karutan ringkas akibat tertekan usai peperiksaan subjek pembedahan + anestetik (baca: exam paper surgery + anaesthesia). Berdasarkan pemerhatian kasar tadi, nampak macam ramai yang mengeluh tentang kertas PJP (pilihan jawapan pelbagai a.k.a. MCQ), soalan2 yang kukirakan tahap kesukarannya umpama misi terakhir Campaign Warcraft III yang tak pernah aku menang, sekiranya anda player warcraft dan penah menang mission tu, sila diam, hahaha.
Rata-rata mengharapkan markah yang mungkin diperolehi melalui kertas esei mampu menampung kecacatan kertas PJP, semoga impian kita ini tercapai insyaAllah. Bagi yang mampu menjawab kedua2 kertas soalan tadi dengan gilang gemilang, tahniah aku ucapkan, bagi yang rasa macam gelong terguling seperti aku plak, insyaAllah moga-moga kita semua sama-sama lulus.
Haih...sebelum peghiksa pon otak haghu, lepaih peghiksa pun otak jadi haghu, ni dok tunggu exam internal med plak dok mai, tambah haghu lagi cek oiii! (andai tak faham, sila cari orang kedah atau penang untuk terjemahkan untuk anda)
Di kala otak haru biru ini, siapa2 yang rasa dirinya nak melepaskan tension dgn melayan lagu Korea, boleh la layan lagu Haru Haru by Big Bang dan lebih best, selepas itu melayan plak video klip parody Haru Haru by Big Bag, rekaan team Infinity Challenge. Saper tgk Family Outing mmg akan kenal sgt dgn pakcik Yoo Jae Suk, kepala team IC. Kalau taknak tgk boleh skip terus ke bawah sekali, yeah!
Haru Haru by Big Bang:
Haru Haru Parody (Big Bag) by Infinity Challenge (xder sub sbb video atas dh ada):
Untuk akhirnya, buat rakan2 tahun 4, Selamat Maju Jaya utk kertas Perubatan Dalaman dan Patologi Klinikal pada Khamis ini! Dan buat adik2 tahun 1, selamat maju jaya juga untuk peperiksaan akhir sem anda. Rabbiuna yusahhil wa yunajjih lana insyaAllah!
p/s: otak haru biru, entry blog pun jadi haru biru~
Paranoia??
9 years ago
0 Extra Sharings (Comments):
Post a Comment