Kena apa??? Korang tau ker aku kena apa yang satu demi satu tu? Haa, meh sini aku nak habaq mai kat hangpa semua, ni kisahnya:
Kena 1
Allah mengilhamkan pada aku utk menulis tentang kematian, supaya aku sendiri khasnya, dan umumnya kawan2 tersayang yang baca blog ni diperingatkan tentang kematian. Maka aku pun bertindak menulis entry yang bertajuk When I Write About Death!.
Kena 2
Aku dapat berita dari Ustaz2 kat Mandarah yang Ust. Wan Salimi, bekas ketua UMI dah meninggal dunia. Aku sempat kenal arwah masa aku 1st year dulu. Kebetulan pulak dia mentor SC Muaz, dia siap penah dtg wat sc kat rumah aku. Beliau meninggal sebab complication treatment for skull replacement.
Kena 3
Aku baca paper, 12 orang terkorban dalam serangan masa solat isya' kat masjid Narathiwat, Selatan Thai. Terus aku teringat lawatan sambil belajar SMAI yang aku ikut masa Form 2@3 (aku x igt) ke sana. Aku masih ingat layanan yang amat baik yang diterima drpd ustaz2 kat masjid dan sekolah pondok kat Pattani, Yala dan Narathiwat. Moga2 mereka mendapat syahid dan moga2 Allah mengazab pengganas2 celaka itu.
Kena 4
Aku dapat berita 5 org sahabat2 drpd Cairo U accident, 2 org cedera ringan, 2 org koma dan sorang meninggal dunia. Berita ni amat mengejutkan sbb diorang semua sebaya aku jer, x sangka Allah panggil Allahyarham Ammar dalam usia yang masih muda, moga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh. Walaupun antara 5 orang tu aku cuma knal Saif jer (yang lain maybe kenal muka tapi xtau nama), tetapi aku tetap merasai pemergian arwah. Aku doakan2 kwn2 yg lain yg masih cedera dan traumatized cepat sembuh iAllah.
"Allahummaghfirlahum, warhamhum, wa'aafihim wa'fu-'anhum."
Kena 6
Aku baca news kat Yahoo, sekali aku terbaca yg WHO dh isytihar Swine Flu by H1N1 virus dah reached phase 6 which mean it is a true pandemic. Dah beratus org mati due to this pandemic, once upon a time ago, the same pandemic caused millions of death, semoga takkan berulang lagi. Aku berdoa moga2 aku, keluarga, rakan-rakan, dan seluruh umat Islam dilindungi dari wabak ni.
Ya...ni la yang aku kena, kena apa? Kena peringatan drpd Allah S.W.T. dan aku nak kongsi peringatan2 ni dengan korang. Sangat benarlah firmanNya dalam Surah Aali 'Imran, ayat 185, yang bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. "
Kita boleh mati dalam apa jua cara, di mana sahaja kita berada dan pada bila-bila masa sahaja. Moga-moga Allah menggolongkan kita di antara orang-orang yang mempunyai persediaan yang cukup sebelum menjadi mayat dan mati dalam Iman. Secara ringkasnya, moga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat 'husnul khatimah' dan dijauhkan sejauh-jauhnya daripada 'suu-ul khatimah' insyaAllah. Ameen Ya Rabb!
Ayuh sama-sama kita muhasabah diri kita and may Allah watch over all of us.
Bertaubatlah Dik……
9 years ago
0 Extra Sharings (Comments):
Post a Comment