CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 14, 2009

Ayuh Bersama-sama Ringankan Beban Mereka

Seperti mana yang telah kita maklum, beberapa sahabat seperjuangan kita di Kaherah telah mengalami kemalangan. Berita lanjut di sini.

Dikhabarkan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mereka adalah sebanyak LE 25 000, oleh itu, ayuhlah sahabat2 sekalian, atas dasar ukhuwah Islamiah, sama-sama kita bantu mereka, moga2 sedikit usaha kita ini dikira sbg amal soleh di sisiNya.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan melalui saluran Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Iskandariah, boleh lah mengisi tabung2 yang akan diedarkan atau menghubungi nama2 berikut:

  1. Mohd. Saufi (Tahun 3)
  2. Faizatul Izzati (Tahun 3)
  3. Aslam, Husna, dan Siti Nur Bayani (Tahun 3)
  4. Shazwan, Hazimah dan Nur Hafizah (Tahun 2)
  5. Abdul Hafiz, Siti Aisyah dan Nurul Amira (Tahun 1, yg asrama bagi wakil aras anda)
Untuk muhafazah lain, sila hubungi AJK Kebajikan PERUBATAN muhafazah masing2, rasanya semua dh mula buat kutipan.

Bagi yang ingin menyumbang melalui saluran Biro Dakwah & Kebajikan ISMA-Mesir, boleh hubungi Ust. Mohd. Suhail b. Mohd. Sufian (016-4961482) atau Ustazah Nurul Fahimah Muda (010-0931135) bagi cawangan Iskandariah. Untuk maklumat lanjut dan contact person muhafazah lain, leh visit Laman Web ISMA-Mesir.

Bagi yang di Malaysia, boleh berikan sumbangan terus ke akaun HSBC Mohamad Saif bin Jamaluddin (Beliau merupakan salah seorang drpd pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut) bernombor 311-133-524-025.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda(atau mafhumnya):
"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya..."

Ayuh sama-sama menyumbang, sekian, wallahu'alam.

1 Extra Sharings (Comments):

criestz said...

m0ga ALLAH membals segala jasa baek kamu dlm membantu sahabat2 y laen..
moga ALLAH mmprmudahkn segala urusan kita.. ama mmg seorg y disnjungi oleh semua rkn2 beliau..