Salam w.b.t.
1) Pertukaran URL :: Menelusuri Perjalanan Seorang Hamba ::
Oleh kerana URL http://neo-rantissi.via.my/ tidak lagi boleh digunakan kerana masalah teknikal server, maka aku telah menukar URL blog ini kembali kepada http://neo-rantissi.blogspot.com/
Buat rakan2 yang telah bermurah hati untuk memasukkan alamat blog aku dlm bloglist di blog mereka, harap dapat tukar link berkenaan ke URL yang baru ni dan aku dahulukan dgn ucapan syukran jazilan.
2) Good Luck and All The Best!
Also, i would like to take this opportunity to wish all my 3rd Year and 2nd Year juniors good luck and all the best in your final semester exam next week! Rabbuna yusahhil wa yunajjih lakum insyaAllah. For my colleagues in 4th Year and my 1st Year juniors, although our final sem is still one month away, lets give it our best from now.
Together we strive for infinite excellence and become outstanding Muslim Doctors!
"Man jadda, wajada."
Wallahu'alam.
Friday, January 29, 2010
URL Changed and Good Luck!
Shared by Neo Rantissi at 2:14 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Dedication, Unknown
Thursday, January 21, 2010
Quotes #2 - Bacaan Orang Muda
Mungkin ini merupakan 'quote' terpanjang yg pernah aku salin untuk dipaparkan di sini, moga2 bermanfaat buat sahabat2 yg dikasihi sekalian.
Salah satu daripada ucapan Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang ditujukan buat para pemuda:
"Wahai pemuda, sesungguhnya sesuatu gagasan hanya berjaya apabila keimanan (keyakinan, kepercayaan) terhadap gagasan itu kuat, keikhlasan demi memperjuangkannya dipenuhi, semangat untuknya bertambah dan kesediaan yang mendorong pengorbanan dan usaha merealisasikannya wujud.
Keempat-empat rukun ini; iman, ikhlas, semangat dan usaha hampir-hampir merupakan ciri-ciri khusus pemuda. Asas kepada iman ialah hati yang bijaksana, asas kepada ikhlas ialah jiwa yang suci, asas kepada semangat ialah perasaan yang kuat, dan asas kepada usaha ialah keazaman yang muda remaja. Semua ini hanya dimiliki oleh para pemuda. Oleh itu, pemuda-pemuda dahulu dan sekarang adalah tiang kebangkitan kepada setiap bangsa, rahsia kekuatan kepada setiap kebangkitan dan pembawa panji kepada setiap gagasan.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 'Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.' (Al-Kahfi: 13)"
Dipetik daripada kitab 'Fii Rihaab Al-Islam' oleh Ustaz Husam Hamidah (diterjemahkan ke Keluasan Islam oleh ISMA), dan beliau memetik ucapan berkenaan dari kitab 'Baina Al-Qiyadah wa Al-Jundiyah 'ala Thoriq Ad-Da'wah' oleh Ustaz Mustafa Masyhur.
Selaku pemuda-pemuda harapan Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia, adakah ciri-ciri yang disebutkan di atas ada dalam diri anda?
Wujudkah di sana usaha2 untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan anda seperti para pemuda Kahfi?
Pedulikah anda pada tanggunjawab anda selaku seorang Muslim terhadap Jalan Dakwah agama ini?
Sama-sama kita muhasabah, wallahu'alam.
Shared by Neo Rantissi at 5:08 PM 2 Extra Sharings (Comments)
Labels: Copy and Paste, Fikrah dan Dakwah, Quotes, Tazkirah, Tokoh
Monday, January 11, 2010
The Hero
A must watch video - may take some times to load if your internet connection a lil bit slow.
Click here to watch in external window with better quality!
Credit to Ammar Kaza for the idea, haha.
Make your own movie here: Radiojanst The Hero
Shared by Neo Rantissi at 4:46 PM 6 Extra Sharings (Comments)
Sunday, January 10, 2010
Aku amat kagum dengan lelaki ini! Allah Bless him!
Kalau dirujuk post sebelum ni, aku bercerita tentang betapa marahnya aku terhadap tindakan biadab tidak berperi-kemanusiaan kerajaan Mesir menghalang kemasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza, dan sebentar tadi, seorang sahabat memberikan link video berikut, satu video yang menggambarkan keberanian seorang lelaki, bersyarah kepada polis2, anjing suruhan kerajaan Mesir yang menghalang perjalanan konvoi berkenaan.
Biarpun ramai ahli konvoi berkenaan telah dipukul dan ditangkap, namun beliau tetap berani berhadapan, melawan polis2 berkenaan secara terang-terangan, adakah di sana, di dalam lubuk hati kita, wujud keberanian seperti beliau? Mesej lelaki ini kepada polis2 berkenaan ringkas sahaja, tetapi maknanya amat mendalam dan menyentuh hati. Semoga Allah memberkati lelaki berkenaan atas keberaniaanya dan semoga Allah membalas tinkah laku durjana, pengkhianat2 ummah yang tidak peduli dgn kepentingan saudara-saudara kita di Palestin.
Semoga Allah S.W.T. menghadirkan keberanian seperti lelaki berkenaan di dalam jiwa-jiwa kita.
Anda peduli dengan Palestin? Click these links!:
Viva Palestina
Palestinkini
Palestine Information Center
Shared by Neo Rantissi at 6:05 PM 3 Extra Sharings (Comments)
Labels: Life in Egypt, Palestin
Thursday, January 7, 2010
Memang celaka!
Aku tau, tajuk entry aku ni mmg kasar, paling kasar pernah aku tulis kot, tapi nak wat mcm mana, tu jer kot bahasa paling sopan leh aku guna. Nak ikut nafsu ammarah, maunya berjela aku mencarut.
Aku bengang, marah, dan kecewa dgn sikap kerajaan Mesir, kerajaan yang memerintah bumi anbiya' ni. Aku terkesima dgn kebodohan mereka yang tahap dewa, menghalang kemasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza, yang membawa pelbagai bekalan bantuan kemanusiaan. Secara tidak langsung, mereka juga bersekongkol dengan Zionis Laknatullah dalam pengepungan Gaza.
Sampai bila nak ikut telunjuk dan jilat b**t*t si bangsat Zionis Israel?
Sampai bila nak ketepikan hak-hak saudara2 di Palestin?
Sampai bila nak pekakkan telinga pada bantahan dan rayuan orang ramai?
Sampai bila nak jadi pengkhianat ummah?
Nanti, sampai hari kiamat, pandai2 la puak2 yang bertanggungjawab ni menjawab dgn Allah S.W.T. Dalam kubur nnt, pandai2 la jawab dgn malaikat.
Aku malas nak tulis panjang2, yang penting, kita selaku orang2 Islam yang mengaku sebagai saudara kepada penduduk2 Palestin, harus banyakkan doa, semoga Allah membantu mereka dan memudahkan kemasukan konvoi Viva Palestina. Always update yourself with the news regarding Palestine, at least, nnt kalau Allah tanya, anda tergolong dalam golongan yang peduli!
Always remember;
"Tidak beriman seseorang di kalangan kamu, sehingga dia mengasihi untuk saudaranya, apa yang dikasihi untuk dirinya." (Hadith Sahih).
Anda rasa anda punya keimanan dalam jiwa anda? Buktikannya dengan usaha anda walaupun dengan hanya doa!
Here's some important news regarding the matter:
35 Palestinians wounded by Egyptian security forces near Salahuddin terminal.
Viva Palestina: More Than 10 Injured, Seven Arrested, Including A Malaysian.
Egypt’s steel wall is a crime against humanity.
Hamas slams Egyptian authorities for attacking Viva Palestina activists in Arish.
European organizations, Turkish masses protest Egyptian assault.
More news and updates:
VIVA PALESTINA - Breaking The Siege of Gaza
The Palestinian Information Center
Palestinkini
"Allahummansuril ikhwaanana al-muslimeen, wal-mujahideen fii falastin."
p/s: Finally the convoy managed to pass into Gaza, Allahuakbar!!!
Shared by Neo Rantissi at 12:19 AM 7 Extra Sharings (Comments)
Labels: Life in Egypt, Palestin
Friday, January 1, 2010
Now This is What You Call a Manifesto!!!
Yeah!!! Bahang pilihanraya PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah mula terasa! Tiba-tiba aku dapat video ni yang direka cipta oleh kipas2 susah mati Dr. Rahim Suhaini, calon Pengerusi PCI sesi 2010/11. Mmg manifesto baek punya! Tamam jayyidan! ahh, xnak cakap banyak, enjoy the video entitled 'Jejak Pemimpin':
Kinda cool right? So, sekarang siapa nak buat video utk Din Kawen plak? Kalau dah ada, roger aku, aku nak post dlm blog, hehe.
Anyway, selamat tahun baru 2010 buat semua, semoga kita sama2 jadi hamba yang lebih bertaqwa dan pelajar yang lebih cemerlang berbanding tahun lepas.
p/s: Hadiah Tahun Baru dari etisalat dgn menggagalkan taktik sms 0.29 EGP ke Malaysia apabila membuang symbol '+' di hadapan sangat mengecewakan, sapa kasi kantoi??? Sungguh tidak patut, dah la aku kadang2 sms ibu bapak aku 2-3 page, isk3.
Shared by Neo Rantissi at 11:56 PM 3 Extra Sharings (Comments)
Labels: Dedication, Iklan, Life in Egypt, Video