CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 29, 2011

Hijrah + Quick Updates

Sudah sangat lama rasanya jari jemari ni tidak menulis, tak tahu lah masih ada yg membaca ataupun tidak. Masih belum bertemu idea mungkin. Mungkin juga masih belum dapat mengatur masa sebaiknya dengan jumlah tanggungjawab yang bertambah.


So here are some quick updates:

1) As you can read in the title, I'll be moving to a new blog, so all my future posts will be there insyaAllah. But this blog will remain alive with hope that some posts in it will remain beneficial to others. Blog baru ini insyaAllah merupakan perkongsian saya dan isteri saya, yang diharapkan boleh memberi manfaat kepada sesiapa juga yang membacanya. Jadi, jemputlah bertandang ke Nuqtah Bidayah... [Titik Bermula]

2) I removed the chatbox since there's a lot of spam coming, also i don't think it is of much importance, so anything you need to say, feel free to leave your comments in any of my posts, even if it's unrelated.

3) I've been on hiatus for so long from writing a post or shooting a proper photo. Even in the new blog, till now, my wife is the only who's been writing there, as a matter of fact, she's a better writer than me, haha. The most i did in the blog so far is writing some comments. InsyaAllah i'll write a post sooner or later.

4) The final exam is just around the corner, and there are tonnes of studying that need to be done. Ibu dengan mama pun dah pesan supaya score dlm exam final kali ni mcm sem lepas, semoga Allah membantu. Pray for us peeps! Yes, i mean you who's reading this post! Thanks!

5) Last but not least, Ramadhan is only a few days away, so I wish all of you, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan ibadah yang bertimbun-timbun, semoga Ramadhan kali ini lebih baik/cemerlang/mantap daripada Ramadhan2 yang lepas di dalam hayat kita.

Sunday, April 10, 2011

Ini Kisah Julaibib

Di kala kesibukan final exam utk semester ke-9 aku di bumi anbiya' ni, terasa rajin pula nak update blog ni. Kali ini sekadar ingin berkongsi sebuah cerita ringkas, tentang seorang jejaka bernama Julaibib.

Julaibib ni, sebenarnya ialah seorang sahabat Nabi s.a.w., mesti korang tak pernah atau jarang mendengar namanya kan? Dia mmg seorang yang tidak terkenal lagi miskin, bahkan tidak diketahui nasabnya. Punya la miskin si Julaibib ni, sampai hilang keinginannya untuk berkahwin. Pernah ker korang jumpa orang yg punya papa kedana sampai tak teringin nak kahwin? Bawab yang hidup makan 'aish baladi (roti arab yg paling murah) dgn fuul (fava beans rebus dan lenyek2) tiap2 hari pun kahwin kot. Aku pun dah kawen, whoa!

Ok, sambung cerita Julaibib r.a. Walaupun dia ni miskin, tapi dia ni rajin berzikir, tak pernah miss saf pertama solat jamaah dan menyertai banyak perperangan. Macam dgn kita? Dah berapa banyak solat jamaah tertinggal? (ahh, memang aku terasa..) Kalau yang tak solat terus lagi jahanam, nanti tunggu neraka baham! Bab perperangan lagi usah dikata, harus mujahadah dulu bangun solat subuh pukul 4.10am! (dush sebijik atas kepala penulis)

Suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pada Julaibib, "Hai Julaibib, kamu tak ingin menikah?" maka jawab beliau, "Wahai Rasulullah, siapa yang mahu menikah denganku yang tak punya harta mahupun kedudukan?" Banyak kali Nabi tanya soalan yang sama kepada Julaibib, sampai suatu saat, Nabi mengutus beliau kepada sebuah keluarga untuk meminang seorang gadis bagi dirinya sendiri. Tuu dia...bukan calang2 pilihan calon isteri beliau, Rasulullah s.a.w., insan agung kekasih Allah sendiri yang pilihkan! MasyaAllah tabarakallah.. Ayah si gadis tak berkenan dgn pinangan Julaibib, namun puterinya lantas bersuara, "Sanggupkah ayah dan ibu menolak permintaan Rasul? Tidak, demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaanNya." Nah, ternyata di situ betapa taatnya gadis itu terhadap Allah dan RasulNya. Maka terbinalah sebuah rumah tangga berlandaskan taqwa dan redhaNya.

Sampai suatu masa, Julaibib telah menyertai sebuah perperangan, dan telah berjaya membunuh 7 orang musuh dan dia juga berjaya memperolehi syahid di jalan Allah. Rasulullah s.a.w. memeriksa nama-nama sahabat yang gugur syahid, tetapi sahabat2 yang melaporkan senarai nama tu terlupa akan Julaibib. Nak kata punya low profile Julaibib ni sampai leh terlupa nama dia. Tetapi, Rasulullah tetap ingat! Bahkan baginda berkata, "Tapi, aku merasa kehilangan Julaibib.", akhirnya, Nabi s.a.w. menemukan jenazah beliau yang ditutupi pasir, lalu membersihkan pasir dari wajahnya. Hebatnya Julaibib, sampai Rasulullah sendiri merasakan kehilangannya walaupun namanya tiada dalam official list yang diberikan oleh sahabat2 lain.

Lantas, Rasulullah s.a.w. berkata, "Ternyata engkau telah membunuh 7 orang musuhm kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu." 3 kali Nabi ulang ayat yang sama, menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah di sisi Nabi Muhammad s.a.w.

Tidakkah kita mahu menjadi umat yang dihargai Nabi? Bukan harta yang dipandang, bukan kedudukan yang dilihat, tetapi, iman dan pengorbanan yang menjadi ukuran! Aku akhiri cerita ini dgn suatu firman Allah S.W.T. yg bermaksud:
" Dan bekerjalah, maka Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaanmu itu.." (At-Taubah: 105)


Dikupas daripada: Zero to Hero by Solikhin Abu Izzudin

p/s: Doakan kejayaanku, isteriku, dan rakan2 dalam exam final kami! Syukran!

Monday, March 21, 2011

Quick Update, Finally!

Setelah sekian lama blog ini tidak dikemaskini, terasa ingin menulis pula walaupun sgt sedikit.

1. Alhamdulillah, pada 5/3/2011 bersamaan dgn 30 Rabi'ul-awwal 1432H, saya telah selamat dinikahkan dengan ukhti Sarah bt. Mohd. Rashid, segala syukur ke hadrat Allah S.W.T. Juga, jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang mendoakan kami dan menghadiri majlis perkahwinan kami, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

2. Alhamdulillah, telah selamat pulang ke Mesir utk menyambung perjuangan di bumi anbiya' ini, dgn fasa hidup yang baru, bersama isteri tercinta. Final exam akan bermula tak lama lagi, sekarang dalam proses memaksa diri sendiri utk study maut! Doa kalian adalah amat diharapkan dan dihargai.

3. Teruja dengan suasana Mesir yang tampak agak berbeza selepas berambusnya diktator Husni 'ghairu' Mubarak dari tampuk pemerintahan bumi barakah ini. Moga Allah terus memberkati bumi Mesir dengan masa depan yang lebih cerah utk rakyat Mesir dan dunia Islam.

Ok, tak dapat nk tulis panjang, study yuk!

Wassalam wbt.