Assalamu'alaikum w.b.t. dan Salam 1Muslimin buat semua (tak mau pakai 1Malaysia sbb Prof2 dari UM dan UiTM pun x paham ttgnya dan tidak menyokong dasar tersebut, apatah lg aku!)
Ouh, sungguh lama tak update blog yg satu ini, takat dok update Flickr ja! Semenjak Ramadhan lagi, post sempena Raya pun xdak, orang lain pakat ada perutusan Aidilfitri belaka, aku ja xdak. Maklumlah, sibuk dgn Ramadhan, Raya, cari rumah utk juniors baru dan Program Sambutan Mahasiswa Baru (rungut diriku yang bajet sibuk). Tapi sbb masih dlm bulan Syawal, aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua sahabat pembaca yg dirahmati Allah, kullu sanah antum bikhair, jgn lupa puasa 6 yer, dapat pahala puasa setaun woo!
Baik, post ni bukan nak sembang bab raya, tapi nak cerita beberapa kisah yg dialami aku sendiri atau oleh rakan2 yang lain masa pi buat Umrah dulu. Ustaz2 dgn orang tua2 dok pesan, bila pi Tanah Haram, mulut kna jaga, silap cakap, kita yg kna, mmg betul pun, jadi inilah beberapa kisah itu:
Kisah Selipar
1) AJ keluar daripada Masjidil Haram tanpa selipar, maka beliau mengambil salah satu drpd selipar2 yg ditinggalkan di luar pintu Masjid(selipar2 ni kna tolak oleh tukang sapu sbb x bw masuk dlm) utk dipinjam buat sementara waktu sebelum membeli selipar baru. Maka dialog berikut berlaku di luar Masjid:
MN: (Sambil melihat ke kaki AJ) Woi AJ! ko sedekah kat saper selipar ko?! wakakaka!
AJ: ...(diam kesedihan)
Selang beberapa hari selipar MN plak hilang, maka beliau terpaksa menghabiskan 40 riyal utk beli selipar baru.
2) Aku bertemu dgn SM yang kehilangan selipar beliau. "Mana selipar ko SM? hilang ker?keh3."
Selang beberapa hari selipar aku turut hilang, abis 20 riyal beli selipar baru, padan muka diri sendiri.
3) AJ telah membeli selipar baru yg unik designnya. AB ternampak selipar itu dan ckp, "Lawa selipar ko AJ, hehehe." Aku pun gelak sama terkekeh-kekeh, masa ni selipar aku belum hilang lg, maka aku juga menerima kesannya. X lama lepas tu, AB turut kehilangan selipar beliau, lps beli selipar baru, hilang lagi, isk3, mmg kesian, ujian Allah beb!
Kisah Jubah
Nasib AJ kurang baik, maka pada suatu ketika poket jubah beliau terkoyak, beliau kemudian menjahit poket beliau dgn jahitan yg agak kurang kemas, sbb nk cepat kot. MS terlihat jahitan tersebut dan mempersoalkan kaedah jahitan AJ sambil gelak kaw2 punya! Sahabat2 lain turut gelak bersama di hotel. Esok lusa, masa nk keluar dr Masjidil Haram, jubah MS pulak terkoyak!
Kisah Bob Kuman (Pelakon komedi Malaysia yg mg feymes)
Sambil berjalan2 di sekitar Masjid Nabawi dgn rakan2 yg lain, AJ meluahkan rasa hatinya, "Ni kalau boleh jumpa Bob Kuman best ni! Boleh aku nak main2 dengan perut dia, hahaha!" Selang beberapa minit Bob Kuman betul2 lalu depan beliau dan rakan2 yg lain, habis tergamam diam seribu bahasa mereka semua, takjub dan takut! Rupanya mmg Bob Kuman dtg buat umrah sama tarikh dgn kami! By the way, Bob Kuman mmg baek dan peramah, ada beberapa sahabat sempat bersembang dan bergambar dgn beliau, aku x sempat, huhu.
Kisah Lauk Makan
Sepanjang di Madinah, kami mengambil katering Restoran Indonesia utk menyediakan makanan2 kami. Pada suatu hari, sambil makan2, aku berbicara, "Ni kalau ada seafood, mesti best!" Esoknya, makan tengahari dan malam ada lauk sotong dan lauk sayur yg ada udang. MasyaAllah wa Alhamdulillah Ya Rabb!
Kisah Tunggu Orang
Kami dah naik bas pagi itu untuk pergi Jaulah Madinah, tiba2 HM masih belum pulang dari Masjid, mungkin beliau terlupa, tunggu punya tunggu, akhirnya kami terpaksa decide utk meninggalkan beliau. Aku pun saja2 berkata, "Aku ingat, elok kita nk bertolak jer kejap lagi, HM sampai la kot." Sekali mmg masa bas betul2 nk gerak, dh tutup pintu, dari jauh nampak HM br pulang dr Masjid, Alhamdulillah beliau x sempat ditinggalkan keseorangan di hotel.
Begitulah serba sikit kisah2 yang dapat aku kongsikan. Kisah2 di atas diolah oleh aku sendiri dari kisah asal yang benar2 berlaku, maka dialog2 tu mungkin lari sikit la drpd dialog asal, nama2 yang digunakan juga semuanya adalah samaran supaya x menyinggung perasaan sahabat2 aku yg berkenaan (walaupun aku yakin mereka takkan tersinggung sebab semuanya cool dan baek2 aja). Bukan nak kata semua mulut mustajab, semua yang berlaku tu pun sebenarnya dah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Cumanya, sebagai pengajaran, kat mana jua kita berada, tetap kena jaga mulut dari cakap benda2 yang tak baik, apatah lagi mengumpat dan mengutuk yg amat dikeji oleh Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad s.a.w. serta perkara sia2, bahkan diam itu adalah lebih baik. Semoga lidah kita sama2 dipelihara drpd pengaruh hawa nafsu dan syaitan serta sentiasa dirahmati dgn hidayah dari Tuhan Yg Esa.
Good luck and all the best buat semua rakan2 Universiti Iskandariah yang akan memulakan sesi pengajian 10/10 ni, Rabbuna yusahhil wa yunajjih lana insyaAllah! InsyaAllah kullu kheir wa mumtaz! Syedduu hilkum!
Wallahu'alam.
Bertaubatlah Dik……
9 years ago
1 Extra Sharings (Comments):
Assalamuaikum..Tahniah dpt kesempetan tunaikan umrah..
Sal selipar tu..mmg btul..coz time saya g ri tu pun..kbetulan ikut le sorg sahabat ni yg dah prnah pegi dua kali sebelum tu..time masuk masjid tu..dia duk ngusik sgt..sal selipar..kononnya selipar saya yg hilang..last2..dia yg tpaksa menapak kuar masjid tak pakai selipar..huhu..
k, Gud Luck..
Post a Comment