CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 25, 2009

Rukun Pertama

"Zainal, tolong tulis artikel untuk Al-Munzir boleh?" tanya Faris Budak Medic melalui YM, aku terkejut sikit masa tu. Pikir kejap, then aku pun jawab, "InsyaAllah boleh, ko nak aku tulis pasal per?"

"Apa-apa pun ok, jgn berat sangat ar..." jawab Faris,
"Ok, bagi aku masa sikit ar, nanti aku email kat ko." aku jawab balik.

Begitulah lebih kurang perbualan aku dgn Faris melalui YM few weeks ago, dan alhamdulillah dalam Al-Munzir(Buletin mingguan Unit Pembangunan Insan PCI) yg latest artikel tu telah dikeluarkan.

Syukran buat Ust. Suhail, kuliah Syari'ah Tanta yg telah menjelaskan ttg Syahadatul Haq dalam muhdharahnya yg telah aku lalui ketika cuti hujung semester lepas. Artikel ini more or less dikarang merujuk kepada nota daripada muhadharah beliau dan e-book Syahadatul Haq tu sendiri. Siapa2 yang nak, boleh download di link ini, Syahadatul Haq e-Book. Jadi aku akan pastekan artikel tu di sini sebagai update untuk blog ini yang dh banyak hari x dapat di-hapdet dek kerana kesibukan yg amat dalam minggu lepas. Jadi, inilah artikel tersebut:


Semenjak kita di bangku sekolah rendah lagi, bahkan mungkin sejak tadika lagi, kita telah mempelajari tentang Rukun Islam. Saya yakin, adalah tidak menjadi masalah bagi para sahabat untuk menyebutkan satu-persatu daripada lima rukun-rukun tersebut. Biasanya, menjadi kelaziman bagi orang ramai memahami rukun kedua hingga rukun kelima, tetapi tidak ramai yg memahami rukun yang pertama sepenuhnya sedangkan rukun pertama itulah rukun yg paling asas yg menjadi tunggak rukun-rukun selepasnya serta asas kehidupan seorang Muslim.


Pengucapan dua kalimah syahadah yg bermaksud “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah,” oleh seorang manusia seringkali dianggap hanya diperlukan ketika memeluk Islam, di dalam tasyahhud dan ketika menghadapi sakaratul maut. Walhal sebenarnya pengucapan dua kalimah ini amat besar ertinya. Ia menjelaskan Islam sebagai sebuah kebenaran yang nyata dan satu-satunya jalan yang membimbing ke arah mardhatillah. Ia juga menunjukkan Islam sebagai sebuah pendekatan yg terbaik dalam mencari sebuah kehidupan yg paling betul dan diredhai oleh Allah S.W.T.


Seseorang Muslim yang telah melafazkan dua kalimah syahadah ini sebenarnya memikul suatu tanggungjawab yang amat besar, iaitu tanggunjawab dalam menyebarkan Islam ke seluruh alam, menyebarkan Islam sebagai jalan hidup yang terbaik. Secara mudahnya, setiap Muslim memikul tanggungjawab dakwah, tetapi sayangnya, ramai Muslim pada hari ini mengabaikan tanggungjawab yang amat penting ini. Ramai yang menyalah ertikan dakwah itu hanya tanggungjawab golongan ‘alim ulama’, tetapi ia sebenarnya adalah tanggungjawab kita semua. Secara dasarnya ia terbahagi kepada dua, rata-rata kita memahami dakwah ini ialah dengan pembahagiannya yg pertama iaitu dakwah perkataan, dgn bercakap, menegur, menyampaikan ceramah dan sebagainya. Tetapi pembahagian yg kedua iaitu dakwah perbuatan sebenarnya lebih penting, dakwah melalui akhlak peribadi Muslim yang sebenar, menjadi qudwah kepada masyarakat sekeliling. Nah! Inilah dia tanggungjawab kita para sahabat, ayuh jangan ditunggu lagi! Hendaklah kita muhasabah balik diri kita dan cuba sebaik mungkin untuk mempraktikkan peribadi Muslim sejati. Dakwah perbuatan juga merupakan asas yg terbaik untuk mengukuhkan dakwah perkataan. Kehidupan seharian kita seharusnya mencerminkan dasar dan prinsip yang kita pegang iaitu Islam menerusi Al-Quran dan Sunnah.


Secara kesimpulannya, kita sebagai seorang Muslim yang berpegang pada dua kalimah syahadah harus mempraktikkan kehidupan kita sebagai hamba Allah secara total dalam seluruh aspek kehidupan, bukan hanya pada hal ehwal ibadah, kahwin-cerai, dan pewarisan harta. Selain itu, selaku umat Muhammad s.a.w. yg terpilih, menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan keterangan yang telah kita warisi dari Baginda Rasulullah s.a.w. serta mencontohi akhlaknya yang terpuji. Ingatlah firman Allah S.W.T dalam ayat 143, Surah Al-Baqarah yang bermaksud: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” Ayuh sama-sama kita fahami dua kalimah syahadah dengan sebaiknya dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita.


Rujukan: Syahadatul Haq oleh Syeikh Abu Al-A’la Al-Maududi



1 Extra Sharings (Comments):

As said...

Islam itu merangkumi keseluruhan perkara kehidupan

tidak boleh difahami hanya secara serpihan-serpihan