CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 12, 2009

Amanah yang Bertambah

"Zainal, ko jadi fasi utk program BOOM ni bleh?" tiba2 tanya anas kpd aku.

Aku pikir kejap dan kemudian menjawab, "insyaAllah boleh, aku bantu takat yg mampu."

Sebelum terima offer anas tu, aku pikir kejap takut2 ada taklifan atau kesibukan lain yg menanti (walhal buat-buat sibuk jer tu). Dan akhirnya, aku pikir, xper, org buat benda baik, elok kita tolong. Sebagaimana firman Allah dalm Surah Al-Maidah, ayat 2:


وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Moga-moga sedikit usaha ini dikira sbg kebajikan di sisiNya. Awal-awal tu memang rasa mcm akan jadi sangat sibuk, tapi bila tengok balik kawan2 yg AJKT PERUBATAN pun jadi fasi gak, kagum plak dgn diorang. Kalau diorang pun sanggup luangkan masa utk jadi fasi BOOM di sebalik kesibukan tanggungjawab yang dh sedia ada, kenapa tidak aku?

Bila direnung kembali, sememangnya banyak amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan. Namun pada pendapat peribadi aku, bila dah terima amanah, tak boleh mengeluh sbb ianya lambang kepercayaan orang lain pada kita. Dan menjadi kewajipan setiap Muslim utk melaksanakan amanah2 yg telah diterima sebaiknya. Kalau nak dikira, student life dekat alex ni mmg memerlukan pada 'time management' yang sangat baik, supaya setiap amanah yg dipikul dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Amanah utk study (huhu, ni yg aku lemah ni), amanah utk hantar assignments on-time (time kasih kat ahli2 group D section 1 yg saling bekerjasama), amanah selaku musyrif, amanah selaku mentor SC (mintak maap kat member2 SC sbb dh lama x buat), amanah terhadap dakwah dan tarbiyah, amanah terhadap ibu bapak dan adik2, dan paling besar sekali, amanah selaku Hamba Allah S.W.T.

Sedar atau pun tidak, ramai org Islam selalu sibuk dengan amanah lain sampai tertinggal amanah rohaninya. Kalau kita tgk sirah para Rasul dan Sahabat, sesibuk mana pun mereka dlm urusan pemerintahan dan dakwah, amanah rohani mereka amat terjaga. Kita selaku org Islam sekurang-kurangnya kena la maintain Solat Berjemaah sebanyak yg mungkin, Quran dibaca tiap-tiap hari. Pastu tambah sikit solat2 sunat qabliah dan ba'diah, baca Ma'thurat, puasa sunat, sekali sekala qiamullail bagi yg berkemampuan (adeh, aku pun byk nk kna improve nih!). Jangan kita lupa, amanah selaku Hamba Allah itu lah amanah yg terbesar dan terpenting, kalau amanah ini terjaga, insyaAllah dgn berkat rahmat dan redhaNya, amanah2 lain yg dipikul akan menjadi mudah.

Haih...banyak lagi yg perlu diperbetulkan dalam diri ini demi mencapai pengurusan masa yang lebih baik. Sangat benarlah peringatan Allah dalam Surah Al-'Asr:


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Maksudnya: Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Moga-moga Allah S.W.T. menyelamatkan kita daripada tergolong dalam golongan 'khosiruun' iaitu manusia2 yang rugi. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan masa dalam urusan2 kami.

Akhir kalam, selamat maju jaya buat semua AJK, Facilitators, dan peserta2 program BOOM! May all of us will Bloom Out Of Mediocrity and become Outstanding Muslim Doctors in the future.

Wallahu'alam.


1 Extra Sharings (Comments):

mika said...

nyesal aku kuar dr boom,kalau tak aku satu grup ngn jenal.hehe.article menarik.jadilah pemimpin yg baik..igt! jd pemimpin menerima jwtan bermakna sebelh kaki anda di neraka.tp sy stu rumah dgn ini yakin saudara jenal dpt menjdi pemimpin terbaik..thn depan pengerusi ganti din.wakaka