"Jenal, amacam result ko?" tanya seorang sahabat kpd aku.
"Boleh laa, alhamdulillah, 3 A jer..." aku menjawab.
Hari ini merupakan antara hari yg paling dinanti oleh students tahun 3 Univ. Iskandariah, keputusan peperiksaan akhir semester lepas dikeluarkan hari ini dan ditampal di luar dewan kuliah, maka berpusu-pusulah warga tahgun 3 mengerumuni dinding, seperti semut2 mengerumuni biskut Borio yg jatuh ke lantai, hehe. Alhamdulillah, aku dapat 3 A-, 3 B+, 2 B, dan 2 B-, walaupun aku x caye mcm mana PBL dan HR aku leh B, hahaha.
Antara suara2 yg didengari:
"adoii, teruk arr result aku!!!"
"alhamdulillah aku xder yg fail..."
"uiyoo, power syial mamat/minah ni...gempak giler result!!!"(secara langsung aku terkeluar drpd golongan yg power syial ini)
"wei, result aku down doe..." kata seorang manusia, jawab seorang manusia yg lain, "gi mati la ko!! takat 2-3 ketol B, yg lain A, ckp byk plak, aku ni, A pun xder!"
"alhamdulillah sem ni lbh baik dr sem lepas."
dan sebagainya..
Buat rakan-rakan yg berjaya, tahniah, mabruk 'alaikum, buat yg kurang berjaya, bykkan sabar dan muhasabah, serta tingkatkan usaha dan doa, moga2 kegagalan hari ini, membuahkan momentum untuk kejayaan yg akan dtg.
Sama ada berjaya atau gagal, kita semua tetap kena bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Ingatlah firmanNya dlm surah Ibrahim ayat 7:
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur (ingkar) sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Kegagalan dan kejayaan juga merupakan satu bentuk ujian drpd Allah S.W.T., bagi yang gagal ianya adalah ujian dlm bentuk kesusahan utk menguji sejauh mana anda redha dgn ketentuan dariNya, manakala bagi yg berjaya ia merupakan ujian dlm bentuk kesenangan yg bertujuan menguji sejauh mana anda mensyukuri nikmat dariNya. Ingatlah firmanNya lagi dlm Surah Al-Ankabut ayat 2-3 yg bermaksud:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman." sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
Moga-moga, keputusan exam pada hari ini menjadi momentum kepada kita untuk menjadi pelajar yg lebih cemerlang utk masa akan dtg insyaAllah. All the best for this semester!
Thank you for reading, have a nice day, wassalam.
Bertaubatlah Dik……
9 years ago
12 Extra Sharings (Comments):
congratz from panda and tuannyer panda :D
Syukran...^_^
(qoute))
"wei, result aku down doe..." kata seorang manusia, jawab seorang manusia yg lain, "gi mati la ko!! takat 2-3 ketol B, yg lain A, ckp byk plak, aku ni, A pun xder!"
((qoute end))
zuhud x kena gaya........ merintih pabila bernikmat.
tampak sedaih bisu setaun orang laguni
" Jangan kita mengeluh semata-mata kerana tidak memiliki kasut, sedangkan ada orang lain yang tidak memiliki kaki"
yer. bersyukur dengan result walopon agak sentap dengan result org laen yg mantap2 sume. ohh, insaf insaf. huhuh
bismillah walhamdulillah..semoga sume pembaca terutamanya diri aku sendiri khususnya, dan kepada sume shbt2 yg aku kasihi,mengambil manfaat dan iktibar dari tazkirah ringkas tp bernas ni..memang benar,ujian Allah boleh jadi gagal,boleh jadi lulus,boleh jadi cemerlang..walau apepon,kita wat jadi pengajaran,kita tetap pandang positif walau pahit nak telan..ye r,ubat tu walau pahit tetappp kene telan,insyaAllah baru baik,itu ikhtiar dan usaha namanya,amik result kita sebagai iktibar,muhasabah diri,insaf dsb..wat shbt2 aku yg cemerlang,tahniah!!teruskan usaha sume,kita bergerak sama2 biar cemerlang brsama2! pimpin kwn2 yg kurang bernasib baik dgn kelebihan yg Allah bagi pd kita,masing2 ada kelebihan masing2,jd kita wujudkan daya sinergistik di Alex ni! Allah berfirman, "Allah tidak memberatkan hambaNya dengan ujian melainkan apa yg mampu ditanggung olehnya",jd jgn sekali-kali kita putus asa atau patah semangat..sebaliknya kita motivate semula diri kita,fokus semula n BOOM!!kita sama2 keluar dari kebiasaan,kesederhaan dlm pelajaran,kita hijrah ke arah yg lebih cemerlang!!Because muslims were born outstanding!!Shbt2 sume,tahniah!!teruskan berusaha!!berganding bahu dan bantu-membantu spt shbt2 nabi dulu!!Ya Allah tunjukkan kami sebaik-baik jalan dan pandulah kami dgn sebaik-baik panduan..Amin..kita wat analisis,kita wat diagnosis,n kita optimis sama2!!wassalam..
test test satu dua tiga..
bg yg merintih tu..mungkin kat situ ja dia bising2..kat umah mana tahu dia syujud syukur ka..
lagi satu..dah selalu dia power..bila jatuh..mmg la down..
nway..tahniah pd semua..yg kurang nasib baik..cuba lagi..hehe
jgn ada kata putus asa dgn ALLAH
terima kasih buat saudara pengerusi PCI atas komen yg cukup bernas, buat anoynymous, test mic ke hape? and for din, i'm expecting the comment is to answer shafiq's comment. tapi kalau ada yg terasa, mintak maaf la, xder niat tuju kat sapa2, apa2 pun, sajer nk gambarkan senario di alex ni ^_^ together we strive for infinite excellence insyaAllah!
xpa2..pitt kedah adik aku...muahahaa..
lepak pitt..ni kedah kalah smlm..tensen2
buat din bujang!
SOKONGAN KAMI BUKAN SEKADAR MENANG!! SOKONGAN KAMI SEPANJANG ZAMAN!!
biar kalah asalakn bermaruah........ daripada menyerah sebelum sepak mula!!!
hang jebat patah gigi,
ampa tunggu tgk kedah setaun lagi!!
~taring aku pun ampa kena tgk gak.. doa2 aku boleh masuk debat BOOM!! aku nk kasi bantai mulut sapa duk berkelana kemaih sngt~
~pulun din dan pit pulun~
maaf, komen berbentuk provokasi tidak dibenarkan, kalau nk menegur peribadi seseorang, sila email org berkenaan secara peribadi.
Post a Comment