CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

Aku dan Kau Bertuah!

"Jangan keluar tgh malam ni, arab gila baling botol lampu dan mangkuk sambut new year." Begitulah nasihat seorang sahabat aku kepada junior2 kesayangannya, hehe.

Ya, arab mesir memang agak gila bila dtg bab sambut new year, nasib baik tiada org melayu segila mereka. Tapi entry ni bukan nak cerita pasal kegilaan arab Mesir, malas la nak cerita, member2 yang bukan di Mesir, kalau nak tahu kegilaan mereka, leh dtg sini, kehadiran anda amat dialu-alukan, yeah! Tulisan ni juga bukan untuk bercerita ttg sambutan new year.

Sekadar ingin berkongsi sesuatu yang aku rasakan amat bermakna. Beberapa hari lepas, aku bukak website Ust. Zaharuddin, dan aku baca beberapa entry dia yg terbaru, dan ada satu entry ni, amat menggamit hati. Entry bertajuk, Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa, secara kasar entry itu menegur segolongan ibu bapa hari ini yang mendidik anak dengan kaedah yang salah, seterusnya membawa kepada runtuhnya moraliti generasi akan datang. Tapi, yang paling menarik hati aku, ialah bila Ust. Zaharuddin lampirkan hadith berikut:

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya?" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sekali pandang, hadith ini ditujukan buat golongan berstatus ibu dan bapa, tetapi, dari suatu sudut yang berbeza, hadith ini juga boleh menjadi pengajaran buat kita yang berstatus anak-anak. Kita seharusnya rasa cukup bersyukur dan bertuah dilahirkan dan dididik oleh ibu bapa yang mencorakkan Islam dalam kehidupan kita.

Aku sendiri, amat2 bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yg terbaik di dunia. Well, it's common for anyone to claim his/her parents are the best in the world since he/she loves them so much! They are all the reasons for who am I know, for everything that I had and will achieve. Terutamanya bila dah belajar jauh dari mereka ni, lagi terasa kepentingan setiap perkara dari kecik sampai la besar yang diorg dah ajar dan tanam dalam diri aku.

Tapi, kadang2, kita ni terlupa, maklumlah, mcm omputeh kata, 'take something for granted'. Kadang2, bila berjauhan ni, tanpa kita sedari, kita buat benda2 yang kalau ibu bapa kita ada di sini, secara pastinya kita takkan buat benda tu sbb kita tau, benda yang kita buat tu akan melukakan hati mereka kalau mereka tahu atau tengok sendiri perbuatan2 kita tu. Secara tidak sedar, perbuatan-perbuatan tu sebenarnya menjurus kita ke arah menjadi seorang anak derhaka, na'uzubillahi min zalik.

Sempena kehadiran tahun baru 2010 ni, jom la kita sama2 renung balik sejauh mana kita telah berusaha dan berperanan dalam menjadi seorang anak yang layak mendapat title 'anak soleh'? Seorang anak yang layak diterima doanya untuk kedua ibu bapanya tatkala mereka telah kembali ke rahmatullah sebagaimana yang disebutkan dalam satu hadith sahih, yang doa anak yg soleh ini merupakan salah satu drpd tiga amalan yang bersambungan selepas matinya seorang anak Adam. Siapa lagi yang nak jadi anak soleh untuk ibu bapa kita? Siapa lagi yang nak doakan mereka bila mereka dah kembali ke pangkuanNya nanti? Takder orang lain dah selain kita.

Lagipun, tiada ibu bapa yang taknak anak soleh melainkan akalnya tidak waras. Aku sendiri berharap mampu menjadi seorang bapa yg hebat mcm bapak aku, harap dapat isteri yang leh jadi sehebat ibu aku, moga2 mampu mendidik anak2 yang soleh, yang mampu menjadi mujahideen yang memperjuangkan agama Allah S.W.T. di muka bumi ini. Tapi first, yang pastinya, aku sendiri kena jadi anak soleh, kena berusaha menjadi pejuang Islam, kalau tak jangan harap la nak dapat anak2 soleh. Tidak layak seorang anak yang tidak soleh berharap untuk mendapat zuriat2 yang soleh di masa hadapannya.

Akhir kalam, jom sama2 berazam dan berusaha ke arah menjadi anak soleh! Lebih baik lagi, anak yang soleh wa musleh! To both ibu and bapak, I'm not sure whether you read this entry or not, but i love and miss both of you so much! Can't thank you enough for everything you have done and will do for me.




p/s: Selamat Tahun Baru 2010, Kedah Maju 2010, yeah!

p/s2: Good luck buat calon-calon yang bakal bertanding untuk pilihanraya PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang akan datang, semoga Allah memilih barisan pimpinan terbaik untuk memimpin PCI untuk penggal seterusnya.


Thursday, December 17, 2009

Quotes #1

Alhamdulillah, I've finished my 4th year's Internal Medicine round together with the OSCE exam. Going to start Surgery round this Saturday. Well then, I was reading this great article by Ust. Hasrizal entitled: Di Dalam Dunia Yang Serba TIDAK PATUT Ini and I thought about sharing some interesting quotes from the article, and the comments section:

1) “Kalau perempuan daripada zaman batu sampai zaman hutan batu mampu bergadai nyawa beranak, beranak dan beranak, mengapa lelaki hari ini yang sudah tidak mengangkat pedang di medan jihad tidak mampu untuk BERJIHAD menjaga rumahtangga? Manja sangatkah perawan akhir zaman sekarang?”

2) 'Sukar untuk sebuah rumahtangga berdiri dengan aman apabila terlalu banyak SEPATUTNYA yang diperjuangkan. Jika di dalam Bahasa Inggeris, SEPATUTNYA itu adalah sebuah EXPECTATION. Kita meletakkan banyak jangkaan dan jangkaan itulah yang kemudiannya berubah menjadi kekecewaan.'

3) “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka” [al-Baqarah 2: 186]

Suami yang menjadi pakaian isteri itu menyembunyikan kelemahan-kelemahan si isteri dengan penuh sabar dan redha hingga dibawa mati bersama ke kubur, sampai anak tidak nampak kelemahan ibu mereka sepanjang ayah ada bersama. Dia dikebumikan bersama banyak SEPATUTNYA yang dibawa mati tanpa rasa terkilan.

4) “Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang banyak hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita berjaya untuk benar-benar percaya, bahawa kita hanyalah HAMBA kepada-Nya. Hamba tidak layak meminta-minta dan meletakkan pelbagai standard atau jangkaan hidup. Fokuskan kepada peranan, dan syukuri setiap yang diterima, biar sekecil mana pun ia.”

5) “Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!”

6) “a good wife for a male doctor is not a female doctor but, a good husband for a female doctor is a male doctor” (from comments section)

Conclusion: Harus banyak usaha untuk jadi lelaki soleh supaya mampu jd suami mithali yg layak mendapat isteri solehah, itulah realiti.

p/s: Salam Maal Hijrah buat semua, semoga tahun baru ini jauh lbh baik daripada tahun yang lepas! Ayuh teruskan usaha dlm meningkatkan amal, iman dan taqwa!

Wednesday, December 9, 2009

Things that we might not care much

"Abdullah, ta'al wa ta'mal zai-hu." said the Prof. in my clinical round yesterday. She meant, "Abdullah, come here and do like him."
Of course this is not the exact sentence she said, but more or less, that was it. It was a case of Ankylosing Spondylitis and i was the one who responsible to take the patient's history, and performed the clinical examination of his joints.

It maybe was just another clinical round like the other days, but there was something different, something that hit my mind during the class, and i feel like sharing it with everyone else. Before we go far, let me introduce the patient a little bit, he is Mr. Mamduh Abdul Hamid, 50. He was a nice man, he helped me through the history taking, explained his condition slowly and did not get bored out of repeating the same things to me since I'm not that good in arabic, especially when it comes to all the medical terms.

"enta 'arabi meiyah-meiyah." (ur arabic is 100%! = excellent), that's what he said, i think it's not even 50%, haha.

During the class, I was asked by the prof to become the model for normal person. I needed to do the same movements as the prof asked the patients to do, and she wanted me to do it in front of the whole class while performing the clinical examination on the patient in the same time (by observing his movements). Of course, it was kinda funny when a medical student need to act like a patient-model. Medical student cum model perhaps?

"It's like you're teaching the patient to dance, haha." that's what a friend of mine even said, hehe.

Ankylosing Spondylitis is a joint disease, it starts from the spine, and spread to the big joints like the shoulders, hip and neck, and that's what Mr. Mamduh is suffering from. His joints' movements were very limited and it seemed like whenever he moved any of his big joints, it was something very hard and painful to do.

There i was, standing next to him, doing all these movements freely, as a model of a normal person. Then, suddenly it strucked my mind, "It must be hard for him to see me doing all this movements freely and happily despite that we were doing all that for teaching purpose." Just imagine when you have a sprained ankle and cannot move your ankle freely, then you se your friend running here and there happily, you will feel down and disappointed.

What about Mr. Mamduh who cannot move his back, neck, shoulders and hip freely all the time with no hope of short and easy recovery? But there he was, smiling to us the medical students, willing to help the Professors to teach us about joints diseases and examinations so that one day, we would become good doctors, not brainless doctors. May Allah bless him always.

All the healthy joints that we have with us are definitely a great gift from Allah S.W.T. All the activities that we do everyday, walking, running, cooking, eating, praying, playing, even urinating and defecating, all of them were made easy by Allah through giving us these healthy joints.

Have we ever think about it? Have we ever feel really grateful with this great gift? Must we wait until we have a sprained ankle, a torn ligament, or a broken bone before we will feel grateful? But that's human's nature, always takes something for granted. Let us pray that we would never become such a shameful human because deep inside, we always know that all these things are from Him, and He have every rights to take them away from us, anytime He wants. A grateful person is someone who live his/her purpose of life; as a slave of Allah S.W.T.

Remember, every single joint in our body is a great gift from him, and in return, we should do everything that He told us to do, and leave everything that He prohibited from us. Also, live a healthy life so that we will always have healthy joints insyaAllah. And medical students specifically, lets do our best in our studies so that we will become good doctors, not brainless doctors. That's also a way of being grateful, and to help others appreciate their life and health more, to bring them closer to the Al-Khaliq, The Creator, Allah S.W.T.

Wallahu'alam.




p/s: Can't believe OSCE and Radiology exams are in less than a week! Woah!

Saturday, December 5, 2009

Cerita di Dahab + Photos

"Zainal, tiket dah beli, malam ni kul 9 bertolak dari maw-af gadid." kata Jo berkumandang di corong SE G502 aku, ouh, akhirnya, sampai gak hajat nak berjalan-jalan dalam cuti raya haji ni. Maka ringkas cerita, aku, Jo, Awe dan Meor bertolak ke Sharm el-Sheikh malam tuh. Akibat keletihan bermain dgn lembu dan kambing di siang harinya, mlm tu 9 jam bas jalan aku tido x hengat, turun rest pun tidak, agak mantap di situ, haha.

Nak ringkas cerita lagi, simply said, Sharm el-Sheikh (SS) xder apa yg interesting bagi kami berempat. Cuma pergi tandas, mandi laut dan makan sahaja, serta main tembak2 DSLR, haha. Kami juga telah tersesat sampai ke Hadaba akibat cubaan main redah tanpa tunjuk arah mahupun map.

masing2 bingung memikirkan hala tuju pelancongan hari itu, haha

Lepas bosan melilau di Old Town dan Naama Bay, maka kami berseteju untuk terus lari dari SS dan terus ke Dahab. Perjalanan selama 2 jam dgn bas, sampai sana terus check in Hotel 7 Heaven hasil cadangan bernas Pokyan kpd Jo kalau x silap aku. Nice price, LE30/head/night. Bilik selesa, aircond siap, bathroom inside, xyah share dgn tourist laen. Saper nak pegi sana lps ni, aku recommend hotel ni.

Malamnya kami bersama2 mencari kedai seafood yang menarik, akhirnya decide utk makan kat restoran sebelah hotel sahaja, LE60/head, very nice meal set. Katanya dia kasi diskaun sbb kami org Islam, alhamdulillah. Oh, aku juga igt bila dgn lagak orang kaya aku tanya berapa harga lobster sekilo, maka brader restoran tu jawab, "dii, bismu estacoza, si'ru ghaali syuwaiya, bi tultu miyah bikilo." Terjemahan gaya bebas: "natang ni nama dia estacoza, mahai sket laa, LE300 ja sekilo." Lantas aku senyum dan ckp terima kasih sajalah, dalam hati jerit, "haram jadah mahal!" Dalam hati jer la, xleh cakap, x baek woo.

main course: mmg finger licking good!

Teh yg just nicely made, layan~

dessert yg mmg mencuci mulut~

Tak lupa juga, restoran tu mmg terletak betul2 tepi pantai, maka kami makan sambil melihat dan mendengar ombak menghempas pantai nan syahdu, masyuk~

The next day, we went snorkeling at a place known as Blue Hole. Memang terbaek! Pemandangan bawah air mmg sgt menakjubkan, sungguh hebat ciptaan Allah yang Maha Agung dan Maha Cantik. Nak letak gambar xder sbb Nikon D40 aku allergic dgn air, haha. Tapi simply said, pengalaman melihat batu karang yg pelbagai, ikan2 yang warna warni, tiram, landak laut dsb secara live mmg priceless.

Petangnya kami pergi main Quad Bike, juga pengalaman yang terbaek. Bagi yg tak tahu, Quad Bike ni sejenis motor lasak bertayar empat. Dari petang sampai malam, siangnya merentasi kawasan ala2 padang pasir dan canyon, serta malamnya merentasi tepian pantai di bawah cahaya bulan mengambang yg memang cantik.


Okeh, aku dh mula malas nak komen tiap gambar, biarlah anda yg mentafsir sendiri, woah!

Sambung citer, sebelah malamnya, selepas pulang dari main Quad-Bike, kami tido kejap utk prepare badan nak panjat Jabal Musa@ Mount Sinai which is about 2700+ meter dari aras laut. Perjalanan ke Jabal Musa dari Dahab lebih kurang 2 jam, mula panjat dalam pukul 2 pagi dan sampai ke puncak dalam pukul 4.30am. agak laju bukan? gara2 pakcik guide yang asyik nak cepat, nasib baik badan aku cukup fit, haha. Cuaca di sana sgt sejuk, alhamdulillah penebat haba naturalku agak tebal walaupun pakain mlm tu agak nipis, bajet power, haha.

Antara perkara2 yang plg memorable ialah aku telah berpeluang untuk melaungkan azan subuh di puncak Jabal Musa seterusnya mengimamkan solat subuh. Masa tu, memang terasa 'izzah (bangga) dgn Islam sebagai agama yang dianuti tatkala di kelilingi pelancong2 yg mmg majoritinya bukan Muslim. Selain itu, pemandangan sunrise dari puncak Jabal Musa mmg terbaek, x dapat nk describe dgn kata2, Maha Suci Allah yang menciptakan alam dan seluruh isinya! Sunrise cuma dlm seminit jer, walaupun mendaki selama 2.5 jam, menanti dlm kesejukan yg amat selama lebih kurang sejam, tetap amat berbaloi!!! Selain itu, kebetulan malam tu bulan mengambang, maka pendakian berpandukan cahaya bulan yg terang mmg sgt best! Langit pula kelihatan sgt senang serta penuh dengan bintang2, x tergambar keindahannya dgn kata2, sungguh hebat ciptaan Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa.


It was a very tiring yet wonderful experience! Again, i'm too lazy to put any description for the photos, well, a picture means a thousand words right?

Selepas tu, kami jenguk kejap St. Katherine Monastery kat kaki gunung, well nothing much to say about that old church. Lepas tu terus balik ke hotel di Dahab. Sampai hotel, semua terus tumbang keletihan. Petangnya sebelum balik, sempat beli t-shirt. Satu citer lawak, arab kedai tu cuba kelentong nk jual t-shirt sehelai LE100, sekali budak2 ni boleh bargain dalam bahasa arab daa, last2 dapat LE25 for each t-shirt, hehe, ntah2 boleh kurang lagi agaknya. Lupa, a funny thing about Dahab is, sana tiada teksi, public transport naik pick-up truck, duduk kat belakang, layan open air, haha, mmg menarik!

Akhirnya kami bertolak ke SS dari Dahab, kemudian amik bas ke Alex dari SS. Alhamdulillah, syukur yang amat kerana semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Next target: Matruh + Siwa atau Hurgada.



p/s: Terima kasih banyak2 buat Johannas, Hafiz Syazwan dan Meor Solehuddin yang turut sama2 dalam trip ni dan menjayakannya. Terima kasih juga utk burung antu.