CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

Aku dan Kau Bertuah!

"Jangan keluar tgh malam ni, arab gila baling botol lampu dan mangkuk sambut new year." Begitulah nasihat seorang sahabat aku kepada junior2 kesayangannya, hehe.

Ya, arab mesir memang agak gila bila dtg bab sambut new year, nasib baik tiada org melayu segila mereka. Tapi entry ni bukan nak cerita pasal kegilaan arab Mesir, malas la nak cerita, member2 yang bukan di Mesir, kalau nak tahu kegilaan mereka, leh dtg sini, kehadiran anda amat dialu-alukan, yeah! Tulisan ni juga bukan untuk bercerita ttg sambutan new year.

Sekadar ingin berkongsi sesuatu yang aku rasakan amat bermakna. Beberapa hari lepas, aku bukak website Ust. Zaharuddin, dan aku baca beberapa entry dia yg terbaru, dan ada satu entry ni, amat menggamit hati. Entry bertajuk, Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa, secara kasar entry itu menegur segolongan ibu bapa hari ini yang mendidik anak dengan kaedah yang salah, seterusnya membawa kepada runtuhnya moraliti generasi akan datang. Tapi, yang paling menarik hati aku, ialah bila Ust. Zaharuddin lampirkan hadith berikut:

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya?" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sekali pandang, hadith ini ditujukan buat golongan berstatus ibu dan bapa, tetapi, dari suatu sudut yang berbeza, hadith ini juga boleh menjadi pengajaran buat kita yang berstatus anak-anak. Kita seharusnya rasa cukup bersyukur dan bertuah dilahirkan dan dididik oleh ibu bapa yang mencorakkan Islam dalam kehidupan kita.

Aku sendiri, amat2 bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yg terbaik di dunia. Well, it's common for anyone to claim his/her parents are the best in the world since he/she loves them so much! They are all the reasons for who am I know, for everything that I had and will achieve. Terutamanya bila dah belajar jauh dari mereka ni, lagi terasa kepentingan setiap perkara dari kecik sampai la besar yang diorg dah ajar dan tanam dalam diri aku.

Tapi, kadang2, kita ni terlupa, maklumlah, mcm omputeh kata, 'take something for granted'. Kadang2, bila berjauhan ni, tanpa kita sedari, kita buat benda2 yang kalau ibu bapa kita ada di sini, secara pastinya kita takkan buat benda tu sbb kita tau, benda yang kita buat tu akan melukakan hati mereka kalau mereka tahu atau tengok sendiri perbuatan2 kita tu. Secara tidak sedar, perbuatan-perbuatan tu sebenarnya menjurus kita ke arah menjadi seorang anak derhaka, na'uzubillahi min zalik.

Sempena kehadiran tahun baru 2010 ni, jom la kita sama2 renung balik sejauh mana kita telah berusaha dan berperanan dalam menjadi seorang anak yang layak mendapat title 'anak soleh'? Seorang anak yang layak diterima doanya untuk kedua ibu bapanya tatkala mereka telah kembali ke rahmatullah sebagaimana yang disebutkan dalam satu hadith sahih, yang doa anak yg soleh ini merupakan salah satu drpd tiga amalan yang bersambungan selepas matinya seorang anak Adam. Siapa lagi yang nak jadi anak soleh untuk ibu bapa kita? Siapa lagi yang nak doakan mereka bila mereka dah kembali ke pangkuanNya nanti? Takder orang lain dah selain kita.

Lagipun, tiada ibu bapa yang taknak anak soleh melainkan akalnya tidak waras. Aku sendiri berharap mampu menjadi seorang bapa yg hebat mcm bapak aku, harap dapat isteri yang leh jadi sehebat ibu aku, moga2 mampu mendidik anak2 yang soleh, yang mampu menjadi mujahideen yang memperjuangkan agama Allah S.W.T. di muka bumi ini. Tapi first, yang pastinya, aku sendiri kena jadi anak soleh, kena berusaha menjadi pejuang Islam, kalau tak jangan harap la nak dapat anak2 soleh. Tidak layak seorang anak yang tidak soleh berharap untuk mendapat zuriat2 yang soleh di masa hadapannya.

Akhir kalam, jom sama2 berazam dan berusaha ke arah menjadi anak soleh! Lebih baik lagi, anak yang soleh wa musleh! To both ibu and bapak, I'm not sure whether you read this entry or not, but i love and miss both of you so much! Can't thank you enough for everything you have done and will do for me.




p/s: Selamat Tahun Baru 2010, Kedah Maju 2010, yeah!

p/s2: Good luck buat calon-calon yang bakal bertanding untuk pilihanraya PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang akan datang, semoga Allah memilih barisan pimpinan terbaik untuk memimpin PCI untuk penggal seterusnya.


1 Extra Sharings (Comments):

Unknown said...

baguih2! alhamdulillah..kita sememangnya sgt3 bertuah.. nnt MAD suroh bpk n ibu bca.. =)