Di kala kesibukan final exam utk semester ke-9 aku di bumi anbiya' ni, terasa rajin pula nak update blog ni. Kali ini sekadar ingin berkongsi sebuah cerita ringkas, tentang seorang jejaka bernama Julaibib.
Julaibib ni, sebenarnya ialah seorang sahabat Nabi s.a.w., mesti korang tak pernah atau jarang mendengar namanya kan? Dia mmg seorang yang tidak terkenal lagi miskin, bahkan tidak diketahui nasabnya. Punya la miskin si Julaibib ni, sampai hilang keinginannya untuk berkahwin. Pernah ker korang jumpa orang yg punya papa kedana sampai tak teringin nak kahwin? Bawab yang hidup makan 'aish baladi (roti arab yg paling murah) dgn fuul (fava beans rebus dan lenyek2) tiap2 hari pun kahwin kot. Aku pun dah kawen, whoa!
Ok, sambung cerita Julaibib r.a. Walaupun dia ni miskin, tapi dia ni rajin berzikir, tak pernah miss saf pertama solat jamaah dan menyertai banyak perperangan. Macam dgn kita? Dah berapa banyak solat jamaah tertinggal? (ahh, memang aku terasa..) Kalau yang tak solat terus lagi jahanam, nanti tunggu neraka baham! Bab perperangan lagi usah dikata, harus mujahadah dulu bangun solat subuh pukul 4.10am! (dush sebijik atas kepala penulis)
Suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pada Julaibib, "Hai Julaibib, kamu tak ingin menikah?" maka jawab beliau, "Wahai Rasulullah, siapa yang mahu menikah denganku yang tak punya harta mahupun kedudukan?" Banyak kali Nabi tanya soalan yang sama kepada Julaibib, sampai suatu saat, Nabi mengutus beliau kepada sebuah keluarga untuk meminang seorang gadis bagi dirinya sendiri. Tuu dia...bukan calang2 pilihan calon isteri beliau, Rasulullah s.a.w., insan agung kekasih Allah sendiri yang pilihkan! MasyaAllah tabarakallah.. Ayah si gadis tak berkenan dgn pinangan Julaibib, namun puterinya lantas bersuara, "Sanggupkah ayah dan ibu menolak permintaan Rasul? Tidak, demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaanNya." Nah, ternyata di situ betapa taatnya gadis itu terhadap Allah dan RasulNya. Maka terbinalah sebuah rumah tangga berlandaskan taqwa dan redhaNya.
Sampai suatu masa, Julaibib telah menyertai sebuah perperangan, dan telah berjaya membunuh 7 orang musuh dan dia juga berjaya memperolehi syahid di jalan Allah. Rasulullah s.a.w. memeriksa nama-nama sahabat yang gugur syahid, tetapi sahabat2 yang melaporkan senarai nama tu terlupa akan Julaibib. Nak kata punya low profile Julaibib ni sampai leh terlupa nama dia. Tetapi, Rasulullah tetap ingat! Bahkan baginda berkata, "Tapi, aku merasa kehilangan Julaibib.", akhirnya, Nabi s.a.w. menemukan jenazah beliau yang ditutupi pasir, lalu membersihkan pasir dari wajahnya. Hebatnya Julaibib, sampai Rasulullah sendiri merasakan kehilangannya walaupun namanya tiada dalam official list yang diberikan oleh sahabat2 lain.
Lantas, Rasulullah s.a.w. berkata, "Ternyata engkau telah membunuh 7 orang musuhm kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu." 3 kali Nabi ulang ayat yang sama, menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah di sisi Nabi Muhammad s.a.w.
Tidakkah kita mahu menjadi umat yang dihargai Nabi? Bukan harta yang dipandang, bukan kedudukan yang dilihat, tetapi, iman dan pengorbanan yang menjadi ukuran! Aku akhiri cerita ini dgn suatu firman Allah S.W.T. yg bermaksud:
" Dan bekerjalah, maka Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaanmu itu.." (At-Taubah: 105)
Dikupas daripada: Zero to Hero by Solikhin Abu Izzudin
p/s: Doakan kejayaanku, isteriku, dan rakan2 dalam exam final kami! Syukran!
Bertaubatlah Dik……
9 years ago