CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 15, 2010

Panduan Ringkas Umrah - Part II

Alhamdulillah, selesai sudah Part II. Sebelum anda membaca part II ini dengan lebih lanjut, sedikit maklumat tambahan yang diambil dari komen akhi Basyir tentang vaccine against meningococci: "Vaccine meningococcal tu boleh amek kt pharmacy sini. Thn lepas aku amek kt pharmacy oxford dekat ngan Univ sebaris ngan kedai disease (Mat'am Kuliyyah Tibb). Harge x sure dlm belas2 kot, nnt ade dr kt pharmacy tu cucuk terus."

So here's part II:

Ibadah

1. Wudhuk – Ok, tentang wudhuk ni, tumpuan untuk yang lelaki masa kat Masjidil Haram, sbb masa Tawaf nnt, kadang2 bila dh padat2 tu, tersentuh tangan atau kaki org perempuan yg tak pakai stokin. Kalau ikut mazhab Syafi’ie, tersentuh jer batal wudhuk, kalau batal wudhuk masa tawaf, sgt leceh sbb tempat amik wudhuk jauh kot, kat luar masjid. So, solution-nya ialah, amik pendapat mazhab Maliki, iaitu kalau tersentuh tanpa timbul nafsu syahwat, maka tak batal wudhuk. Cuma bila amik wudhuk tu, instead of basuh sebahagian dari kepala, kna la sapu air tu ke keseluruhan kepala sebab nak ikut kaedah mazhab Maliki. Lepas tu, kna tau gak, kalau ikut mazhab Maliki, makan daging unta membatalkan wudhuk. Bagi orang perempuan, sekiranya anda berpegang pada pendapat tapak kaki tu bukan aurat, tapi masa tawaf tu, pakai la stokin, xder nk risau tersentuh kulit lelaki lain.


2. Umrah – Panduan umrah saya taknak tulis kat sini, tu korang leh belajar sendiri, orang yg bawak korang pun nnt akan ajar korang, dia lagi banyak tau dan arif. Cumanya yang saya nk cerita, kalau ikut riwayat, Nabi Muhammad s.a.w. setiap kali Baginda bermusafir ke Makkah, Baginda cuma menunaikan umrah sekali sahaja. Sebab tu sampai ada ulama’ yang berpendapat, dalam satu safar (perjalanan) ke Makkah, boleh buat umrah sekali jer. Pada pendapat peribadi saya, selepas bertanya dgn beberapa ustaz yg lebih ‘alim, kawan2 yg bertalaqqi dgn syeikh2 dan seorang graduan Univ. Madinah dari Rusia yang saya sempat berkenalan di sana, buat umrah cuma sekali dalam satu safar itu adalah lebih mengikut dan lebih hamper dengan sunnah Baginda s.a.w. So, study la betul2 mcm mana nk buat umrah tu, supaya boleh berikan yang terbaik ketika umrah pertama tu. Tapi kalau anda nak ambil pendapat yang cakap boleh buat banyak kali umrah pun tiada masalah, benda ni hal khilafiah jer.


3. Selepas Subuh – InsyaAllah most likely anda akan sentiasa bersolat subuh di Masjid Haram dan Nabawi. Lepas solat subuh, jangan stay kejap2 jer, walaupun rasa mengantuk dan nk blk tido di hotel since waktu subuh agak awal. Lepas subuh, sebaik-baiknya stay la kat masjid sampai masuk waktu dhuha, kemudian solat sunat dhuha, and then baru balik. Kalau ngantuk sangat, lelap kejap bersandar kat tiang masjid pun takper. Sangat besar fadhilat untuk orang2 yang stay kat masjid lepas subuh dan stay sampai masuk waktu dhuha, kemudian solat sunat dhuha 2 rakaat. Ada hadith sahih tentang hal ini. Pandai2 la masa tu nak baca Quran ker, baca Ma’thurat ker, nk zikir ker, janji ibadah.


4. Tawaf – Ni antara ibadah yang paling istimewa yang boleh dilakukan di Masjidil Haram, dan Nabi Muhammad s.a.w. sangat menggalakkannya, so buat la sebanyak mungkin. Lagi baik banyakkan tawaf daripada banyakkan umrah. Nak rasa nikmat kemanisan iman, leh try tawaf lepas solat zohor di tengah panas terik, hehe. Tapi, dalam bertawaf tu, berpada-pada lah, jgn sampai kuat sgt tawaf sampai letih, kemudian takleh khusyu’ masa solat fardhu. Cuma peringatan tentang tawaf ni, jangan la buat mcm sesetengah orang yg tawaf dalam group yang besar kemudian baca doa/zikir/wirid kuat2 macam nak bagi satu masjid dengar, Nabi tak ajar tawaf macam tu, menyusahkan orang lain jer jadinya. Tiada bacaan khusus untuk setiap pusingan tawaf tu, ikut la nak baca apa pun, doa ker, wirid ker, Quran ker. Cuma between Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, ada doa khusus yang disunatkan, aiseh, lupa plak doa tu, pastikan nanti tanya dengan ustaz yang mengiringi anda.


5. Solat Jenazah – Selepas setiap kali solat fardhu, insyaAllah akan ada solat jenazah di Masjid Nabawi dan Masjid Haram. Pastikan tak tinggal, sgt besar fadhilat solat jenazah ni, tambahan pulak pahala solat dilipat gandakan berkali-kali di dia rumah Allah ni. Yang lelaki, kalau ada peluang untuk tlg angkat jenazah sampai tanah perkuburan Baqi’ di Masjid Nabawi, give it a try, besar pahala tolong uruskan jenazah ni. Saya dulu bersama beberapa sahabat Alhamdulillah dikurniakan peluang utk iring jenazah dan tolong tanam sekali. Tapi kalau nak try, kena solat depan2 dekat2 dgn imam, caranya mudah jer, pegi masjid awal!


6. Wakaf Al-Quran – Nanti di sekitar Masjid Nabawi dan Masjid Haram, korang akan jumpa orang2 yang menjual Al-Quran dan mempromosikannya dengan harga yang murah dan menyuruh anda beli untuk diwakafkan kepada masjid. Jangan terpedaya! Anda perlu tahu, admin Masjid Nabawi dan Masjid Haram agak strict dalam menerima wakaf Al-Quran ni, mereka cuma menerima Al-Quran wakaf yang dicetak oleh kilang rasmi kerajaan Arab Saudi. Quran ni memang mahal sikit, kalau nak tahu Quran ni mcm mana, first time masuk masjid nanti, leh usha Quran2 hijau yang tersusun rapi kat rak2 Quran, dekat kulit Qiran tu ada cop rasmi kilang tu. Quran ni, kalau nak murah sikit memang kna beli kat kilang dia, suh ustaz yang bawak korang nnt bawak pegi kilang tu, leh dapat Quran free sekali. Siapa2 yang wakaf Quran yang bukan dari kilang berkenaan, paling lama Quran tu boleh tahan dalam masjid ialah lebih kurang setengah hari, sebab masa pekerja2 masjid (geng2 tok siak) datang kemas dan susun rak2 tu, mereka akan kutip semua Quran2 yang bukan dari kilang tu dan wallahu’alam ke mana dibawa.


7. Sedekah – Di sekitar masjid nanti korang leh nampak ramai orang mintak sedekah, terutamanya Masjid Haram. Kalau nak bersedekah, hulur lah pada yang anda nampak memerlukan, dan kalau boleh hulur tu sembunyi2 sikit, bukan nk suruh kedekut, tp kalau hulur tu terang2, akan kena serbu dengan peminta sedekah lain lepas tu, memang leceh, nak senang hulur kat peminta sedekah yang last sekali yang anda jumpa. Cuma, sila beri perhatian, sesetengah peminta sedekah adalah penyeluk saku professional, saya dulu dah kena, bila nampak 2-3 peminta sedekah merapati anda dan pegang2 bahu anda, tak payah layan langsung, dan sila jaga elok2 beg dan poket anda. Kalau budak2 yang minta sedekah plak, tengok betul2, sesetengah mereka mmg kudung, sesetengah yang lain pula, sekadar melipatkan tangan ke dalam baju dan menunjukkan siku mereka, kononnya kudung. As a medical student, it should be easy for you to differentiate an amputated hand from an elbow right?

Tak sangka, panjang pulak jadi bab Ibadah ni, insyaAllah akan disambung dalam part III, the last part insyaAllah, tak dapat nak habiskan sekarang sebab kena beri keutamaan pada exam OSCE Orthopedic dan Tropical Medicine yang mendatang. Doakan kejayaan saya dan rakan2. As mentioned in the previous post, sebarang persoalan leh tanya kat ruang komen atau leh tanya direct jer dgn saya, saya cuba tolong takat mampu insyaAllah. Kalau ada kawan2 yang ada pengalaman gak, nk wat tambahan atau pembetulan, sangat dialu-alukan.

Till then, thanks for reading, have a wonderful day!

4 Extra Sharings (Comments):

adLedash said...

salam..

alhamdulillah..
thx for sharing! tag me in fb when u done new entry next time k! i wanna update myself..=)

Anonymous said...

seronoknya...
hope that i've the chance to experience it also. InsyaAllah.
waiting for part III pulak.hehe.

ps- All the best exam. Rabbana yusahil insyaAllah.

-Innocent-

Anonymous said...

salaam...

hoho.nice2...

satu lg,yg psl cium hajarul aswad..ni ade satu tips yg mna klau ikut,insyaALLAH tiap2 hari dpt kucup batu syurga tu....tp ni utk org lelaki je la....sbb ape?sbb wktu2 laen mmg amat2 susah nk masuk ke lingkungan hajarul aswad tu,mlaenkn anda seorg yg btubuh besar n kuat..klau tk,mmg tk dapat la..bnyk abes tnaga...

ade satu wktu,stgh jam sblm azan solat asar,dlm pns terik tuh,akan ade satu barisan yg DIJAGA oleh polis haramain utk kucup hajarul aswad..yg mna tkkn ade insiden tolak menolak,rebut2 n tarik2 sampai jatuh..beratur la wktu tu wlau mcmana pnjng beratur tu....insyaALLAH,dpt la kucup hajarul aswad tu almost everyday...tp barisan yg diatur ni utk muslimin je...utk muslimat mmg tkder..
klau wktu2 laen tu,mmg bcmpur2 la muslimin muslimat berebut2 nk kucup tu...

-rumet nash kt mekkah-

Neo Rantissi said...

@arina: you're welcome sis, insyaAllah untuk part II nnt aku tag hang dlm FB.

@innocent: hehe, insyaAllah you'll have your chance. jgn lupa doakan zainal masa kat sana nnt :). All the best for ur exams too, rabbuna yusahhil.

@rumet nash: thanks for the addition bro, barakallahu fiik!