CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 21, 2010

Panduan Ringkas Umrah - Part III (Final)

Finally, I managed to finish Part III. So without further ado, here you go. If you haven't read the other parts, feel free to read them here: Part I and Part II

Masjid Nabawi

1. Raudhah – Apabila disebut sahaja Masjid Nabawi, pasti orang akan teringat dua perkara, makam Nabi Muhammad s.a.w. yg tercinta dan Raudhah yg disebut dalam hadith sebagai salah satu daripada taman2 syurga. Juga sebagai tempat yang mustajab doa. Raudhah ni, sentiasa penuh, tapi jangan risau, yang penting ikhlaskan niat dan slow2 cuba masuk dalam tu, insyaAllah akan dapat peluang untuk duduk dan berdoa. Kalau orang perempuan ada masa2 tertentu Raudhah tu dibukak untuk akhawat, so take note, saya tak ingat sgt bila, leh tanya senior2 yang dh pegi, antaranya ialah waktu duha. Satu perkara yang harus saya tekankan, yang ni pandangan peribadi la, mcm mana korang tunggu dan bersesak nak masuk Raudhah tu, mcm tu la jugak orang lain, so once bila dh dapat tempat, jangan la duduk sampai berjam-jam, fikirkan orang lain yg beratur dan bersesak nak masuk Raudhah tu gak, maka bersederhanalah. Antara masa yang saya rasa paling banyak ruang ialah selepas asar, sbb lepas asar ni kan haram solat, so byk sikit ruang untuk duduk, berzikir dan berdoa, walaupun anda akan lihat nanti golongan tertentu yang berkeras nak solat sunat lps asar walaupun setelah dilarang dan ditegur oleh syeikh2 di Masjid Nabawi tu, golongan Syiah antaranya, so jgn ikut perangai2 mcm ni.


2. Maqam Nabi s.a.w. dan Sahabat – Bersebelahan dgn Raudhah ialah makam Baginda s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan Umar Al-Khattab Al-Faruq r.a. Takder apa sgt nk cerita pasal maqam ni, cuma pastikan masa ziarah tu, kalau nk berdoa, berdoa mintak dgn Allah S.W.T., bukan dgn Nabi atau sahabat2 Baginda s.a.w. Kalau nak mintak syafa’at Nabi sekalipun, berdoalah mintak agar Allah S.W.T. memasukkan kita dalam golongan yg menerima syafaat Baginda s.a.w.


3. Baqi’ – Kawasan perkuburan Baqi’ ni bersebelahan dgn Masjid Nabawi, sekali skala, amik peluang ziarah Baqi’ ni, amik pengajaran dgn kematian as death is the best reminder. Cuma kat dalam tu, jangan duk ikut perangai golongan2 yang baca doa pelik2, kat depan tu nnt ada signboard besar tulis doa yg Nabi Muhammad s.a.w. ajar, so baca doa tu pun cukup dah insyaAllah. Orang perempuan takleh masuk Baqi’ ni, maybe sbb ramai sangat perempuan arab atau syiah (sbb ada byk kubur ahlul bait) yang menangis mendayu-dayu sampai kena buat rules macam tu. So orang perempuan leh doakan jenazah dari jauh. Kalau nak rasa masuk Baqi’ waktu malam, ikut jemaah hantar jenazah lepas solat Maghrib or Isya’.


4. Menara Payung dan Sliding Roof – Yang ni kalau nak tengok, selalunya around waktu matahari terbit dan waktu dhuha, so pandai2 bajet la.


5. Selipar – Jangan letak selipar/kasut kat rak yang jauh sgt dengan tempat solat anda sbb senang hilang dan kadang2, bila pekerja2 masjid buat kerja2 pembersihan, diorang akan alih rak2 kasut ni.

Masjidil Haram

1. Ka’bah – The center of everything, tempat tawaf. Orang lelaki, ambil lah peluang untuk solat sedekat mungkin dengan Ka’bah walaupun di bawah terik matahari waktu Zohor dan Asar, bukan senang nak sampai sana. Waktu tawaf, kalau taknak letih, tawaf dekat2 sikit dgn Ka’bah, tapi slow la sebab sangat padat, kalau nak laju sikit, tawaf luar sikit, kalau nak senaman, boleh cuba tawaf kat tingkat atas. Orang perempuan, masa tawaf tu hati2 sbb anda pakai stoking, licin gak lantai tu. Untuk lelaki, usually masa tawaf kadang2 ada orang offer minyak wangi free, tapi kalau waktu tu korang dalam ihram, kena beringat la, jangan main sua jer tangan nak suruh brader tu calit minyak wangi, tak pasal free2 kena bayar dam plak.


2. Hajarul Aswad – Sunat mencium Hajarul Aswad ni, tapi dalam konteks hari ni saya rasa applicable untuk lelaki jer, kalau orang perempuan nak cium Hajarul Aswad, kena berebut dengan laki, pegang sana sini, tarik menarik, tudung2 pun habis terbang, takkan nak gadaikan yang wajib untuk sesuatu yang sunat, priority kna betul. Orang lelaki, kalau nk berebut cium Hajarul Aswad tu, kena kuat, lps tu masa berebut, elok letak satu tangan kat dada untuk elak dada tu kna himpit, susah nk bernafas nanti. The best time untuk cium batu tu ialah sebelum Asar, please read the details dlm komen oleh ‘rumet nash’ here.


3. Rukun Yamani – Satu jer nak ingatkan, sunnah nabi untuk Rukun Yamani (penjuru Ka’bah sebelum Hajarul Aswad) ni ialah sentuh jer waktu tawaf, bukan sampai peluk cium sapu muka abes.


4. Multazam – Salah satu tempat yang mustajab doa, diriwayatkan Rasulullah s.a.w. menyandarkan dirinya ke Multazam dan menangis serta berdoa kepada Allah S.W.T. Multazam ni sangat challenging kalau nak try, kalau nak lengang sikit, malam2 sikit lepas Isya’, tu pun masih padat sebenarnya. Saya dulu pun 2-3 kali jer dapat peluang. Petua dia, bykkan doa dan ikhlaskan niat. Ada jugak sahabat2 saya dulu, yang sebelum pegi Multazam tu, solat hajat mintak Allah mudahkan usaha dia nk dapat naik doa kat Multazam tu.


5. Maqam Ibrahim – Tempat yang sangat disunatkan untuk ditunaikan solat sunat tawaf di hadapannya, so lps tawaf, bila nak solat sunat tu, cari angle yang mengadap Maqam Ibrahim tu. Lagi satu, masa tawaf, takyah sibuk2 nk sentuh peluk maqam tu macam sesetengah orang, tak pasal kang kena marah dgn pak guard or syeikh.


6. Hijr Isma’il – Juga antara tempat yang mustajab doa. My advice would be more or less mcm yang saya tulis tentang Raudhah kat atas td, cuma Hijr Ismail ni lagi padat dan perempuan dan lelaki anytime boleh masuk kecuali waktu solat fardhu untuk mengelakkan kekecohan. Antara waktu paling senang nak masuk ialah selepas Zohor dan Asar sebab panas, so orang tak stay lama sangat dalam tu. Kalau ditakdirkan masa korang pegi sana nanti hujan, korang akan lihat orang berebut2 nak amik air yang turun dari pancur emas kat bumbung Ka’bah yang turun di Hijr Isma’il buat mandi atau basuh muka, amik berkat konon, sila jangan ikut kepercayaan karut ini. Lagi satu, seingat saya syeikh2 Masjidil Haram melarang menyandarkan diri ke Ka’bah dalam Hijr Ismail tu sbb tiada dalam sunnah, dalam sunnah bersandar tu di Multazam jer, so tak payah buat walaupun korang akan nampak ramai orang buat, sampai ada yang menangis-nagis sampai lekat abes kat kain kiswah tu, saya personally lagi prefer berdiri sedekat mungkin dengan Ka’bah dan berdoa.


7. Tiada Waktu Haram – Kalau ikut mazhab Syafi’ie, istimewa untuk Masjidil Haram, tiada waktu haram untuk solat, so ikut la kalau nak solat sunat bila pun, lepas subuh ker, lepas asar ker, semua boleh insyaAllah.


8. Jaga Pandangan – Di Masjidil Haram mostly laluan2 dalam tu bercampur lelaki perempuan sebab keadaan jamaah yang sgt padat, tak macam Masjid Nabawi yang mana kebanyakan laluan lelaki dan perempuan diasingkan. Tambah pulak, kat Masjidil Haram ramai yang dalam ihram, so takleh pakai niqab/purdah, maka yang lelaki ni kena la jaga pandangan baik2. Memang jaga pandangan ni kat mana2 pun wajib, tapi sengaja nak tekankan lagi especially bila kat dalam Masjidil Haram tu.


9. Tempat Sa’ie – Jangan kalut sangat nak habiskan 7 round tu, stay calm, tak lari punya bukit Safa dengan Marwa tu. Kalau yang lelaki, salah sorang dari ahli kumpulan anda bawakla gunting kecik satu, senang nak tahallul nanti. Lepas tahallul, jangan lupa cukur kepala, bila lagi nak bercukur dalam keadaan penuh ‘ubudiah kepada Allah S.W.T.

Lain-lain (less important)

1. Kalau ada peluang, try panjat Jabal Nur (Gua Hira’ – wahyu pertama) dan Jabal Tsur (Gua Tsur – Hijrah Nabi s.a.w.), untuk dua2 gua ni, tiada anjuran dlm Syari’at untuk beribadah di dalamnya. Panjat tu sebab nak rasa apa yang Rasulullah rasa.

2. Kalau pergi ziarah Padang Arafah, kat sana ada Jabal Rahmah, kat situ nanti korang akan nampak satu tiang putih, orang tulis2 nama, kononnya untuk berkat hubungan apa ntah, takyah ikut amalan khurafat ni.

3. Jangan ikut perangai orang2 yang menyapu kain selendang, tasbih, kain serban, etc di tempat2 seperti Maqam Nabi s.a.w., Maqam Ibrahim, Ka’bah dll dengan harapan benda2 tu jadi sakti dan ajaib, khurafat semua tu.

4. Kurma dan kacang2 di Suuq Tamar di Madinah adalah lagi murah daripada kurma2 di kedai di ladang kurma. Walaupun dekat ladang, sebenarnya harga leh tahan mahal kalau compare dgn kedai lain, maybe sebab kat ladang tu boleh makan banyak mana korang nak for free.

5. Kalau nak beli minyak wangi as souvenirs, I would recommend kedai minyak wangi Surrati, leh cari sendiri kat shopping complex kat sana, semua depan masjid jer, jangan sibuk tawaf shopping complex sudah!

6. Kalau rasa nak beli jubah yg elite sket, ada sulam2 sket, suh ust korang bawa pergi butik Shiaka/Zakhrafat kat Makkah, saya dulu pegi jer, tak sanggup beli, mahal, haha. Dekat shopping complex tu pun dh berlambak kedai jubah.

7. Kasut dan sandal lelaki yg branded mcm Timberland, Clarks and CAT, harganya agak murah di Makkah kalau nak banding dgn Mesir.

Rasanya, inilah serba sedikit yang mampu saya nukilkan sebagai sedikit panduan ringkas dan perkongsian buat sahabat2 yang bakal pergi menunaikan Umrah tidak lama lagi terutamanya. Moga-moga amal yang sedikit ini dikira sebagai ibadah di sisiNya. Saya doakan perjalanan kalian dimudahkan oleh Allah S.W.T. dan dikurniakan umrah yang mabrur. Satu jer nak mintak, tolong doakan agar saya dan keluarga saya sentiasa dikurniakan petunjuk oleh Allah S.W.T agar beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. As usual, kalau ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu. Dan untuk sahabat2 yang ada pembetulan atau tambahan, sangatlah dialu-alukan.

Wallahu’alam, thanks for reading, have a nice day!

Thursday, July 15, 2010

Panduan Ringkas Umrah - Part II

Alhamdulillah, selesai sudah Part II. Sebelum anda membaca part II ini dengan lebih lanjut, sedikit maklumat tambahan yang diambil dari komen akhi Basyir tentang vaccine against meningococci: "Vaccine meningococcal tu boleh amek kt pharmacy sini. Thn lepas aku amek kt pharmacy oxford dekat ngan Univ sebaris ngan kedai disease (Mat'am Kuliyyah Tibb). Harge x sure dlm belas2 kot, nnt ade dr kt pharmacy tu cucuk terus."

So here's part II:

Ibadah

1. Wudhuk – Ok, tentang wudhuk ni, tumpuan untuk yang lelaki masa kat Masjidil Haram, sbb masa Tawaf nnt, kadang2 bila dh padat2 tu, tersentuh tangan atau kaki org perempuan yg tak pakai stokin. Kalau ikut mazhab Syafi’ie, tersentuh jer batal wudhuk, kalau batal wudhuk masa tawaf, sgt leceh sbb tempat amik wudhuk jauh kot, kat luar masjid. So, solution-nya ialah, amik pendapat mazhab Maliki, iaitu kalau tersentuh tanpa timbul nafsu syahwat, maka tak batal wudhuk. Cuma bila amik wudhuk tu, instead of basuh sebahagian dari kepala, kna la sapu air tu ke keseluruhan kepala sebab nak ikut kaedah mazhab Maliki. Lepas tu, kna tau gak, kalau ikut mazhab Maliki, makan daging unta membatalkan wudhuk. Bagi orang perempuan, sekiranya anda berpegang pada pendapat tapak kaki tu bukan aurat, tapi masa tawaf tu, pakai la stokin, xder nk risau tersentuh kulit lelaki lain.


2. Umrah – Panduan umrah saya taknak tulis kat sini, tu korang leh belajar sendiri, orang yg bawak korang pun nnt akan ajar korang, dia lagi banyak tau dan arif. Cumanya yang saya nk cerita, kalau ikut riwayat, Nabi Muhammad s.a.w. setiap kali Baginda bermusafir ke Makkah, Baginda cuma menunaikan umrah sekali sahaja. Sebab tu sampai ada ulama’ yang berpendapat, dalam satu safar (perjalanan) ke Makkah, boleh buat umrah sekali jer. Pada pendapat peribadi saya, selepas bertanya dgn beberapa ustaz yg lebih ‘alim, kawan2 yg bertalaqqi dgn syeikh2 dan seorang graduan Univ. Madinah dari Rusia yang saya sempat berkenalan di sana, buat umrah cuma sekali dalam satu safar itu adalah lebih mengikut dan lebih hamper dengan sunnah Baginda s.a.w. So, study la betul2 mcm mana nk buat umrah tu, supaya boleh berikan yang terbaik ketika umrah pertama tu. Tapi kalau anda nak ambil pendapat yang cakap boleh buat banyak kali umrah pun tiada masalah, benda ni hal khilafiah jer.


3. Selepas Subuh – InsyaAllah most likely anda akan sentiasa bersolat subuh di Masjid Haram dan Nabawi. Lepas solat subuh, jangan stay kejap2 jer, walaupun rasa mengantuk dan nk blk tido di hotel since waktu subuh agak awal. Lepas subuh, sebaik-baiknya stay la kat masjid sampai masuk waktu dhuha, kemudian solat sunat dhuha, and then baru balik. Kalau ngantuk sangat, lelap kejap bersandar kat tiang masjid pun takper. Sangat besar fadhilat untuk orang2 yang stay kat masjid lepas subuh dan stay sampai masuk waktu dhuha, kemudian solat sunat dhuha 2 rakaat. Ada hadith sahih tentang hal ini. Pandai2 la masa tu nak baca Quran ker, baca Ma’thurat ker, nk zikir ker, janji ibadah.


4. Tawaf – Ni antara ibadah yang paling istimewa yang boleh dilakukan di Masjidil Haram, dan Nabi Muhammad s.a.w. sangat menggalakkannya, so buat la sebanyak mungkin. Lagi baik banyakkan tawaf daripada banyakkan umrah. Nak rasa nikmat kemanisan iman, leh try tawaf lepas solat zohor di tengah panas terik, hehe. Tapi, dalam bertawaf tu, berpada-pada lah, jgn sampai kuat sgt tawaf sampai letih, kemudian takleh khusyu’ masa solat fardhu. Cuma peringatan tentang tawaf ni, jangan la buat mcm sesetengah orang yg tawaf dalam group yang besar kemudian baca doa/zikir/wirid kuat2 macam nak bagi satu masjid dengar, Nabi tak ajar tawaf macam tu, menyusahkan orang lain jer jadinya. Tiada bacaan khusus untuk setiap pusingan tawaf tu, ikut la nak baca apa pun, doa ker, wirid ker, Quran ker. Cuma between Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, ada doa khusus yang disunatkan, aiseh, lupa plak doa tu, pastikan nanti tanya dengan ustaz yang mengiringi anda.


5. Solat Jenazah – Selepas setiap kali solat fardhu, insyaAllah akan ada solat jenazah di Masjid Nabawi dan Masjid Haram. Pastikan tak tinggal, sgt besar fadhilat solat jenazah ni, tambahan pulak pahala solat dilipat gandakan berkali-kali di dia rumah Allah ni. Yang lelaki, kalau ada peluang untuk tlg angkat jenazah sampai tanah perkuburan Baqi’ di Masjid Nabawi, give it a try, besar pahala tolong uruskan jenazah ni. Saya dulu bersama beberapa sahabat Alhamdulillah dikurniakan peluang utk iring jenazah dan tolong tanam sekali. Tapi kalau nak try, kena solat depan2 dekat2 dgn imam, caranya mudah jer, pegi masjid awal!


6. Wakaf Al-Quran – Nanti di sekitar Masjid Nabawi dan Masjid Haram, korang akan jumpa orang2 yang menjual Al-Quran dan mempromosikannya dengan harga yang murah dan menyuruh anda beli untuk diwakafkan kepada masjid. Jangan terpedaya! Anda perlu tahu, admin Masjid Nabawi dan Masjid Haram agak strict dalam menerima wakaf Al-Quran ni, mereka cuma menerima Al-Quran wakaf yang dicetak oleh kilang rasmi kerajaan Arab Saudi. Quran ni memang mahal sikit, kalau nak tahu Quran ni mcm mana, first time masuk masjid nanti, leh usha Quran2 hijau yang tersusun rapi kat rak2 Quran, dekat kulit Qiran tu ada cop rasmi kilang tu. Quran ni, kalau nak murah sikit memang kna beli kat kilang dia, suh ustaz yang bawak korang nnt bawak pegi kilang tu, leh dapat Quran free sekali. Siapa2 yang wakaf Quran yang bukan dari kilang berkenaan, paling lama Quran tu boleh tahan dalam masjid ialah lebih kurang setengah hari, sebab masa pekerja2 masjid (geng2 tok siak) datang kemas dan susun rak2 tu, mereka akan kutip semua Quran2 yang bukan dari kilang tu dan wallahu’alam ke mana dibawa.


7. Sedekah – Di sekitar masjid nanti korang leh nampak ramai orang mintak sedekah, terutamanya Masjid Haram. Kalau nak bersedekah, hulur lah pada yang anda nampak memerlukan, dan kalau boleh hulur tu sembunyi2 sikit, bukan nk suruh kedekut, tp kalau hulur tu terang2, akan kena serbu dengan peminta sedekah lain lepas tu, memang leceh, nak senang hulur kat peminta sedekah yang last sekali yang anda jumpa. Cuma, sila beri perhatian, sesetengah peminta sedekah adalah penyeluk saku professional, saya dulu dah kena, bila nampak 2-3 peminta sedekah merapati anda dan pegang2 bahu anda, tak payah layan langsung, dan sila jaga elok2 beg dan poket anda. Kalau budak2 yang minta sedekah plak, tengok betul2, sesetengah mereka mmg kudung, sesetengah yang lain pula, sekadar melipatkan tangan ke dalam baju dan menunjukkan siku mereka, kononnya kudung. As a medical student, it should be easy for you to differentiate an amputated hand from an elbow right?

Tak sangka, panjang pulak jadi bab Ibadah ni, insyaAllah akan disambung dalam part III, the last part insyaAllah, tak dapat nak habiskan sekarang sebab kena beri keutamaan pada exam OSCE Orthopedic dan Tropical Medicine yang mendatang. Doakan kejayaan saya dan rakan2. As mentioned in the previous post, sebarang persoalan leh tanya kat ruang komen atau leh tanya direct jer dgn saya, saya cuba tolong takat mampu insyaAllah. Kalau ada kawan2 yang ada pengalaman gak, nk wat tambahan atau pembetulan, sangat dialu-alukan.

Till then, thanks for reading, have a wonderful day!

Saturday, July 10, 2010

Panduan Ringkas Umrah - Part I

Dengar kata, tahun ni, ramai warga Alex yang akan menunaikan Umrah bersempena dgn cuti summer yang akan datang, alhamdulillah, murah rezki korang. InsyaAllah ia bakal menjadi satu pengalaman yang cukup manis untuk korang, tambahan lagi bagi mereka yang berpeluang untuk menyambut Ramadhan di sana, Allah...helwa giddan! Didoakan moga dimudahkan urusan kalian seluruhnya.

Anyway, since I've been there last summer, I thought of writing a simple guide for you guys which I hope can be of help even if it is only a small help. You can also read my sharing on my journey last year here. Untung2, boleh tumpang doa korang untuk kebahagiaan saya di dunia dan akhirat ^_^. So here you go!

Sebelum Bertolak

1. Tentang persediaan sebelum bertolak ke Tanah Suci, tak perlu saya berikan details kot, macam biasa bila korang nak travel gi tempat lain gak. Cuma beberapa point penting yang perlu take note seperti pakaian yang ingin dibawa.


2. Pakaian – Nipis dan cerah! Perlu ingat cuaca di sana sangat panas, kalau siang tu, biasanya 40 darjah celcius ke atas, subuh pun 30 lebih. So eloknya kalau lelaki, bawa pakaian yang nipis-nipis jer. Orang perempuan mungkin tak boleh nk bawa pakaian yang nipis, tapi cuba pilih pakaian yang warnanya cerah, takder la serap haba sangat. Kalau kat Masjidil Haram tu, ruang solat yg dekat2 dgn Ka’bah memang takder aircond, ada kipas jer, so better pakai pakaian yang selesa supaya ibadah pun selesa. Kalau lelaki, kat sana nanti korang akan rasa nak pakai jubah jer, so mostly pakaian yg korang perlukan ialah seluar jubah dgn t-shir pagoda jer. Kalau siapa yang rasa nak bawa jeans, tak payah la, panas kot! Tapi kalau dah memang ada plan nk panjat Jabal Nur (Gua Hira’ – wahyu pertama) atau Jabal Tsur (Gua Tsur – hijrah Nabi), sedap gak la kalau panjat tu pakai jeans (seluar trek pun bley), at least that’s my opinion.


3. Duit – Haa, yang ni penting! Bawa lebih takper, jgn tak cukup. Tapi kena ingat, tujuan utama anda ke sana ialah untuk IBADAH, bukan SHOPPING! So, tanam niat awal2 dalam hati supaya kat sana nanti tak boros.


4. Kamera – Bawa yang kecik2 yang biasa jer, bukan besar mcm DSLR, leceh nanti nk sembunyikan, korang mesti nak amik gambar dlm Masjid Nabawi dgn Masjidil Haram kan???


5. Others – Yang ni korang pandai2 sendiri lah, mcm tak biasa travel plak, haha.

Kesihatan

1. Meningitis – Perlu diingatkan, kalau ikut peraturan, sebelum pergi sana, kna amik vaccination for meningococcal infection. Tapi disebabkan korang buat visa kat Malaysia, benda ni lepas gitu jer. Tapi sebenarnya penting vaccination ni, even prof kitorang from Tropical Medicine department pun ckp seeloknya kna ambil vaccine ni sebab kat sana nanti orang datang dari segala pelusuk dunia, dah la panas, sesak pulak, maka sangat senang nk kna infection ni, jangan pandang rendah, meningitis is a very nasty disease. So, kalau boleh amik dulu vaccination for meningitis sebelum pegi sana, tp saya tak tahu di mana boleh amik, sbb saya dulu pun x amik, haha. Masa tu tak tau benda alah ni penting, Alhamdulillah tak kena apa2 kat sana. So korang yang aku dah bagitau ni, amik la vaccine shot tu, prevention better than cure rite?


2. Fever, flu, headache, cough – Ok, ni penyakit2 biasa yang tinggi probability untuk korang kena sbb population yang sangat padat dan extreme climate kat sana. I got all of them except the fever Alhamdulillah. So what’s the solution? Korang bawak jer siap2 ubat dari sini, murah jer pun, just bring a box of Paramol (Paracetamol, rasa duit byk nk beli Panadol pun xper, sama jer.), Flurest (anti-flu medication), dan Strepsils (sbb leceh kalau nak bawak cough syrup). Kat sana pun ada jer farmasi, cuma takut korang malas nk pegi jer nanti, so senang bawa siap2 dari sini. Tak semestinya setiap orang kna bawa sekotak2, pakat2 la dgn member2 yang nk pegi sekali.


3. Mask – Option ni untuk yang sanggup la, saya dulu tak sanggup nak pakai mask all the time, panas giler kot, nak bernafas pun susah. Tapi siapa yang sanggup, silakan, insyaAllah risk untuk kna flu and cough tu jauh lebih rendah.


4. Diarrhea and stomachache – Benda ni common jugak la bila pegi tempat yang padat dan lepas try makanan2 baru. Saya dulu Alhamdulillah xder kena, tapi ada kawan2 lain penah kena. Bahkan ada jugak yang kena lepas banyak minum air zamzam, katanya bukan sebab air tu kotor, tp katanya sbb air tu cuci perut kita, ni saya tak kena, tp ada orang lain kena. So untuk dua benda alah ni, boleh la beli anti-diarrhea drugs (nama dh lupa, leh tanya sendiri kat farmasi) and Buscopan for stomachache. Pakat2 la dgn member2, maybe dalam 10 orang, beli sekotak pun dh lebih dari cukup rasanya.


5. Diet and hydration – Tentang diet ni, simple jer, amalkan pemakanan sihat dan seimbang, hehe. The most important thing would be your body’s hydration status. Make sure optimum all the time. Cuaca sangat panas, so memang kna banyak minum air, bila kat Masjid Nabawi dgn Masjid Haram tu, amik peluang minum banyak2 air zamzam. Bekal bawa balik hotel pun bagus gak kalau boleh. Sebab ramai yang pergi masa Ramadhan, make sure korang minum banyak air di malam hari dan masa sahur. Waktu siang, cuba kurangkan exposure kat panas terik, lepak kat masjid jer, hehe. Siapa2 yang rasa diri dia sensitive dgn cuaca panas or senang kena heat-stroke, take extra-care!


Takat ni dulu insyaAllah untuk Part I, Part II akan menyusul kemudian, insyaAllah akan menyentuh bab Ibadah, Masjid dan lain2. Sebarang persoalan leh tanya kat ruang komen atau leh tanya direct jer dgn saya, saya cuba tolong takat mampu insyaAllah. Kalau ada kawan2 yang ada pengalaman gak, nk wat tambahan atau pembetulan, sangat dialu-alukan.