Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi
-Nazrey Johani, The Zikr.
Kadangkala, hati mudah rasa bersalah, mudah terasa insaf.
Kadangkala, lidah mudah menutur kata2 insaf, mudah menutur kalimah-kalimah taubat.
Namun...tubuh badan itu, tidak pernah mudah dalam memanifestasikan keinsafan itu.
Nafsu dan syaitan seringkali saja datang, menghasut dan memperkotak-katikkan jiwa yang kononya telah insaf itu.
Tatkala jiwa dan hati itu rosak, tiada lagi rasa bersalah, tiada lagi sinar keinsafan, tiada lagi keinginan taubat, tiada lagi rasa takut pada Sang Pencipta, Tuhan Pemilik sekalian alam dan jiwa, maka jadilah ia, insan dengan jiwa dan hati yang hitam dan kosong.
Saat itu, jeritan iman dan rohani dalam sanubari yang meronta-ronta minta diselamatkan, tidak lagi dipedulikan, maka hanyutlah insan itu, ke lembah durjana.
Peliharalah hatimu, peliharalah jiwamu, peliharalah imanmu, peliharalah rohanimu.
Rahmat dan keampunan Allah itu luas tidak berpenghujung, oleh itu, pintalah sebanyak-banyaknya dan jangan pernah timbul perasaan putus asa dalam dirimu.
Dan jangan kau lupa, nafsu dan syaitan durjana itulah musuh terbesarmu.
Ayuh jadi insan bertaqwa!
Wednesday, April 28, 2010
Keinsafan
Shared by Neo Rantissi at 11:41 AM 1 Extra Sharings (Comments)
Labels: Lagu dan Lirik, Tazkirah, Unknown
Thursday, April 15, 2010
Reversed Psychology - Why I Hate Islam
Before you say anything, or thinking about any speculation, you should watch thoroughly this video first:
If by any chance, you are cursing this guy, then again, watch the video thoroughly. If you still don't get it, then go to this link and read the video's description.
It's actually a satire dedicated to those who believe in Christianity and Bible, quite a unique method for da'wah I believe. Credit to Nazri who gave me the link yesterday.
Have an opinion or criticism? Feel free to leave it in the comments section here or directly at the video's link.
Shared by Neo Rantissi at 4:13 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Copy and Paste, Fikrah dan Dakwah, Video
Sunday, April 11, 2010
Kenapa Sombong?
Sudah terlalu lama blog ini tidak di-update, aku sendiri tak sure kenapa, mungkinkah kerana terlalu sibuk? atau buat2 sibuk? I guess I'm more eager to update Neo's Flickr rather than this blog, leaving this blog filling with web and dust, haha.
Alhamdulillah, semalam berpeluang mengikuti kelas tafsir oleh Syeikh Ibrahim, terima kasih kepada adik2 SC yang mencadangkan agar kelas berkenaan dijadikan salah satu agenda SC semalam. InsyaAllah, alang2 dah lama tak update blog ni, why not, aku kongsikan sedikit mutiara2 yang diperolehi daripada kelas semalam.
Syeikh Ibrahim semalam membincangkan ayat 31-39 Surah Al-Baqarah yang menceritakan tentang kisah Nabi Adam yang dicipta dalam keadaan penuh dimuliakan hingga akhirnya dihantar turun ke bumi kerana terpedaya dgn syaitan yang durjana. Apa yang mungkin boleh aku kongsikan di sini, ialah tentang satu sifat iblis yang menyebabkannya kufur kepada Allah S.W.T. lantas menjamin permanent entry ke dalam neraka, itulah sifat SOMBONG!
Sombong, riya', ujub, semua ni satu geng saja, mungkin mudah untuk kita menuturkan kata yang kita ini bukan manusia sombong, tapi kadang2, lintasan hati dan peribadi kita sendiri sebenarnya menggambarkan kewujudan sifat buruk berkenaan dalam hati kita. Kadang2 kita sombong sebab harta yang kita ada, kadang2 kita sombong sebab ilmu yang kita ada, kadang2 kita sombong sebab kemahiran yang kita ada, kadang2 kita sombong dengan kecantikan kita, bahkan, kadang2 kita mungkin sombong dengan ibadah kita!
Kenapa kita tak boleh sombong? Jawapannya mudah, sombong, riya', ujub, semua tu hanya layak bagi Allah S.W.T. sebab seluruh alam ini ada ciptaan dan kepunyaanNya dan tiada apa atau siapa pun yang kedudukannya lebih tinggi dari Allah S.W.T. Janganlah kita jadi seperti iblis yang sombong, akhirnya, dijanjikan baginya azab neraka Allah yang amat mengerikan! Adakah kita mahu sebahagian dari hati kita mempunyai sifat iblis laknatullah itu? Na'uzubillahi min zalik.
Buat apa kita nak sombong? Peranan kita di muka bumi ini cuma satu, perhambaan kepadaNya yang Maha Esa, tiada yang lain. Dan tugas hamba itu cuma satu, taat sepenuhnya pada tuannya. Soal balik diri kita, "Taatkah aku kepada Allah???" Ramai manusia yang solatnya tak dijaga, auratnya tak ditutup dgn sempurna, pandangannya liar, mulutnya kotor, maksiat itu kebiasaannya, Quran malas nak baca, bukankah itu semua ciri manusia yang sombong dgn Penciptanya???
Buat apa kita nak sombong? Cuma sedikit gempa bumi selama 30 saat, sudah mampu membinasakan ribuan manusia, bahkan jutaan! Hanya dengan satu virus yang hanya bisa dilihat oleh electron microscope, satu dunia jadi kelam kabut dan kecoh. Dengan hanya satu ribut taufan, ribuan tempat tinggal manusia boleh hancur begitu sahaja. Allah! Itu semua adalah bukti kekuasaanNya.
Buat apa kita nak sombong? Kita hanyalah manusia yang hina, diciptakan dari tanah sahaja, tanah itulah yang diinjak2 oleh sekalian makhluk di muka bumi ini. Asal kita cumalah dari air mani yang kotor yang keluarnya dari saluran yang sama dgn air kencing. Kelahiran kita cuma beberapa inci antara dua lubang kemaluan seorang wanita mulia bergelar ibu. Kelahiran kita juga dipenuhi darah, kesakitan dan kesusahan buat orang lain. Layakkah lagi kita untuk sombong? Jangankan sombong pada Tuhan, sedangkan sombong sesama manusia itu pun sudah cukup hina dan dibenci.
Namun, hakikatnya, ramai manusia pada hari ini yang sombong, sama ada sesama manusia, mahupun dengan Allah S.W.T. Check balik hati kita, ibadah kita, akhlak kita, hubungan kita dgn Allah, hubungan kita dengan manusia lain, adakah hati kita dicemari dengan sifat sombong? Seburuk-buruk kesombongan, adalah kesombongan dgn Allah dan sombong dgn Allah itu, ialah dengan mengingkari perintah-perintahNya dan melakukakn larangan-laranganNya, sekaligus melayakkan manusia itu diazab oleh Allah, Tuan Empunya sekalian alam ini.
Remember, we are just a tiny miny speck in this vast universe, nothing more than that!
p/s: Sesiapa yang ada kelapangan Sabtu malam lepas Isya', boleh join Kelas Tafsir Syeikh Ibrahim, bahasa Inggeris beliau cukup fasih, bahkan mungkin lebih 'fluent' daripada sebahagian lecturer2 kita dan diri kita sendiri! Kuliah beliau juga sangat menarik dan ilmiah, bukan senang nak jumpa syeikh yang mampu memberikan kuliah tafsir dalam bahasa inggeris dengan cukup baik, ayuh manfaatkan peluang yang ada sebaiknya!
Shared by Neo Rantissi at 3:09 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Artikel, Life in Egypt, Tazkirah