Hari ini sudah 12 Ramadhan 1430 H, roughly we could say that we already passed one third of Ramadhan, maka ini adalah masa yang amat baik untuk kita melakukan refleksi atau muhasabah diri untuk prepare nk lalui 2/3 Ramadhan yang tinggal dengan lebih bergaya dan berjaya, yeah!
Tanpa menulis dengan lebih panjang, ni aku nak share satu hadith Rasulullah s.a.w. yang amat relevan dengan Ramadhan yang maksudnya begini:
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.
Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?" Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.
Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.
Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”
[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]
Secara kesimpulan, kita ada dua pilihan untuk mengakhiri bulan Ramadhan Mubarak ini, sama ada nak mengakhirinya dengan cemerlang iaitu memperoleh keampunan daripada Allah S.W.T. atau nak mengakhirinya dengan total failure iaitu tidak mendapat keampunanNya. So sekarang, rasa2 setakat 1/3 Ramadhan yang dh habis ni, kita ni tergolong dalam golongan yang berjaya mendapat keampunanNya atau golongan yang celaka? Wana'uzubillahi min zalik.
Ayuh lakukan pilihan yang betul sementara Ramadhan belum habis lagi ni, moga2 kita semua tergolong dalam golongan yang berjaya dan beruntung dan dijauhkan sejauh-jauhnya daripada golongan yang didoakan kecelakaannya oleh Jibril a.s. dan diaminkan oleh Rasulullah s.a.w. Ameen ya Rabb!
Wallahu'alam.
Bertaubatlah Dik……
9 years ago