Wah, sudah lama blog ini tak dikemas kini. Maklumlah, kesibukan final exam sem 2 Tahun 3 telah membelenggu kehidupan aku sepanjang 2/3 Julai ini. Alhamdulillah, final exam dah selesai, takat tunggu result jer skrg ni, minta sahabat2 sama2 doakan moga-moga kami pelajar2 Univ. Alex lulus dgn cemerlang. Tambah2 bg 3rd year students mcm aku, thn ni adalah tahun Pre-Clinical yang terakhir, satu subjek pun xleh carry msuk Tahun 4, moga2 Allah mengurniakan kecemerlangan kepada kami semua, moga lulus dgn kaler terbang2.
Alahmdulillah, dgn rahmat dan kurnia Allah S.W.T., urusan Umrah aku dan beberapa member2 yg lain dah hampir selesai. Satu-satunya perkara yang terakhir yang tinggal ialah utk menunggu Ust. Najmuddin beli tiket flight kitorang. InsyaAllah, kalau tiada aral, bakau, mahupun balak yang melintang, kami akan terbang ke Jeddah pada 29/7/09. InsyaAllah kami akan stay di Madinah selama 8 hari diikuti dgn 14 hari di Makkah.
Tak dapat digambarkan betapa gembiranya hati ini bila diberi peluang untuk menunaikan Umrah. Pada masa yang sama, rasa takut dan gelisah juga melanda jiwa aku, rasa macam banyak sgt karat-karat jahiliah dalam jiwa ini. Rasa mcm diri ni tak layak nak jadi tetamu Allah di Tanah Haram. Ya Allah, kami memohon padamu, moga-moga Kau menerima kehadiran kami di Tanah Haram dgn limpah kurnia rahmat dan keberkatan. Jadikanlah kami hambamu yang beriman dan bertaqwa. Kekalkanlah kami atas jalanMu yang lurus.
Firman Allah S.W.T. di dalm Surah Al-Baqarah, ayat 196 yg bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah..." Alhamdulillah, dgn izinnya aku akan menunaikan salah satu daripada tuntutan Rukun Islam yg kelima. Ada yang tanya, knp x buat haji terus? Ermm, InsyaAllah, kalau ada rezki akan ditunaikan bersama isteri yang tercinta di masa akan datang. Sementara single ni, buat Umrah dulu. Lagipun musim haji nanti xder cuti pun.
InsyaAllah kalau ada rakan-rakan nak kirim apa2 doa yang khusus, boleh bagitau, aku cuba tlg takat yang mampu insyaAllah. Nak kirim barang pun boleh, tapi x berani jamin, takut2 barang yang aku beli pun dh belambak, hehe. Dan paling penting, aku mintak sahabat-sahabat sekalian doakan aku dan member2 lain yang sama2 akan ke Tanah Haram dimudahkan semua urusan dan diterima Ibadah Umrah kami.
Di kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan ucapan jutaan tahniah kepada rakan2 yang baru dan akan mendirikan rumah-tangga dalam summer ini, maaf yang mana kenduri yg aku tak dapat hadir, insyaAllah doa aku mengiringi korang, moga kekal bahagia dan peroleh anak2 yg soleh/ah. Juga buat yang baru mendapat cahaya mata, tahniah jugak, iAllah entry khas utk korang semua selepas pulang dari Umrah nnt, belated sikit, hehe.
Akhir kalam, takat ni dulu, saper2 nak kirim doa, boleh tinggalkan komen, pastikan aku tau korang saper, kalau xtau, x dapat nk tolong. InsyaAllah blog ni takkan di-update sampai la balik dr umrah nnt. Tapi kalau tetiba aku nak update sebelum bertolak nanti, nasib la. Dan buat-rakan-rakan yang akan pulang ke Malaysia, semoga selamat pergi dan balik, fi amanillah insyaAllah. Minta doakan semua urusan kami dipermudahkanNya, dan selamat pergi dan balik ke Tanah Suci Madinah dan Makkah.
Thanks for reading, have a nice day.
p/s: Flickr pun dh update, leh view kat sini.
Bertaubatlah Dik……
9 years ago
7 Extra Sharings (Comments):
salam..
semoga selamat dalam perjalanan..
dan dipermudahkan segala urusan olehNya..
tlg doakan ana dan sahabat2 ana berjaya naik tahun 3 ye.. syukran.. (",)
salam...
semoga setiap langkah diberkati dan dipermudahkan segala urusan umrah di sana nanti...insyaAllah
sampaikan salam diriku yg kerdil ini pd Rasulullah s.a.w...terlalu rindu mahu ke sana lagi...huhu
take care..
salam 'alayk. doakan aku jadi lebih baik setiap hari, hehe.. bahagia dunia akhirat.
semoga umrah diterima.
ayat yg last tu mcm kenal je, hehe.
@Ihsan: InsyaAllah ana doakan.
@nad: Syukran
@Yasir: IAllah, aku juga harap mampu jd serajin ko dlm menuntut ilmu. Syukran sir, haha, ayat ciplak ko, keh3, terpengaruh, amik berkat sket dr ko, haha.
selamat pergi dan selamat pulang...
m0ga perjalanan dan hari2 di sana sentiasa dalam redhaNya serta lindunganNya..may Allah watch over u there ^-^ ..m0ga tetamu Allah ini menikmati dan memanfaatkan sepenuhnya "juadah Allah" yang tersedia di sana..take care!
to topek and burung antu, lots of thanks!!!
Post a Comment