CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

Ayat-ayat Cinta

Untuk perkongsian pertama ni, aku copy paste blk penulisan yg aku tulis berkenaan novel Ayat-ayat Cinta yg pernah aku publish dlm blog fs, so kalau ada mana-mana perkataan mahupun ayat yg tidak sesuai dgn masa dan keadaan skrg, plz ignore, hehe. Rasanya dh ramai member2 yg dh baca novel ni, bagi yg belum, it's highly recommended!

Sebelum apa-apa, jutaan terima kasih buat ibu yg tercinta yg telah membeli novel ini dan menjadikannya sbg homework buatku utk dihabiskan dalam cuti summer lepas. Novel bertajuk Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman Al-Shirazy keluaran Ar-Risalah Product Sdn. Bhd. ini merupakan novel cinta yg pertama yg pernah Aku baca dalam hidup Aku. Novel cinta yang benar-benar islamik, jauh berbeza dgn novel2 cinta yg melaghakan yg berlambak di pasaran. Satu novel yg mentafsirkan cinta sebagai suatu hubungan indah yg betul2 halal dan diredhai Allah di antara sepasang suami dan isteri. Sekalipun genre novel ini bertemakan cinta, namun amat byk ilmu2 dan pengajaran yg dapat diperolehi daripadanya. Tema cintanya bukan sekadar cinta antara sepasang suami isteri, bahkan tema cintanya meluas meliputi cinta antara seorang hamba dan Tuhannya yg mana merupakan mesej utama yg disampaikan oleh pengarang, cinta antara seorang umat dan Rasulnya, cinta antara seorang murid dan gurunya, cinta sesama sahabat yg berlandaskan ukhuwah islamiah, cinta sesama jiran tetangga, dan cinta antara seorang suami dan isterinya.


Cerita yg berlatar belakangkan suasana di Mesir ini sungguh menarik, bagaimana pengarang menceritakan ttg kisah Fahri Abdullah yg merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, kisah perjungan hidupnya di Mesir yang tak kenal erti kalah dan susah, seorang Al-Hafiz yg benar2 menghayati Al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. lantas dipraktikkan dlm hidup sehariannya. Secara tidak langsung novel ini juga memaparkan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang lelaki yg soleh dan bertakwa dan begitu juga ciri-ciri seorang wanita solehah. Novel ini juga menunjukkan bagaimana seorang lelaki soleh itu akan mendapat teman hidup yg solehah dan bagaimana seorang wanita solehah akan mendapat seorang suami yg soleh, yg mana amat bertepatan dgn janji Allah S.W.T. dalam Surah An-Nuur, ayat ke-26.


Latar belakang Mesir yg digambarkan oleh penulis merupakan berdasarkan pengalaman beliau sendiri sepanjang tempoh pembelajarannya di sana kerana beliau sendiri merupakan seorang graduan Universiti Al-Azhar. Aku sendiri sebagai seorang pelajar perubatan Mesir dapat menghayati suasana2 yg digambarkan. Bagi sesiapa yg ingin mengenali Mesir, novel ini merupakan suatu pilihan yg baik.


Novel ini juga merupakan satu-satunya novel yg pernah Aku baca dlm hidup Aku yg menggunakan 10 kitab karangan Ulama2 Ulung Islam sebagai rujukan sekaligus menjadikan novel ini juga sebagai satu bahan bacaan ilmiah dgn hujah2 dan perbahasan yg amat menarik dan relevan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah yang telah dibawa oleh penulis. Kisah2 yg menunjukkan kebesaran, rahmat dan kasih sayang Allah turut dipertontonkan dlm novel ini.


Kesimpulannya, pada pendapat Aku, novel ini merupakan sebuah novel yg dapat meningkatkan iman, menimbulkan keinsafan, memberikan pelbagai ilmu dan peringatan yg amat bermanfaat, dan tidak lupa menghiburkan hati. Novel setebal 520 m/s dgn harga hanya RM 24.00 mmg patut dibaca oleh setiap muslim, apatah lg bg anda yg berjiwa da’i. Sebuah novel yg megisahkan perjuangan seorang hamba Allah yg mulia, di bumi ciptaanNya. Novel ini juga diakhiri dgn ‘ending’ yg cukup indah, kalau novel2 lain kita kata ‘happy ending’, bg novel ‘Ayat-ayat Cinta’ ungkapan itu tidak cukup utk menggambarkan kesudahan novel tersebut yg amat2 menarik dan menusuk jiwa hingga mampu menitiskan air mata kegembiraan. Akhir kalam, pergilah beli novel ni dan baca sendiri utk merasakan keindahannya. Anda pasti puas hati, insyaallah. Wassalam.

6 Extra Sharings (Comments):

Anonymous said...

ooo pnjnvgnye jenal

Neo Rantissi said...

novel tu laaaaaaaagi panjang:)

Ah-Peng said...

Salam jen.
Aku rase kalo ko ulas bab yg Fahri kawen dgn Maria tu ok gak dow. Hukum laki2 muslim kawen dgn wanita kristian, adekah wanita kristian skang dikira ahli kitab... bleh rujuk kitab halal haram dr Yusuf Qaradawi. Mase aku lepak mansoura tahun lepas, Ustaz Salman Maskuri ade ulas psl bnda ni. Tak silap aku mazhab shafie kot yg kate laki2 muslim kawen dgn pompuan kristian. Allahu'alam

Neo Rantissi said...

hoho, thankx for the idea penkt, tp nk kna ngaji byk lagi utk ulas benda tuh, iAllah panjang umur leh tulis.

ummuhanah said...

hmmm...mlh pulak rasa tak berapa 'mengancam' sangat baca novel ni....penah baca novel ni, termasuk Salju Sakinah, Bila Cinta Bertasbih....tapi kesemuanya tak muallimah ratah from page to page...entah ta'taw.Hati lebih bergetar membaca novel Latif Talib seperti Sultan Muhammad Al fatih, Abu Ubaidah, bila roboh kota Melaka..etc...Dr neoRantissi patut baca...alami 'kelainannya'...

mungkin selera cikgu tua....yang miliki ramai pelajar remaja, yang cukup takut jika mereka mendahulukan cinta kepada manusia sehingga keasyikannya melebihi cinta pada yang Esa.....maka Muallimah kurang senang dgn beberapa babak dalam novel AAC...walau digarap sebegitu indah, dengan lenggok bahasa yang puitis, diselitkan eleman agama bersamanya...tetapi seperti kehilangan roh kerana tetap disematkan unsur-unsur perasaan cinta yang asyik, keghairahan dan rangsangan untuk remaja berangan.....ntah ta'taw.
lagi pun bila AAC ini difilemkan...lingkup abis!!... sepertinya tak menjijak lantai agama yang luhur ini...

maaf....sekadar pandangan sekupang dua dari saya...

Neo Rantissi said...

terima kasih buat ummuhanah atas komen yg amat bernas, ada benarnya komen muallimah tu, x perlu mohon maaf dr ana:), bahkan ana menghargai komen mu'allimah yg menilai novel itu dr satu sudut yg berbeza. dan sememangnya filem AAC itu x best dan lingkup habis, haha.