Sudah sangat lama rasanya jari jemari ni tidak menulis, tak tahu lah masih ada yg membaca ataupun tidak. Masih belum bertemu idea mungkin. Mungkin juga masih belum dapat mengatur masa sebaiknya dengan jumlah tanggungjawab yang bertambah.
Friday, July 29, 2011
Hijrah + Quick Updates
Friday, January 1, 2010
Now This is What You Call a Manifesto!!!
Yeah!!! Bahang pilihanraya PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah mula terasa! Tiba-tiba aku dapat video ni yang direka cipta oleh kipas2 susah mati Dr. Rahim Suhaini, calon Pengerusi PCI sesi 2010/11. Mmg manifesto baek punya! Tamam jayyidan! ahh, xnak cakap banyak, enjoy the video entitled 'Jejak Pemimpin':
Kinda cool right? So, sekarang siapa nak buat video utk Din Kawen plak? Kalau dah ada, roger aku, aku nak post dlm blog, hehe.
Anyway, selamat tahun baru 2010 buat semua, semoga kita sama2 jadi hamba yang lebih bertaqwa dan pelajar yang lebih cemerlang berbanding tahun lepas.
p/s: Hadiah Tahun Baru dari etisalat dgn menggagalkan taktik sms 0.29 EGP ke Malaysia apabila membuang symbol '+' di hadapan sangat mengecewakan, sapa kasi kantoi??? Sungguh tidak patut, dah la aku kadang2 sms ibu bapak aku 2-3 page, isk3.
Shared by Neo Rantissi at 11:56 PM 3 Extra Sharings (Comments)
Labels: Dedication, Iklan, Life in Egypt, Video
Friday, October 23, 2009
Iklan Gadgets for Sale!!!
Buat semua member2 yang sudi baca blog aku, sori lama x update, terlalu sibuk dgn sambutan pelajar baru di Alexandria, kemudian terus sibuk dengan Tahun 4 yg sgt challenging dan tiring. Kat sini aku cuma nak tolong wat iklan untuk member aku, Farid Nazmi, student medic Cairo. Dia ada barang2 nak jual, so kalau ada yang berminat, leh roger dia. Here's the list:
Shared by Neo Rantissi at 12:13 AM 6 Extra Sharings (Comments)
Labels: Iklan
Sunday, June 14, 2009
Ayuh Bersama-sama Ringankan Beban Mereka
Seperti mana yang telah kita maklum, beberapa sahabat seperjuangan kita di Kaherah telah mengalami kemalangan. Berita lanjut di sini.
Dikhabarkan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mereka adalah sebanyak LE 25 000, oleh itu, ayuhlah sahabat2 sekalian, atas dasar ukhuwah Islamiah, sama-sama kita bantu mereka, moga2 sedikit usaha kita ini dikira sbg amal soleh di sisiNya.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan melalui saluran Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Iskandariah, boleh lah mengisi tabung2 yang akan diedarkan atau menghubungi nama2 berikut:
- Mohd. Saufi (Tahun 3)
- Faizatul Izzati (Tahun 3)
- Aslam, Husna, dan Siti Nur Bayani (Tahun 3)
- Shazwan, Hazimah dan Nur Hafizah (Tahun 2)
- Abdul Hafiz, Siti Aisyah dan Nurul Amira (Tahun 1, yg asrama bagi wakil aras anda)
Bagi yang ingin menyumbang melalui saluran Biro Dakwah & Kebajikan ISMA-Mesir, boleh hubungi Ust. Mohd. Suhail b. Mohd. Sufian (016-4961482) atau Ustazah Nurul Fahimah Muda (010-0931135) bagi cawangan Iskandariah. Untuk maklumat lanjut dan contact person muhafazah lain, leh visit Laman Web ISMA-Mesir.
Bagi yang di Malaysia, boleh berikan sumbangan terus ke akaun HSBC Mohamad Saif bin Jamaluddin (Beliau merupakan salah seorang drpd pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut) bernombor 311-133-524-025.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda(atau mafhumnya):
"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya..."
Ayuh sama-sama menyumbang, sekian, wallahu'alam.
Shared by Neo Rantissi at 7:12 PM 1 Extra Sharings (Comments)
Labels: Iklan
Wednesday, June 10, 2009
Malam Motivasi & Solat Hajat Alex
Iklan khas buat jejaka-jejaka Alex:
Malam Motivasi & Solat Hajat bersempena dengan peperiksaan akhir semester Julai ini.
Tarikh: 12 Jun 2009 (Jumaat mlm Sabtu)
Tempat: Asrama MARA Iskandariah
Masa: 8.00 mlm (Maghrib berjemaah di sana)
Anjuran Bersama: MARA-Mesir dan ISMA-Mesir
Jamuan ringan disediakan insyaAllah.
Marilah ramai2 kita menghadirkan diri ke majlis ini untuk sama-sama mendengar sedikit motivasi daripada penceramah jemputan dan sama-sama menunaikan solat hajat dan berdoa moga-moga Allah S.W.T. akan mempermudahkan dan mengurniakan kecemerlangan dalam peperiksaan akhir semester Julai ini insyaAllah.
Datang jangan tak datang!!! Sebarkan pada rakan-rakan yang lain!
Shared by Neo Rantissi at 3:40 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Iklan, Life in Egypt

