CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 4, 2010

Jangan jadi manusia celaka

Post ni pendek jer insyaAllah, sekadar satu peringatan ringkas.


Dalam satu riwayat yang sohih, diceritakan bagaimana Malaikat Jibril a.s. pernah mendoakan yang maksudnya lebih kurang begini, "Celakalah barangsiapa yang tatkala berakhirnya Ramadhan, dia tidak mendapat pengampunan Allah S.W.T." dan doa berkenaan diaminkan sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w. di hadapan para sahabat.

Maka, dalam baki 5 hari bulan Ramadhan Mubarak yang tinggal ni, manfaatkanlah sebaiknya 5 hari ni, banyakkan bertaubat dan beribadah, moga2 kita keluar dari bulan ni dalam keadaan suci murni umpama bayi yang baru lahir, mati pun leh masuk syurga.

Doa malaikat Jibril yang diaminkan oleh Nabi s.a.w. pastinya doa yang sgt tinggi darjatnya dan pasti makbul, tak mungkin dapat dibandingkan dgn doa2 kita mahupun ibu bapak kita. Maka buatla pilihan anda, nak jadi manusia yang didoakan kecelakaannya oleh Jibril a.s. ataupun tidak?

Jom beramal!

Wallahu'alam.

2 Extra Sharings (Comments):

adLedash said...

jazakallah atas peringatan...alhamdulillah...mari2 beramal..~

Neo Rantissi said...

waiyyaki arina. iAllah, moga sama2 dapat keberkatan dan keredhaan Allah.