CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 21, 2010

Panduan Ringkas Umrah - Part III (Final)

Finally, I managed to finish Part III. So without further ado, here you go. If you haven't read the other parts, feel free to read them here: Part I and Part II

Masjid Nabawi

1. Raudhah – Apabila disebut sahaja Masjid Nabawi, pasti orang akan teringat dua perkara, makam Nabi Muhammad s.a.w. yg tercinta dan Raudhah yg disebut dalam hadith sebagai salah satu daripada taman2 syurga. Juga sebagai tempat yang mustajab doa. Raudhah ni, sentiasa penuh, tapi jangan risau, yang penting ikhlaskan niat dan slow2 cuba masuk dalam tu, insyaAllah akan dapat peluang untuk duduk dan berdoa. Kalau orang perempuan ada masa2 tertentu Raudhah tu dibukak untuk akhawat, so take note, saya tak ingat sgt bila, leh tanya senior2 yang dh pegi, antaranya ialah waktu duha. Satu perkara yang harus saya tekankan, yang ni pandangan peribadi la, mcm mana korang tunggu dan bersesak nak masuk Raudhah tu, mcm tu la jugak orang lain, so once bila dh dapat tempat, jangan la duduk sampai berjam-jam, fikirkan orang lain yg beratur dan bersesak nak masuk Raudhah tu gak, maka bersederhanalah. Antara masa yang saya rasa paling banyak ruang ialah selepas asar, sbb lepas asar ni kan haram solat, so byk sikit ruang untuk duduk, berzikir dan berdoa, walaupun anda akan lihat nanti golongan tertentu yang berkeras nak solat sunat lps asar walaupun setelah dilarang dan ditegur oleh syeikh2 di Masjid Nabawi tu, golongan Syiah antaranya, so jgn ikut perangai2 mcm ni.


2. Maqam Nabi s.a.w. dan Sahabat – Bersebelahan dgn Raudhah ialah makam Baginda s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan Umar Al-Khattab Al-Faruq r.a. Takder apa sgt nk cerita pasal maqam ni, cuma pastikan masa ziarah tu, kalau nk berdoa, berdoa mintak dgn Allah S.W.T., bukan dgn Nabi atau sahabat2 Baginda s.a.w. Kalau nak mintak syafa’at Nabi sekalipun, berdoalah mintak agar Allah S.W.T. memasukkan kita dalam golongan yg menerima syafaat Baginda s.a.w.


3. Baqi’ – Kawasan perkuburan Baqi’ ni bersebelahan dgn Masjid Nabawi, sekali skala, amik peluang ziarah Baqi’ ni, amik pengajaran dgn kematian as death is the best reminder. Cuma kat dalam tu, jangan duk ikut perangai golongan2 yang baca doa pelik2, kat depan tu nnt ada signboard besar tulis doa yg Nabi Muhammad s.a.w. ajar, so baca doa tu pun cukup dah insyaAllah. Orang perempuan takleh masuk Baqi’ ni, maybe sbb ramai sangat perempuan arab atau syiah (sbb ada byk kubur ahlul bait) yang menangis mendayu-dayu sampai kena buat rules macam tu. So orang perempuan leh doakan jenazah dari jauh. Kalau nak rasa masuk Baqi’ waktu malam, ikut jemaah hantar jenazah lepas solat Maghrib or Isya’.


4. Menara Payung dan Sliding Roof – Yang ni kalau nak tengok, selalunya around waktu matahari terbit dan waktu dhuha, so pandai2 bajet la.


5. Selipar – Jangan letak selipar/kasut kat rak yang jauh sgt dengan tempat solat anda sbb senang hilang dan kadang2, bila pekerja2 masjid buat kerja2 pembersihan, diorang akan alih rak2 kasut ni.

Masjidil Haram

1. Ka’bah – The center of everything, tempat tawaf. Orang lelaki, ambil lah peluang untuk solat sedekat mungkin dengan Ka’bah walaupun di bawah terik matahari waktu Zohor dan Asar, bukan senang nak sampai sana. Waktu tawaf, kalau taknak letih, tawaf dekat2 sikit dgn Ka’bah, tapi slow la sebab sangat padat, kalau nak laju sikit, tawaf luar sikit, kalau nak senaman, boleh cuba tawaf kat tingkat atas. Orang perempuan, masa tawaf tu hati2 sbb anda pakai stoking, licin gak lantai tu. Untuk lelaki, usually masa tawaf kadang2 ada orang offer minyak wangi free, tapi kalau waktu tu korang dalam ihram, kena beringat la, jangan main sua jer tangan nak suruh brader tu calit minyak wangi, tak pasal free2 kena bayar dam plak.


2. Hajarul Aswad – Sunat mencium Hajarul Aswad ni, tapi dalam konteks hari ni saya rasa applicable untuk lelaki jer, kalau orang perempuan nak cium Hajarul Aswad, kena berebut dengan laki, pegang sana sini, tarik menarik, tudung2 pun habis terbang, takkan nak gadaikan yang wajib untuk sesuatu yang sunat, priority kna betul. Orang lelaki, kalau nk berebut cium Hajarul Aswad tu, kena kuat, lps tu masa berebut, elok letak satu tangan kat dada untuk elak dada tu kna himpit, susah nk bernafas nanti. The best time untuk cium batu tu ialah sebelum Asar, please read the details dlm komen oleh ‘rumet nash’ here.


3. Rukun Yamani – Satu jer nak ingatkan, sunnah nabi untuk Rukun Yamani (penjuru Ka’bah sebelum Hajarul Aswad) ni ialah sentuh jer waktu tawaf, bukan sampai peluk cium sapu muka abes.


4. Multazam – Salah satu tempat yang mustajab doa, diriwayatkan Rasulullah s.a.w. menyandarkan dirinya ke Multazam dan menangis serta berdoa kepada Allah S.W.T. Multazam ni sangat challenging kalau nak try, kalau nak lengang sikit, malam2 sikit lepas Isya’, tu pun masih padat sebenarnya. Saya dulu pun 2-3 kali jer dapat peluang. Petua dia, bykkan doa dan ikhlaskan niat. Ada jugak sahabat2 saya dulu, yang sebelum pegi Multazam tu, solat hajat mintak Allah mudahkan usaha dia nk dapat naik doa kat Multazam tu.


5. Maqam Ibrahim – Tempat yang sangat disunatkan untuk ditunaikan solat sunat tawaf di hadapannya, so lps tawaf, bila nak solat sunat tu, cari angle yang mengadap Maqam Ibrahim tu. Lagi satu, masa tawaf, takyah sibuk2 nk sentuh peluk maqam tu macam sesetengah orang, tak pasal kang kena marah dgn pak guard or syeikh.


6. Hijr Isma’il – Juga antara tempat yang mustajab doa. My advice would be more or less mcm yang saya tulis tentang Raudhah kat atas td, cuma Hijr Ismail ni lagi padat dan perempuan dan lelaki anytime boleh masuk kecuali waktu solat fardhu untuk mengelakkan kekecohan. Antara waktu paling senang nak masuk ialah selepas Zohor dan Asar sebab panas, so orang tak stay lama sangat dalam tu. Kalau ditakdirkan masa korang pegi sana nanti hujan, korang akan lihat orang berebut2 nak amik air yang turun dari pancur emas kat bumbung Ka’bah yang turun di Hijr Isma’il buat mandi atau basuh muka, amik berkat konon, sila jangan ikut kepercayaan karut ini. Lagi satu, seingat saya syeikh2 Masjidil Haram melarang menyandarkan diri ke Ka’bah dalam Hijr Ismail tu sbb tiada dalam sunnah, dalam sunnah bersandar tu di Multazam jer, so tak payah buat walaupun korang akan nampak ramai orang buat, sampai ada yang menangis-nagis sampai lekat abes kat kain kiswah tu, saya personally lagi prefer berdiri sedekat mungkin dengan Ka’bah dan berdoa.


7. Tiada Waktu Haram – Kalau ikut mazhab Syafi’ie, istimewa untuk Masjidil Haram, tiada waktu haram untuk solat, so ikut la kalau nak solat sunat bila pun, lepas subuh ker, lepas asar ker, semua boleh insyaAllah.


8. Jaga Pandangan – Di Masjidil Haram mostly laluan2 dalam tu bercampur lelaki perempuan sebab keadaan jamaah yang sgt padat, tak macam Masjid Nabawi yang mana kebanyakan laluan lelaki dan perempuan diasingkan. Tambah pulak, kat Masjidil Haram ramai yang dalam ihram, so takleh pakai niqab/purdah, maka yang lelaki ni kena la jaga pandangan baik2. Memang jaga pandangan ni kat mana2 pun wajib, tapi sengaja nak tekankan lagi especially bila kat dalam Masjidil Haram tu.


9. Tempat Sa’ie – Jangan kalut sangat nak habiskan 7 round tu, stay calm, tak lari punya bukit Safa dengan Marwa tu. Kalau yang lelaki, salah sorang dari ahli kumpulan anda bawakla gunting kecik satu, senang nak tahallul nanti. Lepas tahallul, jangan lupa cukur kepala, bila lagi nak bercukur dalam keadaan penuh ‘ubudiah kepada Allah S.W.T.

Lain-lain (less important)

1. Kalau ada peluang, try panjat Jabal Nur (Gua Hira’ – wahyu pertama) dan Jabal Tsur (Gua Tsur – Hijrah Nabi s.a.w.), untuk dua2 gua ni, tiada anjuran dlm Syari’at untuk beribadah di dalamnya. Panjat tu sebab nak rasa apa yang Rasulullah rasa.

2. Kalau pergi ziarah Padang Arafah, kat sana ada Jabal Rahmah, kat situ nanti korang akan nampak satu tiang putih, orang tulis2 nama, kononnya untuk berkat hubungan apa ntah, takyah ikut amalan khurafat ni.

3. Jangan ikut perangai orang2 yang menyapu kain selendang, tasbih, kain serban, etc di tempat2 seperti Maqam Nabi s.a.w., Maqam Ibrahim, Ka’bah dll dengan harapan benda2 tu jadi sakti dan ajaib, khurafat semua tu.

4. Kurma dan kacang2 di Suuq Tamar di Madinah adalah lagi murah daripada kurma2 di kedai di ladang kurma. Walaupun dekat ladang, sebenarnya harga leh tahan mahal kalau compare dgn kedai lain, maybe sebab kat ladang tu boleh makan banyak mana korang nak for free.

5. Kalau nak beli minyak wangi as souvenirs, I would recommend kedai minyak wangi Surrati, leh cari sendiri kat shopping complex kat sana, semua depan masjid jer, jangan sibuk tawaf shopping complex sudah!

6. Kalau rasa nak beli jubah yg elite sket, ada sulam2 sket, suh ust korang bawa pergi butik Shiaka/Zakhrafat kat Makkah, saya dulu pegi jer, tak sanggup beli, mahal, haha. Dekat shopping complex tu pun dh berlambak kedai jubah.

7. Kasut dan sandal lelaki yg branded mcm Timberland, Clarks and CAT, harganya agak murah di Makkah kalau nak banding dgn Mesir.

Rasanya, inilah serba sedikit yang mampu saya nukilkan sebagai sedikit panduan ringkas dan perkongsian buat sahabat2 yang bakal pergi menunaikan Umrah tidak lama lagi terutamanya. Moga-moga amal yang sedikit ini dikira sebagai ibadah di sisiNya. Saya doakan perjalanan kalian dimudahkan oleh Allah S.W.T. dan dikurniakan umrah yang mabrur. Satu jer nak mintak, tolong doakan agar saya dan keluarga saya sentiasa dikurniakan petunjuk oleh Allah S.W.T agar beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. As usual, kalau ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu. Dan untuk sahabat2 yang ada pembetulan atau tambahan, sangatlah dialu-alukan.

Wallahu’alam, thanks for reading, have a nice day!

7 Extra Sharings (Comments):

Anonymous said...

alhamdulillah :)
great sharing..jzkk~
moga Allah mudahkan urusan dunia akhirat..may Allah bless you (^^)v

--sunbae--
yang muda lagi :p

Anonymous said...

salam wbt...

terbaek ar jenal wat panduan camni... moga bermanfaat la ntuk sesape yg bakal menunaikan ibadah umrah nnt...

info tmbhn yg x berape bergune nih... smpi kat sane nnt, if ape2 jadi contoh cam ilang kasut ke, kene curik duit ke ape ke (na'uzubillah), bnykkan la doa mintak ampun dosa, kifarah dosa tu... jgn plak gi kutuk maki hamun segala bagai... hehe

moga selamat pergi dan selamat pulang la kepada yg bakal menunaikan umrah. Doakan ntuk sumer yg x pegi nih ek... wallahua'lam

-rumet nash sorg lagi kat mekah-

Neo Rantissi said...

@sunbae: afwan, may Allah watch over you and bless you too =).

@rumet nash lg sorang: thankx bro, penting tu tambahan yg ko buat tu, peringatan buat semua, hehe, nice2.

Anonymous said...

salam zainal. thnks for sharing.

Semoga kiteorg jg terpilih untuk mnjd tetamu Allah ramadhan ni. insyaAllah.

May Allah repay u with what's equivalent and even more.

Study hard+smart for the exam and tawakalillah. All the best.

Allah bless.

regards, Innocent

Neo Rantissi said...

wslm wbt innocent, iAllah, ameen ya Rabb!

Syukran jazilan for the doa, all the best for the coming finals too!

Allah bless u too.

ayesha said...

zainal..rasa terkilan sebab zainal x tulis post ni sebelum ktorang pergi taun lepas..^_^

Neo Rantissi said...

@ayesha: ahaha, xper2, ayesha dh leh tulis guide sendiri dh skrg ^_^. tahun lps korang perji just after zainal blk sini kot, hehe.