CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 3, 2010

Anak Derhaka itu Calon Neraka

Agak lama tak menulis, buat-buat sibuk, haha. Balik kelas, sedang sibuk2 mencari berita terbaru ttg isu Palestin dan Rombongan Kemanusiaan LL4G, tergerak hati nk baca pasal berita Malaysia terchenta di The Star Online. Tiba2 terbaca dua berita yang sangat mengejutkan, yang bagi aku sangat tidak boleh diterima akal.

1)
Berita tentang bagaimana seorang anak lelaki berusia 19 tahun yg cukup bangang membelasah dan memukul ayahnya di kepala dan badan dengan menggunakan helmet semata-mata kerana ayahnya enggan memperlahankan suara tv. Kronologi peristiwa:

Si Bangang marah ayahnya suruh lower volume tv ---> Si Ayah sound anaknya supaya jangan jadi biadap ---> Si Bangang belasah ayahnya dengan helmet ---> Si Ayah masuk Hospital Ampang ---> Laporan polis dibuat dan Si Bangang ditahan.
Sangat celakalah anak yang sanggup melakukan sedemikian rupa kepada ayahnya. Sedangkan mengatakan 'oh' (krn membantah) terhadap mak ayah pun dicela oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran, apatah lagi tindakan membelasah ayah sendiri dgn helmet, mmg cukup lahanat dan mengundang azab Allah di akhirat kelak.

2) Berita tentang seorang anak perempuan berusia 17 tahun mencuri barangan kemas maknya ketika beliau sedang tidur, yang bernilai RM13K dan menggadai barang2 kemas berkenaan untuk membeli sebijik motosikal sebagai hadiah buat balaknya yang berumur 16 tahun. Ni lagi satu tindakan bodoh oleh anak yg derhaka, sanggup mencuri daripada mak sendiri semata-mata nk belikan hadiah mewah untuk 'kekasih haram' (kalau kawen = kekasih halal). Mencuri tu sendiri dah dosa besar, kalau ikut hukum hudud leh sampai potong tangan, apatah lagi besarnya dosa mencuri dari mak sendiri.

Jelasnya, dua berita diatas menceritakan ttg dua daripada ratusan, bahkan mungkin ribuan kes anak derhaka di Malaysia. Semua pun tahu, anak derhaka ni, kalau mati sebelum diampunkan oleh mak ayah sendiri, takkan dapat cium bau syurga pun. Aku pun xder hak nak cakap diorg ni confirm masuk neraka, tu hak Allah, tapi kalau dah sampai buat mcm tu kat mak ayah sendiri, mmg la pintu neraka terbukak luas menanti.


Berita2 ini juga merupakan bukti kelemahan yang melanda sebahagian institusi2 keluarga di Malaysia, na'uzubillahi min zalik. Moga2 aku dan rakan2 yang membaca tidak tergolong dalam golongan anak derhaka. Aku joga doakan moga kita semua beroleh keluarga dan anak2 yang soleh/ah, tak sanggup weh bila fikirkan dibelasah dan dirompak oleh anak2 sendiri. Tak dapat nak bayang betapa hancurnya hati mak ayah yg diperlakukan sebegitu rupa oleh anak2 sendiri yang dibesarkan dgn penuh kasih sayang dan pengorbanan.

Ayuh sama-sama kita berazam untuk membina institusi keluarga yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah, Bait Muslim yg cemerlang, moga2 dgn keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T., akan terbinanya sebuah institusi keluarga yang bahagia sehingga ke akhir hayat, seterusnya menjadi pemangkin kepada pembinaan masyarakat Muslim yang cemerlang.


Ermm, satu dunia sedang sibuk membincangkan tentang serangan Israel Laknatullah ke atas konvoi Freedom Flotilla pada 31/5. Tak perlu aku komen panjang kot, dh cukup ramai org2 yg lebih pro dan mantap dalam penulisan dan fakta yg dah komen pasal hal berkenaan. Yang penting, kita kena melakukan usaha yg berterusan dlm apa jua bentuk bagi membantu Gaza, dan Palestin, jgn semangat hangat-hangat tahi keldai jer, tak guna.

Till then, thank you for reading and have a fruitful weekend.
Wallahu musta'an, Wallahu'alam.

Sumber berita: Click here.

2 Extra Sharings (Comments):

seri athirah che johari said...

tp mmg btul. dekat sekeliling seri sndiri ada kisah. kenalan 1 seklah. heboh la org perkatakan.
kisahnya, anak ni nak minta rm0.50 untuk pergi public phone dkt dpn rumah. mak dia jawab, ma xdek duit.. anak dia menjawab kmbali, "eih babi la mak ni"..
kisah ke 2,
seorg anak menghumban ibu dan bapanya ke dlm penjara atas alasan masuk campur dlm hal ank itu. seri xpasti crt sbnarmya mcm mn.. tp lebih kurg mcm tu la kisah y dicritakan oleh guru seri (=

xdek akhlak, rendah moral org yang berkurg ajar dgn mak bapa sndiri. xsedar diri menumpang, xsdar dibela, djaga dari kecil. ms kecik2 dulu, habuk ada kat baju pun, mak ayah tepis xmaw bagi kena kat dia. bila besar, jadi setan, jadi anak derhaka.. harap2 smpatla mreka bertaubat. kalau x, neraka la jawabnya.. eish2..

Neo Rantissi said...

Thank you for the sharing Seri, well lets keep on praying that we will always remain as a good son and daughters and may Allah grant all of us with anak2 yg solaeh/ah di masa akan datang.