CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 28, 2009

Kisah Aku di Sana



Bismillahirrahmanirrahim, jari jemari ini cuba kembali menaip selepas sebulan tak kemaskini blog ni. Mungkin ada yang ingat aku tak update sbb sibuk Umrah, well, that would be the case when I was there, tapi after dah balik pun, xtau la kenapa masih belum ber-update. Well, putting that aside, it's been about a week since I returned from Umrah last Thursday. Alhamdulillah, perjalanan ke sana merupakan satu perjalanan yang tak mungkin dapat aku lupakan. Pengalaman yang cukup manis dan bermakna. Ok, kali ni iAllah aku nak menulis tentang apa yang aku dapat kat sana. Pengajaran2 yang aku perolehi, mana tau leh kongsi dengan kawan2 yg sudi baca entry ni. Here we go:

  1. Bilamana jiwa dan minda difokuskan untuk beribadah padaNya sebaiknya, hawa nafsu itu dapat ditumpaskan, nikmat iman dan ibadah dapat dirasai mengalir dalam diri. Masa tu dh xder masalah nak bangun Qiam, xder nak masalah nk jalan jauh ke Masjid walaupun matahari terik dgn suhu panas hingga mencecah 45 darjah celcius.
  2. Bahasa Arab Fushah merupakan satu ilmu bahasa yang amat penting bagi umat Islam terutamanya. Bila aku kat sana memang terasa kepentingannya. Masih aku igt perkenalan aku dgn Muhammad Ghazi dari Rusia, Muhammad dan Anas dr Syria, Bahasa Arab lah yang menghubungkan kami, lagipun kitab2 agama pun banyak dalam bahasa arab! Haih... nak kena tingkatkan ilmu bahasa arab ni!
  3. Anak-anak harus dididik dari kecil agar mencintai masjid, mencintai Al-Quran dan majlis2 ilmu. Seronok melihat kanak2 arab yang happy di Masjid Nabawi. Nampak jer kecik tapi Quran dah banyak juz hafal, yang dah hafiz pun ada, hadith pun diorg belajar gak, siap ada kumpulan2 kecil talaqi dgn syeikh masing2, mantap2. Tapi kalau nk didik anak, janganla bawa yang kecik sangat ke masjid sampai melalak mengganggu orang lain solat, awlawiyat kna jaga beb!
  4. Umat Islam hari ini harus berjaga-jaga dengan pengaruh Syiah yang menyesatkan. Moga Allah pelihara akidah kita semua. Geram gak aku tengak golongan Syiah dgn amalan diorang yang pelik2 di sana, moga Allah beri mereka hidayah agar kembali ke jalan yang benar.
  5. Kita selaku umat Islam kena cuba sebaik mungkin untuk ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kalau bukan kita lagi yang nak amalkan dan pertahankan sunnah Baginda, saper lagi? Kita kna blajar mencontohi Baginda s.a.w., para Sahabat r.a., tabi'ien dan tabi' tabi'ien.
  6. Sesaper yang nak pergi Umrah, pastikan belajar betul2 kaedah Umrah yang betul dan mengikut sunnah Nabi s.a.w. Takder sampai sana jadi pak turut, cth: tgk org peluk cium Rukun Yamani kat Ka'bah, dia pun nak buat jugak, walhal Nabi s.a.w. sapu jer.
  7. Dalam beribadah, kita tetap kena jaga hati orang lain. Jangan jadi macam orang2 yang bila tawaf habis diredah orang lain, orang2 yang bergaduh2 nk cium Hajarul Aswad, orang2 yang tawaf dalam kumpulan yang besar sampai ganggu jemaah lain, pastu baca plak doa kuat2 mcm nak kasi satu Masjidil Haram dengar, jangan buat macam tu, Nabi Muhammad s.a.w. tak ajar buat mcm tu, Nabi suruh kita jaga hubungan baik sesama manusia!
  8. Mana pun kita pergi, kesabaran kena jaga. Sama la di Tanah Haram pun, lagi kena jaga, perangai manusia ni macam2.
  9. Kalau ziarah Tanah Haram, mulut kena jaga beb, silap cakap, ko sendiri yang kena, kalau cakap benda baik xper, kalau ckp benda x baik, haa, nasib kau la. Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan2 masa pergi aritu, kalau nak tau boleh tanya secara swasta, hehe. Luar Tanah Haram pun kna jaga mulut gak la sbb Rasulullah ajar kita cakap benda2 yang baik sahaja.
  10. Menundukkan pandangan adalah suatu cabaran buat kaum lelaki, tambah2 bila macam2 bangsa ada keliling. Bak kata seorang sahabat, "Masa tawaf tu, senang giler nak berubah niat, haih... (mengeluh dgn nada penuh keinsafan)."
  11. Bila ada solat jenazah, utamakan solat jenazah tu dulu daripada solat sunat, fadhilat dia lg besar. Ramai orang tak peduli bab ni, mmg rugi la terlepas solat jenazah, kat Masjid Nabawi dan Masjid Haram plak tu.
  12. Masih ramai wanita yang sama ada ambil mudah atau tak didik dgn betul tentang menjaga aurat. Kesian aku tgk, yang lagi teruk, nak pergi cium Hajarul Aswad sampai terbang tudung2 semua. Rasa mcm nk jerit, "Oi makcik! Tutup aurat tu wajib, cium Hajarul Aswad tu sunat, pikir la sket!" Tapi mereka mungkin tidak mengetahui, moga Allah beri hidayah. Lelaki kna take note hal ni, sbb yang nak kena soal kat Hari Kiamat nanti ialah suami2 dan abang2 org perempuan ni. Maka didiklah isteri, anak2 dan adik2 prmpn anda sebaiknya.
  13. Orang perempuan kalau pergi Masjid jangan la pakai pakaian2 yang striking, ingat kami orang laki ni Malaikat ker, isk3. Kalau pergi tempat lain pun tak boleh jugak, simpan jer pakai depan suami nnt, senang citer.
  14. Tempat yang suci tak menjajikan orang di dalamnya suci. Teringat kata Ust. Ariff yang aku jumpa kat sana yang lebih kurang, "Di sini (Madinah), kamu mungkin bisa menemukan orang yang sejahat Firaun, dan di Amerika, kamu mungkin bisa menemukan orang yang semulia wali Allah." Ianya adalah pilihan kita sendiri, sama ada nk jd org yg berjiwa suci atau berjiwa kotor.
  15. Perbezaan pendapat adalah suatu lumrah, maka kita selaku manusia harus saling menghormati pendapat masing2, begitu juga dgn pendapat2 yang berbeza di kalangan Ulama'.
  16. Buat member2 yang belum sampai, haa, kumpul duit banyak2, pegi la sana. Serious best dan berbaloi!!! Aku dah pergi Umrah ni, rasa mcm x travel tempat lain dah pasni pun xper, no regret at all sbb dh sampai sana.
Rasanya, ni serba sedikit yang dapat aku kongsi dgn sahabat2 semua. Semoga bertemu pulak dalam penulisan yang lain. Manfaatkan Ramadhan sebaik mungkin, x perlu dah nk citer apa kelebihan2 Ramadhan sbb semua org pun serba tahu iAllah. Boleh baca website2 tokoh mcm Ust Zaharuddin dan Ust Hasrizal sbg panduan. Boleh jugak check out blog kawan2 aku kat blogrolls dlm blog aku nih. Semoga sama2 jadi insan soleh, wassalam.

5 Extra Sharings (Comments):

huda mamat said...

salam..
terima kasih atas perkongsian ini, kalo tak dapat pegi, dapat baca pengalaman org pun jadi lah...betol lah ek, kalo ati dah sampai sana, mmg tak der nak ingt apa2 kecuali mengabdikan diri padaNya...hope satu hari saya juga akan dapat mengecapi keindahan yang tak mungkin ada tolok bandingnya dengan tempat lain..
syukran ya akhi !

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

berkobar2 nak pergi ni... huhu...

Abu Ammar said...

salam bro..huii..nice

aku pun terasa nak p jugak..
dolu2 p kecik..apa pun rasa sgt..hehe

lepas ni kurang2 la perkara lagho tu dah..hehe

Anonymous said...

salam.
alhamdulillah. sebulan di tanah haram, pasti banyak ujian dan pengalaman yang ditempuhi.

memang betul, kalau dah pergi umrah sekali, rasa x nak travel tempat lain dah. tak kisah la orang lain ajak pegi UK ke, jordan ke, hati ttp nak yang satu tu, mekah dan madinah.

Neo Rantissi said...

@kak huda: thank you for the visit, saya doakan kak huda dpt cepat2 pegi dgn suami tercinat ;).

@anas: Rabbuna yusahhil wa yubaarik lak iAllah.

@din: pi la wei, kumpui duit taun depan, haha. tu la, nk kna kurang lagha2 ni, hahaha.

@chem: alhamdulillah,banyak input yg diperolehi sepanjang keberadaan di sana. haha, tu la pasal, sapa yg syok sgt travel sana sini, kna luangkan masa pi umrah plak, hehe.