CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 25, 2009

Suatu Perjalanan Impian, Doakanku dan Rakan-rakanku

Wah, sudah lama blog ini tak dikemas kini. Maklumlah, kesibukan final exam sem 2 Tahun 3 telah membelenggu kehidupan aku sepanjang 2/3 Julai ini. Alhamdulillah, final exam dah selesai, takat tunggu result jer skrg ni, minta sahabat2 sama2 doakan moga-moga kami pelajar2 Univ. Alex lulus dgn cemerlang. Tambah2 bg 3rd year students mcm aku, thn ni adalah tahun Pre-Clinical yang terakhir, satu subjek pun xleh carry msuk Tahun 4, moga2 Allah mengurniakan kecemerlangan kepada kami semua, moga lulus dgn kaler terbang2.

Alahmdulillah, dgn rahmat dan kurnia Allah S.W.T., urusan Umrah aku dan beberapa member2 yg lain dah hampir selesai. Satu-satunya perkara yang terakhir yang tinggal ialah utk menunggu Ust. Najmuddin beli tiket flight kitorang. InsyaAllah, kalau tiada aral, bakau, mahupun balak yang melintang, kami akan terbang ke Jeddah pada 29/7/09. InsyaAllah kami akan stay di Madinah selama 8 hari diikuti dgn 14 hari di Makkah.

Tak dapat digambarkan betapa gembiranya hati ini bila diberi peluang untuk menunaikan Umrah. Pada masa yang sama, rasa takut dan gelisah juga melanda jiwa aku, rasa macam banyak sgt karat-karat jahiliah dalam jiwa ini. Rasa mcm diri ni tak layak nak jadi tetamu Allah di Tanah Haram. Ya Allah, kami memohon padamu, moga-moga Kau menerima kehadiran kami di Tanah Haram dgn limpah kurnia rahmat dan keberkatan. Jadikanlah kami hambamu yang beriman dan bertaqwa. Kekalkanlah kami atas jalanMu yang lurus.

Firman Allah S.W.T. di dalm Surah Al-Baqarah, ayat 196 yg bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah..." Alhamdulillah, dgn izinnya aku akan menunaikan salah satu daripada tuntutan Rukun Islam yg kelima. Ada yang tanya, knp x buat haji terus? Ermm, InsyaAllah, kalau ada rezki akan ditunaikan bersama isteri yang tercinta di masa akan datang. Sementara single ni, buat Umrah dulu. Lagipun musim haji nanti xder cuti pun.

InsyaAllah kalau ada rakan-rakan nak kirim apa2 doa yang khusus, boleh bagitau, aku cuba tlg takat yang mampu insyaAllah. Nak kirim barang pun boleh, tapi x berani jamin, takut2 barang yang aku beli pun dh belambak, hehe. Dan paling penting, aku mintak sahabat-sahabat sekalian doakan aku dan member2 lain yang sama2 akan ke Tanah Haram dimudahkan semua urusan dan diterima Ibadah Umrah kami.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan ucapan jutaan tahniah kepada rakan2 yang baru dan akan mendirikan rumah-tangga dalam summer ini, maaf yang mana kenduri yg aku tak dapat hadir, insyaAllah doa aku mengiringi korang, moga kekal bahagia dan peroleh anak2 yg soleh/ah. Juga buat yang baru mendapat cahaya mata, tahniah jugak, iAllah entry khas utk korang semua selepas pulang dari Umrah nnt, belated sikit, hehe.

Akhir kalam, takat ni dulu, saper2 nak kirim doa, boleh tinggalkan komen, pastikan aku tau korang saper, kalau xtau, x dapat nk tolong. InsyaAllah blog ni takkan di-update sampai la balik dr umrah nnt. Tapi kalau tetiba aku nak update sebelum bertolak nanti, nasib la. Dan buat-rakan-rakan yang akan pulang ke Malaysia, semoga selamat pergi dan balik, fi amanillah insyaAllah. Minta doakan semua urusan kami dipermudahkanNya, dan selamat pergi dan balik ke Tanah Suci Madinah dan Makkah.

Thanks for reading, have a nice day.

p/s: Flickr pun dh update, leh view kat sini.

Saturday, July 11, 2009

That man...

Got leg??? -EXPLORED-

This photo was taken on my way back to my house after shooting the flowers in the campus.

I spotted this guy, praying outside Mosque Ibrahim, then I realised that he got no legs.

One thing that I learned from him, he got no leg but still, he went to the mosque to perform his prayer, why should us, the muslims, who still have both of our leg feel lazy to go to the mosque??? Aren't we feel ashamed to this guy?

And another thing that i want to share with all of you my friends, whether you're a muslim or not, always appreciate and feel grateful for what you have because there are people who always wish to have what you have, but they can't.

Buat rakan-rakan ikhwah yang dikasihi, apa lagi yg harus kita tunggu? berapa lama lagi harus kita tangguhkan? Ayuh, tunjukkan rasa syukur kita dgn nikmat kaki yang Allah telah berikan dengan solat berjemaah di masjid. Kalau rasa berat, mulakan dgn 1-2 waktu sehari, contohnya Maghrib dan Isya' di masjid, perlahan2 tambah lagi. Terutamanya buat kawan2 yg di Mesir, Allah dah pun campakkan kita ke bumi yg banyak masjid, sgt rugilah diri kita andai malas utk solat berjemaah di masjid. Peringatan ini khususnya utk diri sendiri dan umumnya buat para pembaca. Buat yang akhawat, manfaatkan sebaiknya peluang utk berjamaah dgn housemate.

Akhir kalam, ayuh sama-sama2 tingkatkan amal dan iman, moga sama-sama jadi hamba yang bertaqwa. Buat warga medic Alex, all the best utk baki final exam yang tinggal! Syeddu hilkuu! Rabbuna yusahhil wa yunajjih iAllah.

Thank you for reading, have a nice day.

p/s: View the photo on large size here. For comments and faves on the photo, click the photo itself.

Wednesday, July 1, 2009

Kau Yang Satu

Alhamdulillah, just finished my Physiology paper, and thanks to Allah, the exam went pretty well. Ok, i'm not here to talk about the exam, i just want to share the song Kau Yang Satu by Ramli Sarip. Harapnya kita dapat mengambil manfaat dgn menghayati lirik lagu ni sbb lagu ni amat2 membuat jiwa aku tersentuh. Betapa seluruh hidup kita ini hanya bergantung pada Allah Yang Esa. Bila2 saja Dia boleh tarik nikmat yang ada pada kita, persoalannya, adakah kita ini hamba yang bersyukur???

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU