CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 30, 2009

iPhone utk elak ponteng kuliah???

Hehe, aku jumpa artikel ni dalam Berita Harian;








Guna iPhone elak pelajar ponteng

Universiti di Jepun guna GPS untuk jejak pergerakan penuntut

TOKYO: Sebuah universiti berprestij Jepun mengedarkan beratus-ratus iPhone dilengkapi Sistem Pengesanan Global (GPS) bertujuan menjejaki pelajar yang ponteng kelas.

Mereka yang ponteng di Jepun sering kali memalsukan kehadiran dengan meminta rakan menjawab kehadiran atau menandatangani kad kedatangan. Penipuan berkenaan biasa dilakukan kerana kehadiran adalah satu syarat utama bagi menamatkan pengajian.

Aoyama Gakuin University di Tokyo memberikan iPhone 3G kepada 550 pelajarnya di School of Social Informatics yang mempelajari mengenai penggunaan internet dan teknologi komputer dalam masyarakat.

Alat berkenaan akan menjadi salah satu alat pengajian mereka tetapi ia dilengkapi dengan GPS, iaitu sistem pengesanan satelit yang secara automatik boleh menjejak di mana mereka berada. Universiti itu juga merancang menggunakannya sebagai cara untuk memeriksa kehadiran.

Pelajar yang ponteng kelas terbabit mungkin masih boleh memalsukan kehadiran dengan meminjamkan iPhone itu kepada rakan mereka yang menghadiri kelas.

Bagaimanapun kebanyakan golongan remaja tidak suka meminjamkan telefon bimbit mereka yang dipenuhi dengan maklumat peribadi dan e-mel kepada rakan mereka, kata universiti itu.

Di universiti Amerika Syarikat, iPhone digunakan untuk pelbagai kegunaan. University Stanford, pelajarnya membangunkan aplikasi iPhone untuk satu kursus, di Universiti Duke, alat itu digunakan untuk mendapatkan maklumat di sekitar kampus termasuk senarai kursus dan perkara lain.

Aoyama Gakuin menandatangani satu perjanjian awal bulan ini dengan Softbank Corp, vendor eksklusif bagi iPhone di Jepun.

Bilangan pelajar yang menggunakan iPhone dijangka mencecah 1,000 orang dalam program ini, pertama kali iPhone digunakan dalam skala yang besar di sebuah universiti di Jepun. � AP

Kan bagus kalau Univ. Alex kasi iPhone free macam ni gak, ok per MARA dah bayar yuran USD$ 8000 setahun, hahaha. Penuh jer lecture hall tiap-tiap hari, hehehe. Hoho, dasyat sungguh angan-anganku ini.

Ok, tu jer, aku xleh tulis panjang2, lusa midterm, banyak nk mampus nk kna cover nih, tolong doakan aku dgn member2 yang lain, roger and out.

Thank you for reading, have a nice day.

p/s: Original link for the news, click here.

3 Extra Sharings (Comments):

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

haha.. best gila!... in a way... everything comes with a price though (not that i always ponteng btw)

Neo Rantissi said...

haha, dalam proses menaikkan semangat diri utk ke kuliah, keh3, aku kadang2 ponteng gak, isk3.

still, I wish someone would give me an iPhone for free, birthday present perhaps??? hahaha, you wish!

Balqis said...

Assalamualaikum...

salam singgah..

Wah! Bestnya... untuk memastikan pelajar hadir ke kelas... boleh pula bagi iPhone free!!!

Wah, kalau tak dtg kelas juga tak tahulah, sebab dah dpt iPhone free...

takpelah mula2 niat sebab dapat iPhone, at least dtg kuliah dari tak dtgkan...

Nak juga iPhone...

Wassalam.